Bagaimana si Asmady tu boleh hantar sms kat kau Kay? Maksud aku, bagaimana
dia boleh tahu nombor handphone kau?”
soal Raula dengan nada tidak puas hati. Air kotak yang dipegangnya segera
dihisap perlahan.
Kay memandangnya serius. “Entah, manalah aku
tahu. Aku lupa nak tanya tempoh hari. Lagipun, lelaki kampung macam tu akan
sanggup buat apa saja. Jadi, tak heranlah kalau dia curi nombor aku dari
sesiapapun.” Katanya geram. Dia membelek-belek wajahnya di cermin kecil yang
dipegangnya. Sudah lima hari perkara itu berlalu namun, Kay masih dengan rasa
amarahnya pada Asmady.
Zateel
yang sedari tadi sibuk bersms dengan
kekasih koreanya itu mengangguk.
“Logik jugak tu Kay. Mereka takkan puas
hati sampai mereka dapat yang mereka nak. Ala, orang kampung... biasalah. Pemikiran
kolot sikit. Jangan layan sudahlah.” Zateel bersuara.
Kay
hanya mencebik. Geramnya pada Asmady masih berbuku.
“Satu lagi, aku dengar mamat kampung yang
korang dok sebut-sebutkan tu dah ada kekasih. Takkanlah dia tu berani hantar sms kat kau kalau awek dia selalu ada
depan mata Kay...” ujar Raula tiba-tiba.
Kay
terdiam. Hmm... logik juga apa yang Raula
cakap. Takkan dia berani kot... tapi, ahh! Dah nama lelaki... takkan puas
dengan yang satu. Fikirnya lagi.
“Tapi, biar betul kau Raula... yang dia ada
awek. Takkanlah...” Tanya Kay memandang tepat padanya.
Raula menggeleng. “Betullah apa aku cakap ni.
Apa, kau ingat mamat kampung macam dia tu tak laku ke? Tak layak nak ada
kekasih? Kalau kau nak tahu, Asmady tu ramai peminat tau. Banyak cikaro-cikaro kat Korea ni meroyan nak
berpacaran dengan dia. Orangnya handsome,
berkulit putih, tinggi lampai pulak tu. Bukan sahaja jadi Naib Pengerusi
Persatuan Mahasiswa-Mahasisiwi UOS, dean list student pulak tu. Lepas tu,
mata dia yang redup tu memang seksi. Siapa yang tak cair bila terkena panahan
matanya? Siapa yang tak berebutkan dia tu? Jejaka idaman melaya tu... sampai ke
Korea gadis meminatinya tau. Bukan calang-calang orang Asmady si mamat kampung
yang korang dok kutuk ni.” Jelas Raula berjela-jela. Lagaknya tak ubah seperti
PM yang sedang berucap semasa pilihanraya umum.
Kay hanya berdiam. Riak wajahnya
menunjukkan tidak berminat untuk mengetahui tentang lelaki itu.
“Wah, betul ke ni Raula? Kau ni kan,
kalau pasal orang lain memang kau tahu semuanya. Tak sangka jugak kan, yang kau
ni ada ciri-ciri nak jadi Poret.”
Kata Zateel.
“Eh, poret tu apa?” tanya Raula kebinggungan.
Zateel
tersenyum. “Cik Raula Khuzaimah, kalau kau nak tahu... Poret tu maksudnya busybody,
suka ambil tahu tentang orang lain. Itu bahasa Sarawaklah.”
“Oh... comel jugak bunyinya kan. Poret...” ujar Raula sambil ketawa geli
hati. Zateel turut ketawa. Kay yang melihat keletah rakannya itu hanya
menggeleng.
Otaknya masih memikirkan apa yang telah
dikatakan oleh Raula sebentar tadi. Betul ke mamat tu ada kekasih? Tapi, kenapa
dia hantar sms tu? Ataupun, handphone dia betul-betul hilang. Tapi,
kalau handphonenya hilang, maksudnya
ada orang cuba nak fitnah dia? Hrmm...
siapa kekasih mamat tu hah? Perempuan yang selalu dekat dengan dia tu ke? Kalau
perempuan tu, aku tak heranlah...memang sama dua kali lima dengan dia.
Perempuan kampung, perempuan melayu terakhirlah kononnya. Eleh...kalau aku nak
pun, aku goda dia je confirm dia
datang merayu kat aku. Huh! Getus hati Kay.
“Hoi minah, kau berangankan apa tu?
Kitorang yang duduk depan mata kau ni pun kau buat tak tahu. Kau ingatkan mamat
tu lagi ke?” sindir Zateel.
“Hisy! Tak kuasa aku nak ingatkan mamat
tu! Loya tekak aku dengar... uwekk...” ujar Kay geram.
“Kau jangan sombong sangat Kay...takut nanti
benda yang kita tak suka, itulah yang kita dapat. Ye tak?” seloroh Raula pula. Kay
hanya mengetap bibir. Geram dengan kedua rakannya yang suka menyakat.
“Eh... itu merekalah Kay! Couple of the year dalam kampus ni.
Asmady dengan kekasihnya, Hazwin Hanum.” Ujar Raula sambil matanya menyoroti
setiap langkah Asmady dan Hazwin yang berjalan beriringan.
Pantas, Kay menoleh ke arah yang
dimaksudkan. Seketika, matanya bertaut dengan mata redup milik Asmady. Namun, Kay
terus menjelingnya dengan satu jelingan yang amat tajam sekali. Jelingan yang
mampu membuatkan Asmady pedih bagaikan tertusuk sebilah pisau belati.
Lantas, Kay terus mengalihkan pandangan
matanya dari mereka. Dia berdiri dan mencapai fail serta bukunya diatas meja
itu. Kakinya terus melangkah pergi dari tempat itu dengan hati yang cukup bungkam.
Zateel dan Raula yang melihat reaksi Kay hanya terkulat-kulat ditinggalkannya.
Ceh, mamat kampung tu siap boleh berlagak
lagi depan aku. Buat muka bodoh macam tak ada apa-apa yang berlaku pulak. Siap
boleh berjalan mesra lagi dengan awek. Eei...geramnya aku! Memang tak tahu
malu, dasar lelaki tak sedar diri! Sumpahnya dalam hati.
Kakinya cepat-cepat melangkah, tidak mahu
berlama-lama disitu. Hanya membuatkan hatinya sakit saja. Laungan Raula dan
Zateel yang jauh kedengaran memanggil-manggil namanya sudah tidak dihiraukan
lagi. Ahh...biarlah mereka berdua tu! Malas aku... getusnya lagi.
HAZWIN
yang melihat kemurungan Asmady mulai bosan. Bosan dengan keadaan yang
menyebabkan lelaki itu menjadi diam tiba-tiba setelah terpandangkan perempuan
berlagak itu tadi. Kertas kerja yang sedang dibuat bersama dibiarkan begitu
sahaja. Ketiadaan Raziq disitu benar-benar membuatkan dia sunyi. Apatah lagi
hanya berdua bersama dengan Asmady. Dia akhirnya mengeluh.
Asmady sedar akan reaksi Hazwin yang
tiba-tiba seperti tidak ada mood.
“As, saya nak balik. Esok-esok je lah kita
bincang lagi.” Luah Hazwin tiba-tiba.
Asmady segera memandang gadis itu, mengerutkan
dahi. “Kenapa Win, awak tak sihat ke?” Asmady bertanya lembut.
“Yes!
Tiba-tiba je rasa pening kepala pulak. Lagipun Raziq tak ada... tak bestlah dia tak ada.” Hazwin sengaja
memberi alasan. Baginya sekarang, adalah lebih baik sekirannya dia balik ke
hostel daripada menatap lelaki itu berdiam diri tanpa berborak mesra dengannya.
Hatinya sebak.
Asmady mengangguk faham. “Win, awak marahkan
saya ke?” soalnya seakan memahami isi hati gadis itu. Wajah Hazwin yang masam
mencuka ditatap. Hazwin diam dan memandang ke arah lain. Tidak mahu bertentang
mata dengan lelaki itu.
“Jadi, memang betul Win marahkan sayalah
ni?” Asmady menyoal lagi.
Hazwin sudah berpeluk tubuh. “Tak ada maknanya
saya nak rasa marah kat awak.” Jawabnya yakin walhal hatinya menidakkan.
Asmady tersenyum. “Jadi, kalau awak bukan
marah maknanya merajuk lah ni ya tak?” soalnya cuba mengambil hati gadis itu.
Hazwin memandangnya tajam dan menggeleng.
“Suka hati awaklah nak buat andaian.” Pantas dia mengemas kertas-kertas yang
bertaburan dan memasukkannya dalam fail. Tanpa berkata apa-apa, Hazwin terus
berdiri dan beredar meninggalkan Asmady.
Namun, belum sempat kakinya melangkah jauh
Asmady sudah mendapatkannya.
“Win, kenapa ni? Jangan merajuk macam ni
boleh tak?” pujuk Asmady sambil merentap tangan gadis itu.
Hazwin terpana seketika dengan tindakan Asmady
yang tiba-tiba memegang tangannya. Cepat-cepat dia menepis tangan sasa Asmady.
“Okay-okay,
I’m Sorry Win. Please... “ rayunya lagi.
“Sudahlah Asmady, tak ada gunanya awak
nak merayu dengan saya. Awak buat saya macam tak wujud je tadi. Macam tunggul kayu.
Sekarang tiba-tiba pulak nak merayu minta maaf kat saya. Apa semua ni?” soal
Hazwin dengan nada tidak puas hati.
Asmady memandang tepat anak mata gadis
itu. Hazwin cuba membalas pandangan mata Asmady namun gagal, cepat-cepat dia
memandang ke arah lain.
“Dahlah... saya nak balik. Kalau
disini pun bukannya ada apa-apa. Awak ke tepi boleh tak?” marah Hazwin sambil
menahan geramnya. Dengan mengatur langkah yang sengaja dipercepatkan, dia
meninggalkan Asmady terkulat-kulat disitu. Asmady menarik nafasnya dalam-dalam,
tidak mampu menghalang Hazwin lagi.
Apa aku dah buat ni? Aku dah buat
seorang rakanku yang paling baik bersedih. Aku ni memang tak guna, bodoh! Tak
tahu menghargai nilai seorang sahabat. Aku sendiri tak sedar bagaimana aku
boleh melukakan hati gadis sebaik Hazwin Hanum. Ya Tuhan... Kau berilah aku
petunjukmu. Aku benar-benar buntu saat ini. Doanya dalam hati seraya melangkah
longlai untuk pulang ke hostel. Niatnya untuk mengajak gadis itu keluar kota
akhirnya terbantut.
USAI
membersihkan diri, Asmady menyarung t-shirt
dan seluar pendeknya. Malam ini dirasakan begitu sepi sekali. Raziq yang
sebilik dengannya baru saja keluar ke kota bersama teman-teman mereka yang
lain. Maklumlah, tiba sahaja hari Jumaat pasti mereka akan keluar beramai-ramai
ke kota menghiburkan hati.
Tetapi, entah kenapa malam ini Asmady terasa
malas hendak mengikut. Moodnya
seakan-akan mati tanpa tahu puncanya. Bersendirian adalah dirasakan lebih baik
untuk menenangkan hatinya yang masih berkecamuk.
Telefon bimbitnya sudah dijumpai oleh
seorang pelajar di atas meja lobi tempat pelajar UOS lepak dan berkumpul. Dia sendiri tidak tahu bagaimana ianya
boleh berada di sana. Mujur ada orang yang sudi menyerahkan balik telefon itu
pada dia yang telah hilang seminggu yang lalu.
Dia segera memeriksa telefonnya yang
diletakkan diatas meja belajar. Tiada pesanan ringkas yang masuk. Walaupun
sudah berpuluh-puluh sms yang
dihantar kepada Hazwin, namun satu pun tidak dibalas. Asmady menarik nafas
kecewa.
Tak apa, esok aku akan cuba lagi pujuk
dia. Mudah-mudahan hati dia dah lembut esok. Maafkan aku, Hazwin... bisiknya
sendiri. Tanpa berlenggah, dia terus duduk menghadap laptopnya dan menyambung kembali kerjanya yang terbengkalai siang
tadi.
0 comments:
Post a Comment