CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, January 16, 2013

My Best friends wedding reception!



28th December 2012

 Semoga Bahagia Regina Rudan disamping suami tercinta, Petrus Chiew. Moga ikatan ini kekal buat selamanya. Amen!




 Aku dan rakan-rakanku yang paling rapat turut sama meraikan hari bahagia seorang teman kami yang bakal menempuh alam perkahwinan yang penuh dengan onak dan badainya. Apa-apapun, semoga kalian diberkati selalu.




28 Disember 2012. Cantik tarikh ini. Aku telah menerima jemputan untuk menghadirkan diri pada majlis perkahwinan satu-satunya teman yang sama membesar denganku sejak dari alam persekolahan. Tersenyum aku sendiri. Bahagia mendengar cerita ‘bahtera baru yang bakal dibina’. Hampir menitis air mata kegembiraanku saat melihat pasangan ini diijabkabulkan. Syukur! :')
Tahniah buat semua yang akan menamatkan zaman bujang mereka dan yang bakal mengikat tali kesatuan yang halal. Moga Allah merahmati kalian dan didoakan agar kekal bahagia ke syurga. Amen!
‘Masa aku’ juga akan kunjung tiba. Biar aku benar-benar bersedia dulu sebelum memasuki fasa ini dalam tempoh kehidupan yang bersisa. Aku masih selesa berstatus "tunangan orang" kini. Berkali-kali juga diriku ditanya, jawapanku tetap sama. Bila sampai masanya, bila tiba serunya, akan kukhabarkan pada semua. Tunggu! xoxo :D

Bab 4 (Hello, dia milik akulah!)


Gemerlapan cahaya dan lampu neon di Riverview 8 Avenue yang merupakan kawasan rehat yang dibina di atas Gwangjingyo (jambatan) begitu memukau pandangan Kay. Dia berpeluk tubuh sambil menarik nafas dalam-dalam. Sungguh indah pemandangan pada malam itu, lampu LED yang dipasang sepanjang jalan kecil di tebing Sungai Han membuatkan kawasan itu nampak cukup romantik.
 Tangga-tangga kecil yang dinyalakan lampu pada waktu malam dibina untuk mengarah ke tempat ruang membuat persembahan teater atau konsert. Di ruang inilah video klip “Iris” iaitu siri drama Tv Korea popular telah dilakonkan. Biasanya, persembahan teater atau konsert pasti diadakan pada hari Jumaat dan Sabtu. Jadi, sudah pastinya tempat ini penuh sesak pada hari berkenaan kerana rata-rata pengunjung akan menikmati suasana persembahan yang menarik dengan pemandangan yang indah berlatar-belakangkan Sungai Han.
“Termenung jauh nampak...“ sapa Nafri lembut. Kay tersentak dari lamunan dan memandang Nafri yang entah sejak bila berdiri di sisinya.
“Tak adalah...” jawab Kay acuh tak acuh. Rambutnya yang ditiup angin segera dikuak perlahan. Dia masih berpeluk tubuh sambil memandang kosong ke arah Sungai Han. Dia tersenyum.
“Tak nak mengakulah tu... Nah, ni kopi segera yang You minta tadi.” Ujar Nafri lalu memberikan secawan kopi segera yang dibeli dari mesin elektrik yang terletak di setiap penjuru jalan kecil sepanjang Riverview 8 Avenue.
Kay menyambutnya perlahan. “Kamsahamnida... (terima kasih)” ujarnya tersenyum manja.
 Nafri membalas senyuman Kay. “Dah pandai cakap Korea ye...” selorohnya sambil menghirup kopi panas yang masih berkepul-kepul asapnya. Sememangnya suhu di negara itu sangat sejuk. Menikmati kopi panas pada waktu begini memang begitu nikmat sekali.
      “Mestilah... kita duduk lama-lama kat sini harus belajar bahasa mereka, belajar budaya mereka. Kalau tak, sia-sia lah kita duduk sini kan?” Ujar Kay lalu menjeling manja pada sang kekasih hatinya, Nafri.
        “Ne, geudeul-i iss-eossda. Dangsin-ui mallo dong-uihabnida... (Ya, memang betul. I setuju dengan kata-kata You)” ucap Nafri penuh yakin. Dia memerhati setiap inci wajah mulus gadis itu dengan senyuman.
      Bulat mata Kay memandang Nafri. “You pun tahu cakap Korea, bila You belajar?” tanyanya dengan riak terkejut. Setahunya, Nafrilah orang yang paling malas hendak belajar bahasa Korea. Susah katanya. Tapi, baru sebentar tadi dia mendengar lelaki itu menuturkan bahasa negara itu dengan begitu lancar.
      Nafri mengangkat keningnya. “Well, seperti yang You kata tadilah. Sia-sia je kita duduk di sini kalau tak nak belajar bahasa mereka, kan?” Jawabnya spontan, berniat hendak menggenakan Kay semula.
      Lantas Kay menumbuk lengan Nafri manja. “You ni kan, memang suka tipu I tau...” katanya geram. Geram kerana dipermainkan lelaki itu.
“Ala, tipu sunat sayang...takkan tak boleh kot?”
Kay mencebikkan bibirnya. “I tak kisah! Tipu sunat ke, tipu apa ke...tipu tetap tipu, kan? Cuba bagitau terus-terang, apalagi yang You tipu dari I?” soal Kay bernada bergurau.
Nafri mengangkat keningnya. “Hmm, rasanya tak ada lagi lah. Tak baik tau tuduh-tuduh I macam tu. Kang, tak pasal-pasal I terjun ke dalam Sungai Han tu untuk buktikan yang I memang jujur sayang...” katanya lembut.
      Nafri hanya ketawa melihat Kay yang marah-marah sayang itu. Kay sudah memuncungkan bibirnya. Melihat Nafri yang asyik ketawa, Kay menjadi semakin geram. Akibatnya, lengan Nafri menjadi mangsa cubitannya yang amat berbisa.
 “Aduh! Janganlah main cubit-cubitan sayang... Sakit tau! You dah tak sayang kat I lagi ke?” Nafri mengadu kesakitan, wajahnya diherotkan sedikit persis orang yang betul-betul dalam kesakitan. Tangannya mengusap-usap bekas cubitan Kay yang singgah di lengannya tadi.
“Ha, padan muka you. Cubalah main-main dengan I lagi, huh!” Kay merungut manja. Dia memandang wajah Nafri dengan penuh kasih.
Okay, I’m sorry sayang... Sayang ni garang sangatlah.” Nafri segera mendekati Kay dan memeluk bahunya sambil menikmati pemandangan di Sungai Han.
“Garang ke? Mana ada garang, itu geram ajelah.” Ujar Kay lembut sambil melentokkan kepalanya di bahu Nafri. Dia tersenyum bahagia. Walaupun di dalam hatinya penuh gusar memikirkan sejauh manakah hubungannya dengan lelaki itu nanti.
      Sesungguhnya, hubungan mereka hampir mencecah setahun lebih. Walaupun Tan Sri Syafique berkali-kali melarang Kay untuk berkawan dengan Nafri, namun Kay tidak pernah ambil peduli. Sikap degilnya yang sukar hendak mendengar kata membuatkan dia langsung tidak mengikut perintah ayahnya. Baginya sekarang, Nafri adalah segala-galanya. Dia kini sedang tengelam dalam buaian cinta lelaki bernama Nafri, lelaki yang amat dibenci oleh Tan Sri Syafique.
      Klik! Klik! Tanpa disedari, satu per satu gambar mesra mereka sedang diambil oleh seseorang yang tidak dikenali. Setelah meneliti kesemua gambar dalam kameranya, lelaki berkumis tebal dan memakai topi itu tersenyum puas. Tidak sabar dia hendak bertemu dengan bosnya yang telah menyuruh dia melakukan kerja yang disuruh itu.

BELUM sempat Asmady hendak melangkah keluar dari bilik hostelnya, telefon bimbitnya berdering. Dia segera menjawab pangilan itu terlebih dahulu.
      “Assalamualaikum Asmady. Ni Pak Su Ejanlah...” Kedengaran suara Pak Su Ejan dicorong telefon memecah gegendang telinga Asmady.
      “Wallaikumsalam. Pak Su apa khabar?” tanyanya girang. Dia memang merindukan Pak Su nya itu saat ini.
      “Pak Su baik-baik je... As pulak macam mana? Sihat?” soal Pak Su Ejan pula.
 Asmady mengangguk. “Alhamdullilah... As sihat Pak Su. Cuma letih sikit je. Ya lah, banyak tugasan yang As kena siapkan Pak Su. Oh ya, nenek dan abah kat kampung sihat tak?” soal Asmady lalu teringatkan orang yang paling dia sayang dan rindu.
 Sesungguhnya, rasa rindu terhadap kampung halaman merentap tangkai hatinya. Hanya Tuhan tahu betapa dia merindui keluarganya itu. Sudah setahun dia tidak balik. Bukan dia sengaja tidak mahu balik tetapi dia tidak mahu menyusahkan keluarganya lebih-lebih lagi Pak Su Ejan untuk membeli tiket Kapal Terbang. Kalau tiba cuti semester, Asmady lebih senang mencari kerja sambilan di negara itu. Cukuplah untuk kegunaannya sendiri walaupun semua kos pembelajaran ditaja oleh kerajaan.
      Sejak kecil lagi, keluarganya hanyalah nenek, abah dan  Pak Su Ejan sahaja. Ibunya sudah lama meninggal dunia, sejak dia masih kecil lagi. Hanya mereka bertigalah tempat dia bermanja dan berkasih-sayang. Namun, Pak Su Ejan telah berpindah ke Kuala Lumpur kerana telah mendapat kerja di sebuah Syarikat terbesar sebagai Pengurus Kewangan.
       Dengan pertolongan Pak Su Ejanlah mereka bersandar. Kalau hendak diharapkan ayahnya yang hanya bekerja sebagai penoreh getah, apalah sangat pendapatannya. Cukup sekadar untuk makan minum mereka sahaja. Tapi, Pak Su Ejan sentiasa menghulurkan bantuan disaat mereka memerlukan. Semua wang perbelanjaan sekolah Asmady ditanggung oleh Pak Su Ejan.
       Harapannya cuma satu, ingin melihat Asmady berjaya menjadi orang yang berguna suatu hari nanti. Sebab itulah Pak Su Ejan merupakan insan yang paling gembira apabila mendapat tahu bahawa Asmady telah berjaya ditawarkan untuk melanjutkan pelajarannya dalam bidang Kejuruteraan Arkitek di University Of Seoul, South Korea.
“Nenek dan abah sihat... mereka kirim salam sayang pada As. Tak sabar mereka nak jumpa As. Kalau As perlukan apa-apa, As beritahu aje Pak Su ya.”
“As tahu Pak Su. Lagipun, dah banyak yang Pak Su buat untuk As selama ini. As betul-betul rasa terhutang budi pada Pak Su, entah bagaimana As hendak membalasnya. Hanya dengan mendapatkan segulung ijazah inilah hadiah yang mampu As bagi Pak Su. As takkan lupakan jasa Pak Su...” ujar Asmady lembut namun ada sebak berbaur dalam hatinya.
Kedengaran Pak Su Ejan mengeluh. “Mulalah As ni, dah nak buat Pak Su rasa sebak pulak. Apalah As ni, Pak Su ikhlas. Pak Su dah anggap yang As ni macam anak Pak Su sendiri tau. Begini, kalau ada rezeki nanti, Pak Su bercadang nak jenguk As kat Korea tu...tapi tengoklah dulu. Pak Su cuma cadangkan aje.”
Asmady gembira mendengarnya. “Wah, betul kah Pak Su? Kalau Pak Su pergi sini nanti, jangan lupa call As ya... Nanti As akan jemput Pak Su kat airport.” Ujarnya dengan riang.
“Ala, As ni... Belum confirm lagilah. Tengoklah nanti macam mana ya. Okeylah As, Pak Su nak letak phone dulu. Lain kali Pak Su telefon lagi ya.”
“Hrmm...tak puas As nak berborak dengan Pak Su. Tak apalah, janji ya telefon As lagi.”
“Takkanlah Pak Su tak telefon lagi. Pak Su pasti call punya. Jangan risaulah, ya.
“Ya lah Pak Su. Kirimkan salam sayang saya pada nenek dan abah. Katakan yang As rindu sangat-sangat kat mereka.”
“Insya-allah, Pak Su akan sampaikan. Assalamualaikum As.”
“Wallaikumsalam Pak Su.”
Klik! Telefon dimatikan. Asmady tersenyum sendirian. Terubat juga rindunya pada keluarga di Malaysia. Demi masa depanku, demi keluargaku... aku janji aku akan banggakan mereka suatu hari nanti. Aku akan bawa ijazah ini sebagai hadiah terbesarku pada mereka. Itu janji Asmady!

SETELAH empat jam menghadiri kelas, semua pelajar akhirnya berpusu-pusu keluar dari dewan kuliah yang mampu menempatkan lebih dari seratus orang pelajar. Asmady yang siap mengemas bukunya tercari-cari kelibat Hazwin yang tadi ada dilihatnya bersama dalam bilik itu. Namun, dalam masa beberapa minit sahaja gadis itu sudah hilang. Memang sah, dia masih marahkan aku lah ni! Gerutunya sendirian.
      “Kau cari siapa ni As?” soal Raziq sambil turut sama melilau-lilau di sekeliling.
      “Hazwin. Kau ada nampak dia tak tadi?”
Raziq menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. “Emm, rasanya ada tadi. Tapi dia dah keluar awal aku tengok tadi. Hei, korang masih gaduh lagi ke?” soal Raziq. Mereka berjalan beriringan menuju ke Kafetaria pelajar 3 yang terletak di tingkat lima Bangunan Sains Tulen.
Raziq telah maklum dengan sengketa yang berlaku diantara dua orang rakannya itu. Ternyata, sudah 3 hari dia dijadikan sebagai orang tengah semata-mata cuba mendamaikan mereka semula. Namun, hati Hazwin kali ini begitu keras.
“Nampaknya begitulah Ziq. Dia langsung tidak mahu memaafkan aku. Dia betul-betul marah dengan aku Ziq. Aku sudah mulai rindukan persahabatan kami...” Asmady melepaskan keluhan sayu.
“Kau cubalah pujuklah dia lagi As. Kesalahan kau bukannya besar sangat pun, tapi aku yakin dia cemburu lah As...hati perempuan, memang kita tak dapat nak jangka. Kau ni rindukan persahabatan dia ke, rindukan orangnya?” ujar Raziq sambil menyiku Asmady.
“Hisy, kau ni... Ada-ada aje lah. Aku dah anggap Hazwin tu macam adik aku sendiri.”
“Ha, itulah kau...langsung tak tahu nak hargai perasaan Hazwin. Ada kau selami perasaan dia? Kau sendiri tahu yang Hazwin tu dah lama pendam perasaan pada kau, kenapa kau nak menidakkannya? Berilah peluang pada diri kau As. Cubalah kau buka pintu hati kau tu untuk Hazwin. Hazwin begitu ikhlas mencintai kau, manalah tahu kalau hidup kau akan lebih bahagia selepas ini. Cintailah orang yang mencintai kita sepenuh hati, nescaya kau akan menikmati cinta yang sejati... Kata-kata ni, aku pinjam dari Pujangga cinta masa aku nak ngorat seorang awek masa kat sekolah menengah dulu.” Bersungguh-sungguh Raziq menyakinkan rakan baiknya itu. Dia menepuk-nepuk bahu Asmady.
Asmady terdiam. Memikirkan sejenak kata-kata Raziq yang seolah-olah menyedarkannya bangun dari mimpi yang panjang. Ya Allah... sekiranya inilah jalan dan petunjuk yang kau bagi, kau ampunkanlah aku. Hatinya memanjat doa.
“Tapi, aku nak fokus dengan pelajaran aku dulu. Aku tak nak tergesa-gesa dalam bab ni. Lagipun, kau sendiri tahukan yang keluarga aku sangat berharap kat aku. Aku tak nak hampakan harapan mereka Ziq.”
Raziq mendengus kecil. “Ya, aku tahu tu As. Tapi, aku yakin kalau kau menerima Hazwin pun semua ni takkan berubah. Sebab kamu berdua sudah lama mengenali antara satu sama lain. Kamu berdua cukup memahami sesama sendiri. Kalau kau bercinta dengan dia sekalipun, aku pasti pelajaran kau takkan terjejas. Kita sama-sama belajar di sini,kan? Aku lihat, kamu berdua memang serasi sejak dulu lagi dan aku tak lihat apa masalahnya kalau kamu berdua bercinta. Sama-sama bijak dan matang dalam pelajaran. Kau kenal Hazwin tu macam mana,kan?”
Asmady masih berdiam. Kata-kata Raziq memang ada kebenarannya. Hanya Hazwin yang memahami dirinya. Hanya dia! Selama ini aku buta tentang apa yang sudah tertulis di hadapanku. Aku mengabaikan hati seorang gadis yang begitu mencintaiku dengan sabar. Dimana lagi hendak aku temui insan sepertinya? Aku janji Ya Allah, aku akan menghargai cinta itu dan menyambutnya dengan ikhlas. Hazwin...maafkan aku!
Asmady sudah tidak mampu membendung sendunya. “Betul kata kau Ziq. Selama ini akulah lelaki yang paling bodoh kerana sanggup membiarkan perasaan Hazwin begitu sahaja. Dialah yang sepatutnya berada dalam hati ini Ziq... Aku tidak akan lepaskan gadis sebaik dia. Aku akan cari dia Ziq... Aku nak minta maaf kat dia. Aku banyak berdosa padanya. Selama ni aku banyak pentingkan diri. Terima kasih Ziq kerana kau telah menyedarkan aku... Terima kasih, aku nak pergi cari dia Ziq!” ujar Asmady menggenggam erat tangan Raziq.
Raziq hanya mengangguk dan tersenyum. Dia bersyukur dalam hatinya. Namun, entah mengapa hatinya pula yang diruntun gelisah. Jiwanya pula tiba-tiba dibuai perasaan sakit. Raziq beristighfar, sekiranya Hazwin adalah jodoh Asmady. Dia redha kerana dia yakin, semua itu sudah tertulis sejak di Luh-mahfuz lagi.

BAB 3 (Hello,dia milik akulah!)


Bagaimana si Asmady tu boleh hantar sms kat kau Kay? Maksud aku, bagaimana dia boleh tahu nombor handphone kau?” soal Raula dengan nada tidak puas hati. Air kotak yang dipegangnya segera dihisap perlahan.
 Kay memandangnya serius. “Entah, manalah aku tahu. Aku lupa nak tanya tempoh hari. Lagipun, lelaki kampung macam tu akan sanggup buat apa saja. Jadi, tak heranlah kalau dia curi nombor aku dari sesiapapun.” Katanya geram. Dia membelek-belek wajahnya di cermin kecil yang dipegangnya. Sudah lima hari perkara itu berlalu namun, Kay masih dengan rasa amarahnya pada Asmady.
Zateel yang sedari tadi sibuk bersms dengan kekasih koreanya itu mengangguk.
      “Logik jugak tu Kay. Mereka takkan puas hati sampai mereka dapat yang mereka nak. Ala, orang kampung... biasalah. Pemikiran kolot sikit. Jangan layan sudahlah.” Zateel bersuara.
Kay hanya mencebik. Geramnya pada Asmady masih berbuku.
      “Satu lagi, aku dengar mamat kampung yang korang dok sebut-sebutkan tu dah ada kekasih. Takkanlah dia tu berani hantar sms kat kau kalau awek dia selalu ada depan mata Kay...” ujar Raula tiba-tiba.
Kay terdiam. Hmm... logik juga apa yang Raula cakap. Takkan dia berani kot... tapi, ahh! Dah nama lelaki... takkan puas dengan yang satu. Fikirnya lagi.
      “Tapi, biar betul kau Raula... yang dia ada awek. Takkanlah...” Tanya Kay memandang tepat padanya.
 Raula menggeleng. “Betullah apa aku cakap ni. Apa, kau ingat mamat kampung macam dia tu tak laku ke? Tak layak nak ada kekasih? Kalau kau nak tahu, Asmady tu ramai peminat tau. Banyak cikaro-cikaro kat Korea ni meroyan nak berpacaran dengan dia. Orangnya handsome, berkulit putih, tinggi lampai pulak tu. Bukan sahaja jadi Naib Pengerusi Persatuan Mahasiswa-Mahasisiwi UOS, dean list student pulak tu. Lepas tu, mata dia yang redup tu memang seksi. Siapa yang tak cair bila terkena panahan matanya? Siapa yang tak berebutkan dia tu? Jejaka idaman melaya tu... sampai ke Korea gadis meminatinya tau. Bukan calang-calang orang Asmady si mamat kampung yang korang dok kutuk ni.” Jelas Raula berjela-jela. Lagaknya tak ubah seperti PM yang sedang berucap semasa pilihanraya umum.
Kay hanya berdiam. Riak wajahnya menunjukkan tidak berminat untuk mengetahui tentang lelaki itu.
“Wah, betul ke ni Raula? Kau ni kan, kalau pasal orang lain memang kau tahu semuanya. Tak sangka jugak kan, yang kau ni ada ciri-ciri nak jadi Poret.” Kata Zateel.
“Eh, poret tu apa?” tanya Raula kebinggungan.
Zateel tersenyum. “Cik Raula Khuzaimah, kalau kau nak tahu... Poret tu maksudnya busybody, suka ambil tahu tentang orang lain. Itu bahasa Sarawaklah.”
      “Oh... comel jugak bunyinya kan. Poret...” ujar Raula sambil ketawa geli hati. Zateel turut ketawa. Kay yang melihat keletah rakannya itu hanya menggeleng.
      Otaknya masih memikirkan apa yang telah dikatakan oleh Raula sebentar tadi. Betul ke mamat tu ada kekasih? Tapi, kenapa dia hantar sms tu? Ataupun, handphone dia betul-betul hilang. Tapi, kalau handphonenya hilang, maksudnya ada orang cuba nak fitnah dia? Hrmm... siapa kekasih mamat tu hah? Perempuan yang selalu dekat dengan dia tu ke? Kalau perempuan tu, aku tak heranlah...memang sama dua kali lima dengan dia. Perempuan kampung, perempuan melayu terakhirlah kononnya. Eleh...kalau aku nak pun, aku goda dia je confirm dia datang merayu kat aku. Huh! Getus hati Kay.
      “Hoi minah, kau berangankan apa tu? Kitorang yang duduk depan mata kau ni pun kau buat tak tahu. Kau ingatkan mamat tu lagi ke?” sindir Zateel.
      “Hisy! Tak kuasa aku nak ingatkan mamat tu! Loya tekak aku dengar... uwekk...” ujar Kay geram.
      “Kau jangan sombong sangat Kay...takut nanti benda yang kita tak suka, itulah yang kita dapat. Ye tak?” seloroh Raula pula. Kay hanya mengetap bibir. Geram dengan kedua rakannya yang suka menyakat.
      “Eh... itu merekalah Kay! Couple of the year dalam kampus ni. Asmady dengan kekasihnya, Hazwin Hanum.” Ujar Raula sambil matanya menyoroti setiap langkah Asmady dan Hazwin yang berjalan beriringan.
      Pantas, Kay menoleh ke arah yang dimaksudkan. Seketika, matanya bertaut dengan mata redup milik Asmady. Namun, Kay terus menjelingnya dengan satu jelingan yang amat tajam sekali. Jelingan yang mampu membuatkan Asmady pedih bagaikan tertusuk sebilah pisau belati.
      Lantas, Kay terus mengalihkan pandangan matanya dari mereka. Dia berdiri dan mencapai fail serta bukunya diatas meja itu. Kakinya terus melangkah pergi dari tempat itu dengan hati yang cukup bungkam. Zateel dan Raula yang melihat reaksi Kay hanya terkulat-kulat ditinggalkannya.
      Ceh, mamat kampung tu siap boleh berlagak lagi depan aku. Buat muka bodoh macam tak ada apa-apa yang berlaku pulak. Siap boleh berjalan mesra lagi dengan awek. Eei...geramnya aku! Memang tak tahu malu, dasar lelaki tak sedar diri! Sumpahnya dalam hati.
      Kakinya cepat-cepat melangkah, tidak mahu berlama-lama disitu. Hanya membuatkan hatinya sakit saja. Laungan Raula dan Zateel yang jauh kedengaran memanggil-manggil namanya sudah tidak dihiraukan lagi. Ahh...biarlah mereka berdua tu! Malas aku... getusnya lagi.

HAZWIN yang melihat kemurungan Asmady mulai bosan. Bosan dengan keadaan yang menyebabkan lelaki itu menjadi diam tiba-tiba setelah terpandangkan perempuan berlagak itu tadi. Kertas kerja yang sedang dibuat bersama dibiarkan begitu sahaja. Ketiadaan Raziq disitu benar-benar membuatkan dia sunyi. Apatah lagi hanya berdua bersama dengan Asmady. Dia akhirnya mengeluh.
      Asmady sedar akan reaksi Hazwin yang tiba-tiba seperti tidak ada mood.
      “As, saya nak balik. Esok-esok je lah kita bincang lagi.” Luah Hazwin tiba-tiba.
 Asmady segera memandang gadis itu, mengerutkan dahi. “Kenapa Win, awak tak sihat ke?” Asmady bertanya lembut.
      “Yes! Tiba-tiba je rasa pening kepala pulak. Lagipun Raziq tak ada... tak bestlah dia tak ada.” Hazwin sengaja memberi alasan. Baginya sekarang, adalah lebih baik sekirannya dia balik ke hostel daripada menatap lelaki itu berdiam diri tanpa berborak mesra dengannya. Hatinya sebak.
 Asmady mengangguk faham. “Win, awak marahkan saya ke?” soalnya seakan memahami isi hati gadis itu. Wajah Hazwin yang masam mencuka ditatap. Hazwin diam dan memandang ke arah lain. Tidak mahu bertentang mata dengan lelaki itu.
      “Jadi, memang betul Win marahkan sayalah ni?” Asmady menyoal lagi.
 Hazwin sudah berpeluk tubuh. “Tak ada maknanya saya nak rasa marah kat awak.” Jawabnya yakin walhal hatinya menidakkan.
 Asmady tersenyum. “Jadi, kalau awak bukan marah maknanya merajuk lah ni ya tak?” soalnya cuba mengambil hati gadis itu.
 Hazwin memandangnya tajam dan menggeleng. “Suka hati awaklah nak buat andaian.” Pantas dia mengemas kertas-kertas yang bertaburan dan memasukkannya dalam fail. Tanpa berkata apa-apa, Hazwin terus berdiri dan beredar meninggalkan Asmady.
      Namun, belum sempat kakinya melangkah jauh Asmady sudah mendapatkannya.
      “Win, kenapa ni? Jangan merajuk macam ni boleh tak?” pujuk Asmady sambil merentap tangan gadis itu.
 Hazwin terpana seketika dengan tindakan Asmady yang tiba-tiba memegang tangannya. Cepat-cepat dia menepis tangan sasa Asmady.
Okay-okay, I’m Sorry Win. Please... “ rayunya lagi.
“Sudahlah Asmady, tak ada gunanya awak nak merayu dengan saya. Awak buat saya macam tak wujud je tadi. Macam tunggul kayu. Sekarang tiba-tiba pulak nak merayu minta maaf kat saya. Apa semua ni?” soal Hazwin dengan nada tidak puas hati.
Asmady memandang tepat anak mata gadis itu. Hazwin cuba membalas pandangan mata Asmady namun gagal, cepat-cepat dia memandang ke arah lain.
“Dahlah... saya nak balik. Kalau disini pun bukannya ada apa-apa. Awak ke tepi boleh tak?” marah Hazwin sambil menahan geramnya. Dengan mengatur langkah yang sengaja dipercepatkan, dia meninggalkan Asmady terkulat-kulat disitu. Asmady menarik nafasnya dalam-dalam, tidak mampu menghalang Hazwin lagi.
Apa aku dah buat ni? Aku dah buat seorang rakanku yang paling baik bersedih. Aku ni memang tak guna, bodoh! Tak tahu menghargai nilai seorang sahabat. Aku sendiri tak sedar bagaimana aku boleh melukakan hati gadis sebaik Hazwin Hanum. Ya Tuhan... Kau berilah aku petunjukmu. Aku benar-benar buntu saat ini. Doanya dalam hati seraya melangkah longlai untuk pulang ke hostel. Niatnya untuk mengajak gadis itu keluar kota akhirnya terbantut.

USAI membersihkan diri, Asmady menyarung t-shirt dan seluar pendeknya. Malam ini dirasakan begitu sepi sekali. Raziq yang sebilik dengannya baru saja keluar ke kota bersama teman-teman mereka yang lain. Maklumlah, tiba sahaja hari Jumaat pasti mereka akan keluar beramai-ramai ke kota menghiburkan hati.
 Tetapi, entah kenapa malam ini Asmady terasa malas hendak mengikut. Moodnya seakan-akan mati tanpa tahu puncanya. Bersendirian adalah dirasakan lebih baik untuk menenangkan hatinya yang masih berkecamuk.
Telefon bimbitnya sudah dijumpai oleh seorang pelajar di atas meja lobi tempat pelajar UOS lepak dan berkumpul. Dia sendiri tidak tahu bagaimana ianya boleh berada di sana. Mujur ada orang yang sudi menyerahkan balik telefon itu pada dia yang telah hilang seminggu yang lalu.
Dia segera memeriksa telefonnya yang diletakkan diatas meja belajar. Tiada pesanan ringkas yang masuk. Walaupun sudah berpuluh-puluh sms yang dihantar kepada Hazwin, namun satu pun tidak dibalas. Asmady menarik nafas kecewa.
Tak apa, esok aku akan cuba lagi pujuk dia. Mudah-mudahan hati dia dah lembut esok. Maafkan aku, Hazwin... bisiknya sendiri. Tanpa berlenggah, dia terus duduk menghadap laptopnya dan menyambung kembali kerjanya yang terbengkalai siang tadi.

BAB 2 (Hello,dia milik akulah!)


Asmady duduk di Kafetaria UOS sambil menghirup secawan kopi pekat. Matanya pula tertumpu pada surat khabar yang berada di sebelahnya. Sambil menghirup kopi, dia menyelak helaian surat khabar itu satu per satu. Tiba-tiba, dia terkejut dengan hempasan buku yang kuat atas meja itu. Lantas dia berpaling.
Terkejut dengan reaksi Kay yang sudah berdiri dihadapan sambil memandangnya dengan penuh kebencian. Cawan yang dipegangnya hampir terlepas dari tangan. Cepat-cepat dia meletakkan cawan itu di atas meja.
“Hei, Kau Asmady kan? Asmady Hisyam bin Syazwan?” soal Kay keras.
Asmady mengangguk. “Saya, kenapa?” soalnya perlahan. Gugup.
      “Oh, Jadi kaulah lelaki tak malu tu ya. Muka je nampak baik, nampak suci je dari jauh tapi hati kau tu berbulu! Perangai mengalahkan setan!” jerkah Kay tiba-tiba.
 Berubah wajah Asmady . Langsung dia tidak faham dengan maksud yang baru diutarakan gadis itu sebentar tadi. Matanya tidak berkedip memandang gadis yang begitu lancang mulutnya mencemuh orang sesuka hati.
      “Kenapa tiba-tiba awak marah saya? Apa saya dah buat pada awak?” soal Asmady betul-betul ingin tahu. Tidak senang diperlakukan begitu.
      “Eh, kau masih nak berlakon lagi ek? Kau tak tahu apa yang kau dah buat? Ni...ni apa ni? Cuba kau tengok betul-betul sms ni...pastu tengok nombor telefon tu. Tu bukan nombor telefon kau ke? Kau tengok betul-betul!” arah Kay keras sambil memberikan telefon Samsung Galaxynya pada lelaki itu.
 Samsung Galaxy itu bertukar tangan. Asmady membelek setiap sms yang dimaksudkan gadis itu. Wajah Asmady tiba-tiba berubah setelah melihat nombor telefon penghantar sms itu. Dia menggeleng. Tak mungkin aku yang hantar sms tu. Nombor telefon dia pun aku tak tahu selama ini. Bagaimana ini boleh berlaku? Bentak hati kecilnya.
      “Saya mengaku, ini memang nombor telefon saya tapi...”
      “Hah, jadi memang betullah kau yang hantar sms bodoh tu kat aku! Tak guna! Hipokrit! Kau ingat, lepas aku terima sms kau tu, aku akan suka kat kau ke? Tolong sikit... jangan nak perasan okey. Sekecil zarah pun aku tak hingin nak bercinta dengan orang kampung macam kau ni. Sedar-sedarlah diri tu sikit! Walau terdesak sekalipun, dan walaupun tak ada lelaki lagi dalam dunia ni... aku takkan berdampingan dengan orang macam kau ni, faham?!” sungguh berbisa kata-kata Kayzia Adrina.
 Asmady mengetap bibir. Lantas dia berdiri. “Kayzia Adrina...” Asmady menyebut nama penuh gadis itu.
      Pantas Kay berpaling pada Asmady. Pandangan mereka bertaut seketika. Jelas api kemarahan terpancar di wajah gadis itu namun sebaliknya pada Asmady. Saat itu juga hatinya dihambat resah. Pantas dia mengawal riak wajahnya.
      “Untuk pengetahuan awak, saya tak pernah hantar sms tu. Terpulanglah sama ada awak percaya atau tidak. Memang itu nombor telefon saya, tapi telefon saya tidak dijumpai sejak petang semalam. Hari ini pun saya masih tercari-cari dimana telefon saya. Saya sedar siapa saya, dan untuk pengetahuan awak juga, saya tidak pernah mengimpikan untuk bercinta dengan gadis kaya macam awak. Apatah lagi untuk memiliki. Maafkan saya Cik Kayzia Adrina binti Tan Sri Syafique. Saya masih sedar akan kedudukan saya.” Jelas Asmady lembut namun tegas bunyinya.
      Kay mencebikkan bibirnya. Ingin sahaja lelaki itu dimaki-makinya namun dia sedar, dia tidak harus terburu-buru kerana lelaki itu tidak menunjukkan sebarang tanda untuk menengking atau membidas setiap makian yang telah dia hambur tadi. Kay masih berpeluk tubuh, rambutnya yang ditiup angin dikuak kasar.
      “Huh,whatever... bullshit!” Dengan pantas dia merampas Samsung Galaxynya itu dari tangan Asmady dan terus berlalu pergi dengan wajah yang masam mencuka. Tak logik langsung alasan mamat kampung tu! Adakah patut dia kata handphonenya hilang? Memang pandai dia memutar belitkan cerita. Betul-betul tak sedar diri lah mamat kampung tu! Getus hatinya marah.
 Asmady hanya memandang Kay yang sudah berlalu pergi. Dia tahu, gadis itu marah, malah mungkin membencinya. Wahai hati... sudah-sudahlah ingatkan gadis itu. Jangan mimpi di siang hari. Tak ada maknanya pun. Desis hati kecilnya. Namun, otaknya masih ligat memikirkan siapa punya angkara semua ini sehingga sanggup menganiayanya.
Raziq dan Hazwin yang baru melihat kejadian itu terus pergi ke arah Asmady yang masih terkulat-kulat di meja.
“Apasal dengan perempuan tu As?” tanya Raziq dengan nada tidak puas hati. Dia tahu bahawa gadis itu tadi telah memarahi Asmady sebentar tadi.
Asmady hanya menggeleng. “Tak ada apa-apalah. Hal kecik je.” Jawabnya ringkas dan duduk kembali.
Hazwin masih memandang kelibat Kay sehingga tidak kelihatan lagi. Lantas dia duduk di hadapan Asmady dan memandang Raziq. Raziq hanya mengangkat keningnya.
“Dia marah awak ke?” tanya Hazwin lembut. Matanya tepat tertumpu pada anak mata Asmady. Setiap kali dia bertentang mata dengan lelaki itu, jantungnya seakan-akan mahu gugur. Perasaannya sentiasa resah namun cuba dikawal sebaik mungkin.
Tetapi, Asmady hanya beriak biasa. “Memang patut pun dia marah...” ujarnya lagi.
“Tapi kenapa pulak? Apa kau dah buat pada dia As?” soal Raziq tidak sabar untuk mengetahuinya.          
Asmady meraup rambutnya. “Dia ingat aku yang hantar sms pada dia dan ajak dia bercinta. Luahkan perasaan pada dia... guna bahasa yang jiwang-jiwang.” Jelasnya ringkas. Malas hendak memanjang-manjangkan lagi hal itu.
What? Biar betul kau As... Kau memang ada sms dia ke?” Raziq memandang Asmady dengan mata membulat seakan tidak percaya.
Hazwin yang sedari tadi hanya menjadi pendengar mula rasa tidak sedap hati dengan perkara yang dia baru dengar sebentar tadi. Dia tiba-tiba menjadi takut dengan Jawapan yang bakal keluar dari mulut Asmady. Hatinya mula resah.
“Memang sms itu dari nombor telefon aku, tapi telefon aku hilang sejak petang semalam. Sekarang pun aku gagal menemuinya. Aku tak tahu siapa yang lakukan.” Jelasnya jujur.
Hazwin menarik nafas lega. “Maknanya, orang yang hantar sms pada dia bukan awak?” Hazwin inginkan kepastian. Asmady sekadar mengangguk.
“Agak-agak kau, siapa yang buat tu?” tanya Raziq sambil menyedut minuman 100 plusnya dengan rakus.
Asmady menjongket bahu. “I have no idea. Aku cuma harap yang handphone aku tu dapat dijumpai semula. Itulah satu-satunya harta yang amat bermakna pada aku sekarang ni. Kalau tak ada tu, macamana aku nak berhubung dengan keluarga aku kat Malaysia nanti.”
“Saya faham perasaan awak As... lagipun, awak sayang sangat kat handphone tu sebab tu adalah hadiah dari Pak Su Ejan, kan. Saya akan cuba tolong awak cari handphone tu sampai dapat, InsYa-Allah.” Lembut suara Hazwin menyatakannya.
Raziq yang duduk di sebelah Hazwin berdehem. Sedar akan usikan Raziq, Hazwin pantas menyiku Raziq. Asmady hanya tersenyum melihat keletah dua orang sahabatnya itu.
Memang dia sedar, selama ini Hazwinlah yang selalu mengambil berat pasalnya. Malah, dia juga tahu perasaan Hazwin terhadapnya. Cuma dia yang sengaja buat-buat tidak tahu. Dia sengaja tidak mengendahkan perasaan Hazwin terhadapnya.
Bukan Asmady tidak sayang akan gadis itu, namun entah kenapa perasaan sayangnya pada Hazwin hanya sebagai seorang sahabat. Tidak lebih dari itu. Perasaannya terhadap Hazwin juga tidak istimewa, walaupun kadang-kala Hazwin sanggup berkorban apa sahaja untuk membantunya dikala menghadapi kesusahan. Apatah lagi sejak mereka merantau menimba ilmu di negeri orang, di kota Seoul Korea ini.
Namun, dia kagum dengan ketabahan hati gadis ini yang seringkali kecewa kerana dirinya. Oh Tuhan, sampai bila aku hendak menyeksa  hati dia? Kau berilah hati ini ruang untuk menyayanginya seperti dia menyayangi aku. Tidak terbalas oleh ku budi dia yang sering membuat apa saja untukku. Rintih Asmady dalam hati.

ASMADY menarik selimut sehingga menutup dadanya. Puas sudah dia cuba melelapkan mata, namun tak berjaya. Sekejap dia membalik ke kanan, dan sekejap pula mengiring ke kiri. Peristiwa tengah hari tadi di Kafetaria masih berlegar di mindanya. Wajah Kay datang silih berganti.
 Entah kenapa dia belum puas menatap wajah gadis itu. Namun, bila melihat kebencian di mata gadis itu, dia hanya mampu mengeluh. Cuba mengingatkan dirinya berkali-kali bahawa gadis itu tidak layak untuk dia ingati.
 Siapalah dia hendak mengimpikan gadis cantik dan kaya seperti Kay. Jauh panggang dari api, bagai pipit dengan enggang. Dalam masa yang sama, dia juga memikirkan siapa yang membuat angkara seperti itu. Tidak mungkin telefonnya tiba-tiba boleh hilang, sedangkan ianya memang selalu berada di poket seluar jeansnya. Berkali-kali dia cuba mengingati namun gagal.
Kali terakhir dia memegang telefonnya kalau tidak silap semasa di dalam perpustakaan UOS. Masa itu dia hendak menukar telefonnya kepada mode silent takut menganggu pelajar yang berada dalam library. Lepas itu, dia meletaknya atas meja. Ya! Masa itulah telefonnya hilang, tapi siapa yang mengyonglap telefon tu agaknya? Telefon dia bukannya mahal mana pun, setakat nokia C6 aje, itupun hadiah pemberian bapa saudaranya, Pak Su Ejan kerana dia berjaya ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara yang ditaja oleh Yayasan kerajaan.
Akhirnya, Asmady kebuntuan sendirian. Dia terlena bersama dengan fikiran yang begitu berat di kepala.

Wednesday, October 24, 2012

BAB 1 (Hello,dia milik akulah!)




University Of Seoul (UOS)
90 Jeonnong-dong,
Donghaemungu, Seoul,
South Korea. (2009)


D
ari jauh kelihatan, seorang gadis berdarah campuran melayu dan korea berkulit cerah melangkah laju memasuki perkarangan pagar utama University Of Seoul, Korea. Rambutnya yang disanggul dengan gaya senget menampakkan lagi penampilan gadis yang serba ringkas itu dengan hanya memakai seluar skinny jeans levis berwarna biru tua, t-shirt Elle berlengan pendek dan scarf yang melilit tengkuknya.
 Lagaknya seperti tergesa-gesa mendaki anak tangga menuju ke tingkat 4 bilik kuliahnya. Nafasnya turun naik kerana lelah menaiki tangga. Sampai sahaja di muka pintu bilik kuliah, semua mata di dalam bilik itu terus tertumpu padanya. Seorang lelaki pertenggahan usia yang memiliki saiz badan XXL yang tadinya sedang menulis sesuatu di whiteboard terus memandangnya tanpa henti.
 Wajah Kay berubah pucat sebaik sahaja bertentang mata dengan lelaki bersaiz XXL itu. Gulp, alamak! Mampus aku kali ini. Padan dengan muka kau Kay, siapa suruh kau tidur mati sampai tak sedar jam tadi. Ini semua gara-gara Nafri lah ni, kalau dia tak mengajak aku bergayut lama-lama dalam telefon takkan jadi begini. Hisy... gerutunya dalam hati.
Wow, Ms. Kayzia Adrina bte Tan Sri Syafique ... It seems that you arrive early today huh? You think that you are the officer?” Sengaja Profesor Harman menyebut nama penuh gadis itu. Berang dengan sikap gadis itu yang selalu datang lewat untuk menghadiri kelasnya.
 Wajah Kay masih pucat. Otaknya ligat berfikir untuk mencari alasan yang munasabah. Aduh, apa aku nak cakap kat orang tua ni. Dah terang-terang salah aku. Kay mengetap bibir.
      “Err, sorry prof. I actually woke up late this morning because I forget to set the alarm last night. Mianhamnida...” Ujar Kay jujur. Dia masih berdiri di muka pintu tidak berkutik.
 Profesor Harman yang mengajar subjek Plane and solid analytic geometry itu semakin panas dengan jawapan selamba yang keluar dari mulut gadis itu. Kalau bukan kerana ayah Kay adalah kawan baik dia sejak dari bangku sekolah, memang dah lama dia halau gadis itu keluar kelas. Menganggu sesi pembelajaran saja! Bentak hati Profesor Harman yang merupakan anak kelahiran Kajang, Selangor dan sudah lama menjadi Pensyarah di UOS itu.
      “Awak jangan ingat, bapak awak Tan Sri awak boleh buat sesuka hati awak Cik Kayzia Adrina Tan Sri Syafique! Datang sesuka hati tak ikut masa. Dah, dah... jangan buang masa saya! Pergi duduk mana-mana tempat yang kosong! Itulah padahnya datang lewat! Kalau tak ada kosong, tu...tu.. awak duduk je kat lantai tu.” Kata Profesor Harman lalu menuding jari pada lantai di sebuah sudut. Terkeluar bahasa melayu Profesor Harman.
 Hisy...orang tua ni. Biar betul! Aku yang vogue ni nak disuruhnya duduk kat lantai tu? Apa kelas? Memang nak kena penangan mulut laser aku orang tua ni. Jangan sampai kasut saiz 6 aku boleh naik kat muka tembam orang tua ni pulak. Dah la gemuk-gedempol, tak sedar diri! Marah Kay dalam hati.
 Kay menarik nafas dalam-dalam menahan marahnya. Kali ini dia malas hendak membalas kata-kata Profesor Harman yang menyakitkan hati itu. Dia melilau-lilau mencari mana-mana tempat yang kosong. Penuh dewan kuliah itu dengan pelajar kerana kelas dan subjek pada hari tersebut bergabung dengan pelajar yang mengambil jurusan lain jugak. Huh, mana aku nak duduk ni? Satu pun tak ada tempat kosong. Bentak hatinya marah.
 “Psst..psst!” satu suara seolah-olah memanggil Kay dari arah belakang. Kay berpaling pada tuan empunya suara.
 Dia melihat seorang wanita melambai-lambai padanya mengatakan ada satu tempat duduk di belakang. Kay tersenyum. Fuh, nasib baik ada satu kosong. Kalau tak, jatuh standard aku hari ini terpaksa duduk kat atas lantai. Getusnya lagi.
 Kay melabuhkan punggungnya di atas kerusi kosong itu dengan lega. Lelaki yang sedari tadi asyik memerhatikannya berasa gugup dengan kehadiran Kay di sebelahnya. Entah kenapa jantungnya berdegup tidak sekata.
Kay perasan akan lelaki disebelahnya asyik merenungnya dari tadi. Namun, cepat-cepat lelaki itu mengalihkan pandangannya ke hadapan semula apabila tersedar Kay mengerutkan keningnya. Kay melihat dahi lelaki iti berpeluh walaupun bilik kuliah itu dipenuhi penghawa dingin. Apasal pula dengan mamat sengal kat sebelah aku ni, tetiba boleh berpeluh pulak dalam keadaan sejuk macam ni. Fikir Kay.
Asmady yang sedari tadi sudah berpeluh cuba berlagak tenang. Dia cuba mencatat sesuatu dalam buku notanya namun dia sendiri tidak tahu apa yang dia tulis. Semua itu hanyalah sekadar untuk menutup debaran di hati. Dia dapat menghidu perfume yang dipakai oleh gadis disebelahnya. Haruman yang begitu mendamaikan dan mengasyikan, tapi dia tidak tahu jenama apa.
Ala, Mestilah dari perfume yang mahal-mahal kalau hendak dibandingkan dengan aku yang sekadar menggunakan spray wangian yang biasa saja. Itupun kalau mampu, kalau tak, guna bedak je lah alamatnya. Guna bedak tu pun dah kira baik daripada tak guna apa-apa. Gumamnya sendirian.

ASMADY yang sedang khusyuk membaca buku di perpustakaan UOS itu terkejut dengan jerkahan Raziq yang datang menerpa tiba-tiba dari belakang.
      “Boleh tak kalau lain kali tu bagi salam sikit. Nasib baik aku tak kena serangan jantung tau.” Asmady mendengus. Tak senang dengan perlakuan sahabatnya itu yang kadang-kala bergurau tidak mengenal tempat.
      “La, sorry lah. Aku gurau je. Kau baca buku apa tu As?”
      “Buku ilmiah lah, apa lagi.” Jawabnya malas.
      “Aku tahulah buku ilmiah, tapi tentang apa?” soal Raziq lagi.
      “Tentang topik yang kita belajar tadi kat kelas Profesor Harman.” Ringkas jawapan Asmady.
      “Oh, tentang Plane and solid analytic geometry ek? Boring lah subjek tu, hampir mengantuk aku tadi.” Ujar Raziq menahan kuap sambil menunjukkan riak kebosanan.
 “Mana Hazwin? Aku tak nampak pun sejak pagi tadi.” Soalnya yang tercari-cari kelibat Hazwin. Selalunya mereka bertiga akan menghabiskan masa bersama di perpustakaan itu.
 “Takkan kau tak tahu, dia dah balik. Katanya pening kepala, nak rehat. Itulah kau, asyik berkhayal je, kawan sendiri sakit pun kau tak tahu.” Jawab Raziq. Asmady hanya menggeleng dan menyambung kembali bacaannya.
 Sedang dia tekun membaca, kelihatan gadis yang bernama Kayzia Adrina melangkah masuk ke dalam perpustakaan itu seorang diri dan duduk di tempat bertentangan dengan tempat Asmady dan Raziq. Eh, kenapa dia seorang je? Mana pulak pergi kawan-kawannya? Asmady bermonolog sendirian. Agak pelik dengan gadis itu yang tiba-tiba menyendiri hari ini. Selalunya, dia akan bersama dengan dua orang rakannya lagi.
Raziq yang sedari tadi perasan akan mata Asmady yang mencuri pandang pada Kay tanpa berkedip mula berdehem.
      “Ehem... kenapa tekak aku ni rasa macam kering aje.” Sindir Raziq. Asmady tidak menghiraukan telatah Raziq dan terus menyambung pembacaannya.
      “Eleh, kau jangan berlakonlah As. Aku tahu kau pandang siapa. Tak payah nak cover-cover depan akulah.” Sambung Raziq.
      “Kau ni kenapa Ziq? Dari tadi asyik nak kenakan aku aje. Aku tak pandang sesiapalah. Lagipun, apa salahnya kalau aku tengok orang dalam library ni, salah ke?” balas Asmady.
      “Salah tu tidaklah, tapi mata kau tu ha... hampir nak terkeluar dan tidak berkedip memandang perempuan bernama Kayzia Adrina tu.” Ujar Raziq lagi sambil menjuihkan bibirnya pada Kay. Kay yang sedari tadi khusyuk menulis sesuatu lantas dipandang kembali. Setiap kali menatap wajah manis gadis itu, hatinya semakin kuat berdegup. Namun, cepat-cepat dia tersedar dan ingin membuang jauh perasaan itu.
      “Boleh tak kalau kau sebut nama dia slow sikit? Aku takut nanti meja kita ni terbang dikerjakan perempuan tu.” Asmady memberi arahan pada rakannya itu.
 Raziq menahan ketawanya. Mana tidaknya, satu kampus tahu bahawa gadis bernama Kayzia Adrina mempunyai sifat yang cukup baran, sombong dan berlagak. Dan kerana sifat barannya itulah lelaki takut untuk berdampingan dengannya, apatah lagi untuk mengorat. Silap-silap, boleh masuk ICU kalau terkena penangan kick boxingnya itu. Seorang pun tidak tahu, bagaimana Nafri boleh menjadi kekasih hati Kayzia Adrina yang baran. Nafri yang terkenal dengan sifat kasanovanya.
Siapa yang tidak tahu, gadis bernama Kayzia Adrina ini juga pernah mendapat tempat pertama dalam pertandingan seni mempertahankan diri Tang Soo Doo. Lagipun, pernah dulu seorang pelajar lelaki yang agak nakal telah cedera parah dek penangan kick boxing Kayzia Adrina. Salah lelaki itu juga, yang selalu menyakat orang sampai melebihi tahapnya. Ngeri juga Raziq memikirkan gadis itu. Walaupun fizikalnya cuma sederhana tinggi dan kecil, tapi cukup menyengat. Kecil-kecil cili padi lah katakan.
 “Hey, buta ke?! Bodoh!” kedengaran kuat suara Kay mengherdik tiba-tiba yang memecah kesunyian di perpustakaan itu.
 Raziq dan Asmady berpandangan sebaik sahaja terdengar jerkahan Kay yang berada di meja hadapan mereka. Semua mata yang ada disitu tertumpu padanya.
Dengan lagak biasa, Kay tidak memperdulikan setiap mata yang memandangnya. Dia bingkas berdiri dan melibas-libas bajunya yang sudah basah separuh. Seorang lelaki negro bertubuh sasa menunduk sambil meminta maaf pada Kay. Wajah Kay sudah menyinga seperti hendak menerkam mangsanya.
Langsung Kay tidak mengendahkannya. Malah, cawan kertas yang dipegang lelaki negro itu dirampas dan terus dicampak sekuat hatinya. Darahnya sudah mendidih. Walaupun Kay tahu bahawa lelaki negro itu tidak sengaja membasahinya, dia tidak peduli.
 “Kau tengok, baju aku dah basah kau kerjakan! Dasar tak guna. Kalau jalan tu pakai matalah! Bukan pakai mulut! Harapkan bijik mata je besar tapi sengal!” sumpahnya sepuas hati. Dia masih melibas-libas bajunya. Terkebil-kebil mata lelaki negro itu apabila diherdiknya dengan sampai begitu sekali. Kelihatan seorang pustakawan wanita yang telah lama bertugas disitu terus menuju ke arah mereka apabila terdengar suara lantang Kay.
“Agassi, yaggan joyonghan jusil su iss-eusibnikka? Mogsoli leul najchu sibsio. Salamdeul-i uliege sagwa haeyahaneun gyeong-u,geudeul-ui yuilhan byeonmyeong! Anio deoiyagileul hwagjanghal pil-yoga eobs-seubnida. igeos-eundoseogwan i anilabyeolug sijang-ibnida! (Cik, bolehkah awak tolong senyap sikit? Sila perlahankan suara awak. Kalau orang sudah memohon maaf pada kita, maafkan sahajalah mereka! Tak perlulah hendak panjangkan cerita lagi. Ini adalah perpustakaan, bukannya pasar lambak!)” Tegur wanita separuh abad itu.
Kay mencebik. “Ne bu-in, nado al-a! Dangsin-eun na-e daehae bappeun pil-yo haji anhseubnida. Neon naega mam-e saeng-gaghae? Neo igeo boini? bogo! Nae os-eun ui gagyeog eun maeu bissada! Eotteohge i heug-in eun bissan os-eul geuui eumlyo leul heulliji haessda hadani! (Ya Puan, saya tahu! Awak tidak perlu sibuk tentang saya. Awak fikir saya suka? Awak lihat ini.. lihat! Harga baju saya ni mahal! Senang-senang aje Negro ni telah menumpahkan minumannya pada baju saya yang mahal ini! )” tempik Kay masih tidak mahu mengalah.
Geulae , naega neoui syeocheu ga bissa neun geos-eul abnida. Uli ppunman anila ssaugo sipji handamyeon, jigeum tteona juseyo! dangsin-ui bulman ui eoliseog-eum e daehae deudgi sigan-i eobsda . Geulaeseo, deo gaboseyo. Animyeon naega eonje kkaji dangsin-i doseogwan e deul-eogal su eobsdaneunpyeonjileul balhaeng doebnida.  Asi gessso? (Ya, saya tahulah baju awak tu mahal, tapi kalau nak bergaduh jugak tolong keluar sekarang. Saya tak ada masa nak dengar aduan bodoh awak tu. Lebih baik awak keluar sekarang, ataupun saya keluarkan satu surat agar awak tidak boleh masuk ke perpustakaan ini sampai bila-bila!)” Kata wanita itu lagi. Geram dengan sikap Kay yang berlagak dan sombong itu.
“Ibwa, nan sang-gwan eobs-eo! Jiog-eulo gaja! (Hei, aku tak heranlah. Pergi jahanamlah!)” balas Kay geram. Pantas buku dan kertas dimejanya terus dimasukkan dalam fail.
Lelaki negro itu masih terkebil-kebil memandang Kay dan wanita itu silih berganti.. Langsung tidak faham sepatah haram apa yang dikatakan oleh mereka sebentar tadi.
Excuse me senorita, what did you say? I did’nt understand.” Ujar lelaki negro itu dalam pelatnya.
Kay menjeling lelaki itu. “Cakap pun tak guna! Menyusahkan! I said that you are very handsome baby... Hitam legam macam tunggul kayu rentung! Faham tak? Do You understand?” jelas Kay bersahaja.
Lelaki negro itu mengerutkan dahinya, pantas dia menggeleng. Raziq cuba menahan ketawanya. Memang padanlah tu, seorang itik seorang ayam, bisiknya.
“Huh, memanglah kau tak faham sebab aku guna bahasa melayu! Tepi! Tepi! Aku nak lalu! Tak ada selera aku nak mengadap muka legam kau tu!” pantas Kay menolak tubuh lelaki itu lalu terus keluar dari perpustakaan dengan hati yang sebal. Marahnya meluap-luap.
Niatnya untuk menyiapkan assignment tergendala gara-gara lelaki negro yang telah menumpahkan minuman pada bajunya. Tak guna, sialan! Tidak henti-henti dia menyumpah dalam hati.
“Fuh, kalau beginilah sikap perempuan tu terus cancel aku nak buat bini As... Harap muka aje lawa, cun-melecun tapi... mengada-ngada! Perangai mengalahkan nenek sihir! Dah macam singa betina yang baru beranak aje garangnya!” tempelak Raziq sebaik sahaja kelibat Kay sudah tidak kelihatan.
Asmady tergelak kecil. Dia berdehem sedikit. “Tak baik cakap orang macam tu. Kita tak tahu bagaimana kalau berada dalam situasi dia Ziq... Perempuan, emosi dia lebih sikit. Biasalah tu.” Ujar Asmady perlahan sambil matanya masih difokuskan ke arah buku yang masih dipegangannya.
“Kau sebelahkan perempuan tu ke?” kata Raziq sambil tersenyum sinis.
“Hisy, aku tak sebelahkan siapa-siapalah.” Asmady membela diri.
Raziq mencebikkan bibirnya. “Agaknya, semua perempuan cantik memang macam tu ke? Angkuh!”
“Tak semua macam tu. Kau jangan jadi optimis pulak. Mungkin mereka ada masalah kot, pasal tu lah garang tak bertempat. Kita sebagai lelaki ni kena faham.”
Hmm... datang bulan kot perempuan tu. Suka marah tak tentu fasal.” Balas Raziq selamba.. Bulat mata Asmady memandang Raziq. Namun, Raziq hanya beriak biasa. Terus meletus ketawa kedua mereka.

Pak Wan baru saja selesai mengimamkan sembahyang Maghrib bersama ibunya, Nek Tipah. Usai segalanya, Nek Tipah segera ke dapur untuk menyediakan makan malam. Malam itu, mereka dua beranak hanya berlaukkan ikan keli masak lemak, ikan kembung goreng dan sedikit daun ulam pegaga serta sambal belacan.
 Sudah tiga tahun mereka ditinggalkan Asmady yang belajar jauh di negara orang, sudah tiga tahun itu jugalah Pak Wan dan Nek Tipah terpaksa menanggung rindu yang teramat sangat pada Asmady.
Sejak tiga tahun lepas, Asmady tidak pulang ke kampung. Rasa rindu yang telah lama bertakung sering membuatkan Pak Wan sentiasa berdoa terhadap satu-satunya anak lelaki kesayangannya. Dia bangga mempunyai anak sebaik Asmady, punya pelajaran dan ilmu yang tinggi.
“Hai Wan...,yang kau dok tenung je lauk-lauk tu kenapa? Apasal tak makan?” tegur Nek Tipah apabila melihat anaknya hanya memandang nasi kosong.
Pak Wan merengus. “Wan teringatkan Asmady mak. Entah macam manalah keadaan dia sekarang. Ni semua lauk kegemaran dia, terutamanya ikan keli masak lemak ni... Rindunya Wan pada dia mak.” Luah Pak Wan sayu.
Nek Tipah turut sayu. “Mak pun rindu cucu mak tu... tapi mak yakin, Asmady pandai bawa diri kat sana. Bukankah dia seorang anak yang baik, sejuk perut arwah Syida mengandungkan Asmady dulu. Mak teringin nak tatap wajah cucu Mak... dah bertahun lamanya mak tidak berjumpanya.” Ujar Nek Tipah turut tunduk hiba.
Pak Wan menguis-nguis nasinya. “Tak lama lagi baliklah dia tu. Tinggal 2 tahun je lagi dia nak habis belajar. Wan harap dia akan menjadi orang berjaya bila balik ke kampung ni nanti...”
“Eh,mestilah. Cucu kesayangan mak tu... Mak betul-betul yakin pada dia. Takkanlah cucu mak nak membuat perkara yang tidak senonoh Wan oi... Asmady tu cucu aku, aku tahulah.”
“Wan tahulah mak...”
“Sudahlah tu. Sampai esok pun takkan habis kalau kita asyik bercerita pasal orang yang jauh ni. Dah, makan.. Penat mak masak semua ni kalau tak dijamah.” Ujar Nek Tipah sambil mencedok kuah lauk ikan keli ke pinggan nasinya. Pak Wan turut mengambil lauk ikan kembung goreng ke pinggannya.
Selesai makan malam, seperti biasa Pak Wan akan berehat di serambi rumahnya. Cerutnya masih tak lekang dari bibirnya. Asap cerut berkepul-kepul keluar dan terus bermain dengan angin malam yang berlalu.
Mengenang kembali kenangannya bersama arwah isterinya Syida dan anaknya yang jauh diperantauan. Abang rindukan Ida... Abah rindukan As.. Semoga ALLAH melindungi mereka. Bisik hati kecil Pak Wan.
“Lama si Ejan tu tak balik kampung kan Wan.” Nek Tipah yang tiba-tiba bersuara dari belakang mencantas lamunan Pak Wan.
            “Mungkin dia sibuk mak. Dia sekarangkan dah maju, dah jadi orang KL. Pastu businness berlambak-lambak pulak, manalah Ejan ada masa mak.” Kata Pak Wan sambil menepis abu cerutnya.
“Hmm...mak tahulah dia dah jadi orang KL. Asalkan dia tak lupa daratan, sudahlah. Kalau ya pun dia tak balik, sesekali tu telefonlah ke sini. Ini tidak, senyap je...” bebel Nek Tipah sambil membetulkan kedudukannya.
Pak Wan menggeleng. “Mak ni, risau tak bertempatlah. Tahulah Ejan tu balik sini nanti, baru 3 minggu Ejan tak balik mak dah bising. Dia bukan budak-budak lagi la mak. Dah nak jadi “Datuk” budak dah...” jawab Pak Wan bersahaja.
“Alhamdullilah... mak bersyukur sangat. Tak lama lagi mak dah nak dapat cicit pulak, tak sabar nak tunggu si Syazlene tu beranak. Bertambahlah ahli keluarga kita nanti, kan Wan.”
Pak Wan mengangguk laju. “Kita berdoa je agar semuanya dipermudahkan.” Nek Tipah turut berdoa dalam hatinya. 

One Words

life is only therapy just let me shop second best thing

My Days

Daisypath Anniversary tickers

My Anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Last but not Least

cat flower