University Of Seoul
(UOS)
90 Jeonnong-dong,
Donghaemungu, Seoul,
South Korea. (2009)
D
|
ari jauh kelihatan, seorang gadis berdarah
campuran melayu dan korea berkulit cerah melangkah laju memasuki perkarangan
pagar utama University Of Seoul, Korea.
Rambutnya yang disanggul dengan gaya senget menampakkan lagi penampilan gadis
yang serba ringkas itu dengan hanya memakai seluar skinny jeans levis berwarna biru tua, t-shirt Elle berlengan pendek dan scarf yang melilit tengkuknya.
Lagaknya seperti tergesa-gesa mendaki anak
tangga menuju ke tingkat 4 bilik kuliahnya. Nafasnya turun naik kerana lelah
menaiki tangga. Sampai sahaja di muka pintu bilik kuliah, semua mata di dalam bilik
itu terus tertumpu padanya. Seorang lelaki pertenggahan usia yang memiliki saiz
badan XXL yang tadinya sedang menulis sesuatu di whiteboard terus memandangnya tanpa henti.
Wajah Kay berubah pucat sebaik sahaja
bertentang mata dengan lelaki bersaiz XXL itu. Gulp, alamak! Mampus aku kali
ini. Padan dengan muka kau Kay, siapa suruh kau tidur mati sampai tak sedar jam
tadi. Ini semua gara-gara Nafri lah ni, kalau dia tak mengajak aku bergayut
lama-lama dalam telefon takkan jadi begini. Hisy... gerutunya dalam hati.
“Wow,
Ms. Kayzia Adrina bte Tan Sri Syafique ... It seems that you arrive early today
huh? You think that you are the officer?” Sengaja Profesor Harman menyebut
nama penuh gadis itu. Berang dengan sikap gadis itu yang selalu datang lewat
untuk menghadiri kelasnya.
Wajah Kay masih pucat. Otaknya ligat berfikir
untuk mencari alasan yang munasabah. Aduh, apa aku nak cakap kat orang tua ni.
Dah terang-terang salah aku. Kay mengetap bibir.
“Err,
sorry prof. I actually woke up late this morning because I forget to set the
alarm last night. Mianhamnida...” Ujar Kay jujur. Dia masih berdiri di muka
pintu tidak berkutik.
Profesor Harman yang mengajar subjek Plane and solid analytic geometry itu
semakin panas dengan jawapan selamba yang keluar dari mulut gadis itu. Kalau
bukan kerana ayah Kay adalah kawan baik dia sejak dari bangku sekolah, memang
dah lama dia halau gadis itu keluar kelas. Menganggu sesi pembelajaran saja!
Bentak hati Profesor Harman yang merupakan anak kelahiran Kajang, Selangor dan
sudah lama menjadi Pensyarah di UOS
itu.
“Awak jangan ingat, bapak awak Tan Sri
awak boleh buat sesuka hati awak Cik Kayzia Adrina Tan Sri Syafique! Datang
sesuka hati tak ikut masa. Dah, dah... jangan buang masa saya! Pergi duduk
mana-mana tempat yang kosong! Itulah padahnya datang lewat! Kalau tak ada
kosong, tu...tu.. awak duduk je kat lantai tu.” Kata Profesor Harman lalu
menuding jari pada lantai di sebuah sudut. Terkeluar bahasa melayu Profesor
Harman.
Hisy...orang tua ni. Biar betul! Aku yang vogue ni nak disuruhnya duduk kat lantai
tu? Apa kelas? Memang nak kena penangan mulut laser aku orang tua ni. Jangan sampai kasut saiz 6 aku boleh naik
kat muka tembam orang tua ni pulak. Dah la gemuk-gedempol, tak sedar diri!
Marah Kay dalam hati.
Kay menarik nafas dalam-dalam menahan
marahnya. Kali ini dia malas hendak membalas kata-kata Profesor Harman yang
menyakitkan hati itu. Dia melilau-lilau mencari mana-mana tempat yang kosong.
Penuh dewan kuliah itu dengan pelajar kerana kelas dan subjek pada hari tersebut
bergabung dengan pelajar yang mengambil jurusan lain jugak. Huh, mana aku nak duduk ni? Satu pun tak
ada tempat kosong. Bentak hatinya marah.
“Psst..psst!” satu suara seolah-olah memanggil
Kay dari arah belakang. Kay berpaling pada tuan empunya suara.
Dia melihat seorang wanita melambai-lambai
padanya mengatakan ada satu tempat duduk di belakang. Kay tersenyum. Fuh, nasib
baik ada satu kosong. Kalau tak, jatuh standard
aku hari ini terpaksa duduk kat atas lantai. Getusnya lagi.
Kay melabuhkan punggungnya di atas kerusi
kosong itu dengan lega. Lelaki yang sedari tadi asyik memerhatikannya berasa
gugup dengan kehadiran Kay di sebelahnya. Entah kenapa jantungnya berdegup
tidak sekata.
Kay perasan akan lelaki disebelahnya
asyik merenungnya dari tadi. Namun, cepat-cepat lelaki itu mengalihkan
pandangannya ke hadapan semula apabila tersedar Kay mengerutkan keningnya. Kay
melihat dahi lelaki iti berpeluh walaupun bilik kuliah itu dipenuhi penghawa
dingin. Apasal pula dengan mamat sengal kat sebelah aku ni, tetiba boleh
berpeluh pulak dalam keadaan sejuk macam ni. Fikir Kay.
Asmady yang sedari tadi sudah berpeluh
cuba berlagak tenang. Dia cuba mencatat sesuatu dalam buku notanya namun dia
sendiri tidak tahu apa yang dia tulis. Semua itu hanyalah sekadar untuk menutup
debaran di hati. Dia dapat menghidu perfume
yang dipakai oleh gadis disebelahnya. Haruman yang begitu mendamaikan dan
mengasyikan, tapi dia tidak tahu jenama apa.
Ala, Mestilah dari perfume yang mahal-mahal kalau hendak
dibandingkan dengan aku yang sekadar menggunakan spray wangian yang biasa saja. Itupun kalau mampu, kalau tak, guna
bedak je lah alamatnya. Guna bedak tu pun dah kira baik daripada tak guna
apa-apa. Gumamnya sendirian.
ASMADY
yang sedang khusyuk membaca buku di perpustakaan UOS itu terkejut dengan jerkahan Raziq yang datang menerpa
tiba-tiba dari belakang.
“Boleh tak kalau lain kali tu bagi salam
sikit. Nasib baik aku tak kena serangan jantung tau.” Asmady mendengus. Tak
senang dengan perlakuan sahabatnya itu yang kadang-kala bergurau tidak mengenal
tempat.
“La, sorry
lah. Aku gurau je. Kau baca buku apa tu As?”
“Buku ilmiah lah, apa lagi.” Jawabnya
malas.
“Aku tahulah buku ilmiah, tapi tentang
apa?” soal Raziq lagi.
“Tentang topik yang kita belajar tadi kat
kelas Profesor Harman.” Ringkas jawapan Asmady.
“Oh, tentang Plane and solid analytic geometry ek? Boring lah subjek tu, hampir
mengantuk aku tadi.” Ujar Raziq menahan kuap sambil menunjukkan riak kebosanan.
“Mana Hazwin? Aku tak nampak pun sejak pagi
tadi.” Soalnya yang tercari-cari kelibat Hazwin. Selalunya mereka bertiga akan
menghabiskan masa bersama di perpustakaan itu.
“Takkan kau tak tahu, dia dah balik. Katanya
pening kepala, nak rehat. Itulah kau, asyik berkhayal je, kawan sendiri sakit pun
kau tak tahu.” Jawab Raziq. Asmady hanya menggeleng dan menyambung kembali
bacaannya.
Sedang dia tekun membaca, kelihatan gadis yang
bernama Kayzia Adrina melangkah masuk ke dalam perpustakaan itu seorang diri
dan duduk di tempat bertentangan dengan tempat Asmady dan Raziq. Eh, kenapa dia
seorang je? Mana pulak pergi kawan-kawannya? Asmady bermonolog sendirian. Agak
pelik dengan gadis itu yang tiba-tiba menyendiri hari ini. Selalunya, dia akan
bersama dengan dua orang rakannya lagi.
Raziq yang sedari tadi perasan akan
mata Asmady yang mencuri pandang pada Kay tanpa berkedip mula berdehem.
“Ehem... kenapa tekak aku ni rasa macam
kering aje.” Sindir Raziq. Asmady tidak menghiraukan telatah Raziq dan terus
menyambung pembacaannya.
“Eleh, kau jangan berlakonlah As. Aku tahu
kau pandang siapa. Tak payah nak cover-cover
depan akulah.” Sambung Raziq.
“Kau ni kenapa Ziq? Dari tadi asyik nak
kenakan aku aje. Aku tak pandang sesiapalah. Lagipun, apa salahnya kalau aku
tengok orang dalam library ni, salah
ke?” balas Asmady.
“Salah tu tidaklah, tapi mata kau tu ha...
hampir nak terkeluar dan tidak berkedip memandang perempuan bernama Kayzia
Adrina tu.” Ujar Raziq lagi sambil menjuihkan bibirnya pada Kay. Kay yang
sedari tadi khusyuk menulis sesuatu lantas dipandang kembali. Setiap kali
menatap wajah manis gadis itu, hatinya semakin kuat berdegup. Namun,
cepat-cepat dia tersedar dan ingin membuang jauh perasaan itu.
“Boleh tak kalau kau sebut nama dia slow sikit? Aku takut nanti meja kita ni
terbang dikerjakan perempuan tu.” Asmady memberi arahan pada rakannya itu.
Raziq menahan ketawanya. Mana tidaknya, satu
kampus tahu bahawa gadis bernama Kayzia Adrina mempunyai sifat yang cukup
baran, sombong dan berlagak. Dan kerana sifat barannya itulah lelaki takut
untuk berdampingan dengannya, apatah lagi untuk mengorat. Silap-silap, boleh
masuk ICU kalau terkena penangan kick boxingnya itu. Seorang pun tidak
tahu, bagaimana Nafri boleh menjadi kekasih hati Kayzia Adrina yang baran. Nafri
yang terkenal dengan sifat kasanovanya.
Siapa yang tidak tahu, gadis bernama Kayzia
Adrina ini juga pernah mendapat tempat pertama dalam pertandingan seni
mempertahankan diri Tang Soo Doo.
Lagipun, pernah dulu seorang pelajar lelaki yang agak nakal telah cedera parah
dek penangan kick boxing Kayzia
Adrina. Salah lelaki itu juga, yang selalu menyakat orang sampai melebihi
tahapnya. Ngeri juga Raziq memikirkan gadis itu. Walaupun fizikalnya cuma
sederhana tinggi dan kecil, tapi cukup menyengat. Kecil-kecil cili padi lah
katakan.
“Hey, buta ke?! Bodoh!” kedengaran kuat suara Kay
mengherdik tiba-tiba yang memecah kesunyian di perpustakaan itu.
Raziq dan Asmady berpandangan sebaik sahaja
terdengar jerkahan Kay yang berada di meja hadapan mereka. Semua mata yang ada
disitu tertumpu padanya.
Dengan lagak biasa, Kay tidak
memperdulikan setiap mata yang memandangnya. Dia bingkas berdiri dan melibas-libas
bajunya yang sudah basah separuh. Seorang lelaki negro bertubuh sasa menunduk
sambil meminta maaf pada Kay. Wajah Kay sudah menyinga seperti hendak menerkam
mangsanya.
Langsung Kay tidak mengendahkannya.
Malah, cawan kertas yang dipegang lelaki negro itu dirampas dan terus dicampak
sekuat hatinya. Darahnya sudah mendidih. Walaupun Kay tahu bahawa lelaki negro
itu tidak sengaja membasahinya, dia tidak peduli.
“Kau tengok, baju aku dah basah kau kerjakan!
Dasar tak guna. Kalau jalan tu pakai matalah! Bukan pakai mulut! Harapkan bijik
mata je besar tapi sengal!” sumpahnya sepuas hati. Dia masih melibas-libas
bajunya. Terkebil-kebil mata lelaki negro itu apabila diherdiknya dengan sampai
begitu sekali. Kelihatan seorang pustakawan wanita yang telah lama bertugas
disitu terus menuju ke arah mereka apabila terdengar suara lantang Kay.
“Agassi, yaggan joyonghan jusil su iss-eusibnikka?
Mogsoli leul najchu sibsio. Salamdeul-i uliege sagwa haeyahaneun
gyeong-u,geudeul-ui yuilhan byeonmyeong! Anio deoiyagileul hwagjanghal pil-yoga
eobs-seubnida. igeos-eundoseogwan i anilabyeolug sijang-ibnida! (Cik,
bolehkah awak tolong senyap sikit? Sila perlahankan suara awak. Kalau orang
sudah memohon maaf pada kita, maafkan sahajalah mereka! Tak perlulah hendak
panjangkan cerita lagi. Ini adalah perpustakaan, bukannya pasar lambak!)” Tegur
wanita separuh abad itu.
Kay mencebik. “Ne bu-in, nado al-a! Dangsin-eun na-e daehae bappeun pil-yo haji anhseubnida.
Neon naega mam-e saeng-gaghae? Neo igeo boini? bogo! Nae os-eun ui gagyeog eun
maeu bissada! Eotteohge i heug-in eun bissan os-eul geuui eumlyo leul heulliji
haessda hadani! (Ya Puan, saya tahu! Awak tidak perlu sibuk tentang saya.
Awak fikir saya suka? Awak lihat ini.. lihat! Harga baju saya ni mahal!
Senang-senang aje Negro ni telah menumpahkan minumannya pada baju saya yang
mahal ini! )” tempik Kay masih tidak mahu mengalah.
“Geulae
, naega neoui syeocheu ga bissa neun geos-eul abnida. Uli ppunman anila ssaugo
sipji handamyeon, jigeum tteona juseyo! dangsin-ui bulman ui eoliseog-eum e
daehae deudgi sigan-i eobsda . Geulaeseo, deo gaboseyo. Animyeon naega eonje
kkaji dangsin-i doseogwan e deul-eogal su eobsdaneunpyeonjileul balhaeng
doebnida. Asi gessso? (Ya, saya
tahulah baju awak tu mahal, tapi kalau nak bergaduh jugak tolong keluar
sekarang. Saya tak ada masa nak dengar aduan bodoh awak tu. Lebih baik awak
keluar sekarang, ataupun saya keluarkan satu surat agar awak tidak boleh masuk
ke perpustakaan ini sampai bila-bila!)” Kata wanita itu lagi. Geram dengan
sikap Kay yang berlagak dan sombong itu.
“Ibwa, nan sang-gwan eobs-eo! Jiog-eulo
gaja! (Hei, aku tak heranlah. Pergi jahanamlah!)” balas Kay geram. Pantas buku
dan kertas dimejanya terus dimasukkan dalam fail.
Lelaki negro itu masih terkebil-kebil
memandang Kay dan wanita itu silih berganti.. Langsung tidak faham sepatah
haram apa yang dikatakan oleh mereka sebentar tadi.
“Excuse
me senorita, what did you say? I did’nt understand.” Ujar lelaki negro itu
dalam pelatnya.
Kay menjeling lelaki itu. “Cakap pun
tak guna! Menyusahkan! I said that you
are very handsome baby... Hitam legam macam tunggul kayu rentung! Faham
tak? Do You understand?” jelas Kay
bersahaja.
Lelaki negro itu mengerutkan dahinya,
pantas dia menggeleng. Raziq cuba menahan ketawanya. Memang padanlah tu,
seorang itik seorang ayam, bisiknya.
“Huh, memanglah kau tak faham sebab
aku guna bahasa melayu! Tepi! Tepi! Aku nak lalu! Tak ada selera aku nak
mengadap muka legam kau tu!” pantas Kay menolak tubuh lelaki itu lalu terus
keluar dari perpustakaan dengan hati yang sebal. Marahnya meluap-luap.
Niatnya untuk menyiapkan assignment tergendala gara-gara lelaki
negro yang telah menumpahkan minuman pada bajunya. Tak guna, sialan! Tidak henti-henti
dia menyumpah dalam hati.
“Fuh, kalau beginilah sikap perempuan
tu terus cancel aku nak buat bini
As... Harap muka aje lawa, cun-melecun tapi... mengada-ngada! Perangai
mengalahkan nenek sihir! Dah macam singa betina yang baru beranak aje garangnya!”
tempelak Raziq sebaik sahaja kelibat Kay sudah tidak kelihatan.
Asmady tergelak kecil. Dia berdehem
sedikit. “Tak baik cakap orang macam tu. Kita tak tahu bagaimana kalau berada
dalam situasi dia Ziq... Perempuan, emosi dia lebih sikit. Biasalah tu.” Ujar
Asmady perlahan sambil matanya masih difokuskan ke arah buku yang masih
dipegangannya.
“Kau sebelahkan perempuan tu ke?” kata
Raziq sambil tersenyum sinis.
“Hisy, aku tak sebelahkan
siapa-siapalah.” Asmady membela diri.
Raziq mencebikkan bibirnya. “Agaknya,
semua perempuan cantik memang macam tu ke? Angkuh!”
“Tak semua macam tu. Kau jangan jadi
optimis pulak. Mungkin mereka ada masalah kot, pasal tu lah garang tak
bertempat. Kita sebagai lelaki ni kena faham.”
“Hmm...
datang bulan kot perempuan tu. Suka marah tak tentu fasal.” Balas Raziq
selamba.. Bulat mata Asmady memandang Raziq. Namun, Raziq hanya beriak biasa.
Terus meletus ketawa kedua mereka.
Pak Wan
baru saja selesai mengimamkan sembahyang Maghrib bersama ibunya, Nek Tipah. Usai
segalanya, Nek Tipah segera ke dapur untuk menyediakan makan malam. Malam itu,
mereka dua beranak hanya berlaukkan ikan keli masak lemak, ikan kembung goreng
dan sedikit daun ulam pegaga serta sambal belacan.
Sudah tiga tahun mereka ditinggalkan Asmady
yang belajar jauh di negara orang, sudah tiga tahun itu jugalah Pak Wan dan Nek
Tipah terpaksa menanggung rindu yang teramat sangat pada Asmady.
Sejak tiga tahun lepas, Asmady tidak
pulang ke kampung. Rasa rindu yang telah lama bertakung sering membuatkan Pak
Wan sentiasa berdoa terhadap satu-satunya anak lelaki kesayangannya. Dia bangga
mempunyai anak sebaik Asmady, punya pelajaran dan ilmu yang tinggi.
“Hai Wan...,yang kau dok tenung je
lauk-lauk tu kenapa? Apasal tak makan?” tegur Nek Tipah apabila melihat anaknya
hanya memandang nasi kosong.
Pak Wan merengus. “Wan teringatkan
Asmady mak. Entah macam manalah keadaan dia sekarang. Ni semua lauk kegemaran
dia, terutamanya ikan keli masak lemak ni... Rindunya Wan pada dia mak.” Luah Pak
Wan sayu.
Nek Tipah turut sayu. “Mak pun rindu
cucu mak tu... tapi mak yakin, Asmady pandai bawa diri kat sana. Bukankah dia
seorang anak yang baik, sejuk perut arwah Syida mengandungkan Asmady dulu. Mak
teringin nak tatap wajah cucu Mak... dah bertahun lamanya mak tidak
berjumpanya.” Ujar Nek Tipah turut tunduk hiba.
Pak Wan menguis-nguis nasinya. “Tak
lama lagi baliklah dia tu. Tinggal 2 tahun je lagi dia nak habis belajar. Wan
harap dia akan menjadi orang berjaya bila balik ke kampung ni nanti...”
“Eh,mestilah. Cucu kesayangan mak
tu... Mak betul-betul yakin pada dia. Takkanlah cucu mak nak membuat perkara
yang tidak senonoh Wan oi... Asmady tu cucu aku, aku tahulah.”
“Wan tahulah mak...”
“Sudahlah tu. Sampai esok pun takkan
habis kalau kita asyik bercerita pasal orang yang jauh ni. Dah, makan.. Penat
mak masak semua ni kalau tak dijamah.” Ujar Nek Tipah sambil mencedok kuah lauk
ikan keli ke pinggan nasinya. Pak Wan turut mengambil lauk ikan kembung goreng
ke pinggannya.
Selesai makan malam, seperti biasa Pak
Wan akan berehat di serambi rumahnya. Cerutnya masih tak lekang dari bibirnya.
Asap cerut berkepul-kepul keluar dan terus bermain dengan angin malam yang
berlalu.
Mengenang kembali kenangannya bersama
arwah isterinya Syida dan anaknya yang jauh diperantauan. Abang rindukan Ida...
Abah rindukan As.. Semoga ALLAH melindungi mereka. Bisik hati kecil Pak Wan.
“Lama si Ejan tu tak balik kampung kan
Wan.” Nek Tipah yang tiba-tiba bersuara dari belakang mencantas lamunan Pak Wan.
“Mungkin
dia sibuk mak. Dia sekarangkan dah maju, dah jadi orang KL. Pastu businness berlambak-lambak pulak,
manalah Ejan ada masa mak.” Kata Pak Wan sambil menepis abu cerutnya.
“Hmm...mak tahulah dia dah jadi orang
KL. Asalkan dia tak lupa daratan, sudahlah. Kalau ya pun dia tak balik,
sesekali tu telefonlah ke sini. Ini tidak, senyap je...” bebel Nek Tipah sambil
membetulkan kedudukannya.
Pak Wan menggeleng. “Mak ni, risau tak
bertempatlah. Tahulah Ejan tu balik sini nanti, baru 3 minggu Ejan tak balik
mak dah bising. Dia bukan budak-budak lagi la mak. Dah nak jadi “Datuk” budak
dah...” jawab Pak Wan bersahaja.
“Alhamdullilah... mak bersyukur
sangat. Tak lama lagi mak dah nak dapat cicit pulak, tak sabar nak tunggu si Syazlene
tu beranak. Bertambahlah ahli keluarga kita nanti, kan Wan.”
Pak Wan mengangguk laju. “Kita berdoa
je agar semuanya dipermudahkan.” Nek Tipah turut berdoa dalam hatinya.
0 comments:
Post a Comment