About Me
- Krisabelle Naeva
- Fort Myers,Florida, Sarawak, Malaysia
- This blog is like a 'scrap book' for me. Here is my collection of my favorite articles in newspapers, magazines and the internet connection .. this just a personal collection and is expected to bring benefits to all! Enjoy!:)
Blog Archive
Time now is..
My Jukebox
My Followers
Juz me!
with my sister..
Me & Erica
with my friends..
My swit 22 birthday celebration, Sept 12, 2010
Luv 'em!!
Peace of me..
Kris
My ♥♥...
ever after
Widget
My Facebook Badge
Love PurpLe & Fashi0n!
My Fav Brand
My Feedjit
Wednesday, April 3, 2013
Nilai sebuah Persahabatan
'Erti persahabatan’- Itu yang sedang bermain dalam kantung pemikiranku sejak dari tadi, dalam mencari idea untuk entriku kali ini. Orang kata “Kita adalah dengan siapa kita bersahabat”. Satu ungkapan yang jika diberi tafsiran kasar tidak memberi impak yang besar tetapi jika ditafsir dengan kias dan secara mendalam mampu memberi satu terjemahan yang menyeluruh tentang perjalanan kehidupan kita yang bergelar insan dan saling memerlukan.
Sahabat adalah antara pengaruh terbesar dalam mencorakkan diri kita. Kitar hidup kita berputar di sekeliling mereka. Kesalahan dalam memilih sahabat mampu merosakkan dan memporak-perandakan hidup. Ini jelas terbukti dengan kebejatan moral muda-mudi masa kini yang bergaul bebas dengan sahabat-sahabat yang ‘tidak sihat’. Ini semua bertitik tolak dari salahnya memilih sahabat.
Bagiku, asas utama persahabatan harus bersendikan keikhlasan dan kejujuran, bukannya berpaksikan duit,harta,pangkat dan nama semata-mata. Namun, itulah hakikatnya kita pada zaman ini, zaman yang sukar untuk mencari yang benar-benar 'benar', kerana kita sering dikelirukan dengan kepalsuan pada topeng kepura-puraan.
Antara pepatah kegemaran yang sering aku gunakan sejak dari dulu untuk menasihati diriku sendiri dalam memilih sahabat ialah: “Kalau bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan dapat percikan wangiannya, tetapi kalau bersahabat dengan tukang besi, kita akan terkena percikan apinya dan mencarikkan baju kita". Pepatah ini aku ambil dari sebuah artikel majalah yang pernah kubaca dizaman remaja persekolahanku dulu. Pada masa itu,’masuk telinga kiri, keluar telinga kanan’ tetapi bila sudah dewasa sebegini ‘masuk telinga kiri,terus menusuk ke hati’.Terima kasih 'Hati' kerana terus mengingatkan!
Ramai yang bertanya mengapa aku nampaknya seperti kurang sahabat dan jika ada sekalipun tiada yang benar-benar rapat, lazimnya hanya berbasa basi bertanya khabar berita dan perkembangan semasa. Jawapanku: Aku berkawan dengan semua. Aku dididik untuk menghormati semua dan tidak mengecilkan sesiapa. Kualiti sentiasa mengatasi kuantiti. Jika ditanya berapa ramai sahabat kita, hampir pasti jawapan spontan “Ramai” akan terpacul pada bibir, namun jika ditanya soalan yang sama sekali lagi dalam intonasi berbeda yang lebih serius, waktu itu kita akan mula berfikir, mengira dan percayalah, yang “Ramai” itu akan jadi “Tidak Ramai” sebenarnya.
Nasihatku pada semua, carilah sahabat yang mampu berkongsi tawa senda dan air mata,walaupun aku akui amat sukar untuk mendapatkannya pada zaman sebegini. Ketika sihat, senang dan berharta, ramai yang menyapa dan mengaku sahabat. Bila sakit, susah dan jatuh miskin, tidak ramai yang ambil endah dan mula menjauhkan diri dengan memberi alasan-alasan yang tidak masuk dek akal dan jujurnya bisa buat hati ketawa dalam tangis memikirkan sifat manusia yang mampu berubah dalam sekelip mata. :'(
Buat sahabat-sahabatku, aku pinta agar kita sama-sama kurangkan kontroversi dan tingkatkan kualiti kerja kita. Kita adalah apa yang kita ‘buktikan’ dan bukan apa yang kita ‘war-warkan’. Kita teruskan semangat kesetia-kawanan sesama kita dan jika timbul sebarang permasalahan peribadi, tidak perlu kita gembar-gemburkan di sana sini, dijadikan bahan media/sosial/humor dan sebagainya. Bersemuka dengan cara yang betul, professional seperti yang diajar oleh AGAMA masing-masing.
Begitu pantas masa berlalu rupanya. Sudah hampir setengah jam aku leka dibuai tarian pena pada topik ‘persahabatan’ ini. Aku terasa dipanggil untuk merebahkan tubuh ke tilam empukku kerana badan sudah dalam fasa keletihan.
Akhir kata, selesai saja membaca artikelku ini, tanya pada diri “Adakah aku punyai sahabat sejati dan adakah aku memiliki ciri-ciri seorang sahabat yang sejati?” Tepuk dada,tanya hati. xoxo :D
Tuesday, April 2, 2013
Budaya Memfitnah Dunia Maya
Dalam kepesatan dunia
internet tanpa sempadan kini, aku sedari manusia turut serta secara
pro-aktif dalam proses evolusi ini.Yang menyedihkanku ialah apabila evolusi
yang seharusnya memberi anjakan ke hadapan ini hakikatnya tanpa disedari
membawa satu aspek ke belakang.Apa yang cubaku gambarkan di sini ialah
kebejatan moral dan sahsiah generasi millenia.
Seperti yang kita
ketahui,dunia internet adalah dunia bebas,di mana semua orang boleh memberi
informasi,tidak kira dalam apa jua bentuk sekalipun.Walaupun kebenarannya masih
belum pasti tanpa bukti-bukti mengiringi,kita pantas dan mudah rasa
teruja bila metod presentasi,cara penyampaian informasi nya menarik.
Fakta atau palsu sudah
jadi perkara kedua.Yang pertama perlu isu sensasi,bertambah galak jika
dikepilkan bersama gambar-gambar yang hanya Tuhan sahaja yang tahu
kesahihannya.Dalam dunia kecanggihan IT,gambar bisa saja jadi
‘mainan’segelintir yang arif. Gambar di’edit’,di’super-imposed’. Hasilnya
disebarkan di dunia maya buat tatapan semua.Pastinya,ramai yang percaya tanpa
usul periksa dan meneruskan ‘usaha berantai’ dengan menyebarkan kepada komuniti
mayanya pula.Begitulah kitarannya.
Bahasa tidak ketinggalan
menjadi taruhan.Bahasa sudah jadi bahan mainan dan tidak dihargai bila
kata-kata kesat digunakan secara berleluasa.Berhati-hatilah dalam pemilihan
kata.Jika ada perselisihan faham ,bersemukalah dan jika mahu digunakan medium
internet sebagai perantara,hantarlah e-mail secara peribadi tanpa perlu
dicanang seantero dunia maya.Mengaibkan orang,dalam masa yang sama tanpa
disedari mengaibkan diri sendiri.”Berkata-katalah dengan perkara yang baik atau
diam.”- Saya percaya itulah yang diajar oleh Agama kita. Malah, mungkin semua agama.
Aku sedih melihat kita
berbalah,memfitnah dalam dunia maya.Kita hidup tidak lama, kawan-kawanku.Mengapa
perlu ditambah ‘bekalan yang tidak sepatutnya’ untuk dibawa ke ‘sana’.Setiap
tutur kata dan perbuatan kita akan dinilai dan dikira.Aku yakin,100% yakin
tiada seorang pun antara kita mahu neraca itu nanti memberatkan dosa lebih
daripada pahala dan buku prestasi dunia kita diberikan pada tangan kiri kita
kerana itu tandanya destinasi kita sudah pasti bukan syurga.
Akhir kata,aku tidak
menyalahkan sesiapa dalam hal ini.Apa yang kutulis di sini adalah nasihat
peribadi untuk diriku sendiri juga.Aku hanya ingin berkongsi rasa dan
pendapatku dengan semua.Dunia ini akan lebih indah jika kita sama-sama memberi
yang terbaik kerana kita adalah ciptaanNya yang terbaik.
Insan biasa yang bisa melakukan kesilapan,
Krisabelle Nelly :D
Tuesday, March 26, 2013
Pendidikan VS Pengalaman
Deru angin malam jadi teman.Sejuk.Tempias rintik-rintik hujan mengena diri bila tingkap bilik kurenggangkan sedikit tadi.Sudah lebih sebulan cuaca di Malaysia tak menentu.Hujan turun tak mengira waktu.Bila dibaca isu pemanasan global dan peningkatan bencana alam di serata dunia membuat jantung berdegup lebih laju kerana setiap kali dibaca,setiap kali itu juga di layar fikiran terpapar suasana huru hara jika Malaysia jadi sasaran bencana alam yang ‘menyerbu’.
Kali ini aku ingin bicara soal pengalaman dan pendidikan,yang mana lebih utama dan harus diraih untuk mengecap kejayaan.Ada yang berpegang teguh menyatakan status pendidikan adalah yang lebih utama dan superior dari pengalaman.Ada pula yang menyatakan sebaliknya,pengalaman mampu mengatasi status pendidikan kerana pengalaman itu sifatnya lebih mengajar dan lebih ‘melekat’ di lubuk hati dan fikiran.Terpulang.Setiap individu punyai persepsi berbeza yang harus dihormati.

Aku sempitkan ruang fokus penulisanku kali ini dalam bidang perfileman dan sinematografi sahaja kerana ada beribu cerita inspirasi daripada orang-orang yang telah berjaya di seluruh dunia dalam bidang yang berbeza. Buat pengetahuan semua,aku gemar membaca bibliografi orang-orang yang telah menempa nama dan melakar sejarah dalam bidang yang mereka ceburi kerana dari cerita mereka aku mampu menaikkan semangatku yang kadang kala luntur dek ujian demi ujian yang bertindak seperti asid yang menghakis warna semangat juangku.
Jujur,dalam hidup ini,semangat kita tak selalunya memuncak,ada masa-masanya kita mahu lakukan semua dan ada masa-masanya pula kita ingin biarkan dan tidak mengambil peduli,menunggu masa mencambahkan hasil yang mana hampir mustahil.Itu kita.Sama juga dengan iman kita.Ada pasang surutnya,bukan?

Saturday, March 23, 2013
Bab 6 (Hello, dia milik akulah!)
Tan
Sri Syafique yang sedang berbincang sesuatu dengan pekerja-pekerjanya segera
mengarahkan mereka semua meninggalkan bilik itu apabila menyedari kehadiran
Feroz ke dalam bilik itu. Setelah ditinggalkan berdua bersama pembantunya itu,
dia segera memandang wajah Feroz.
“So? Macam mana? Dah dapat berita yang
aku nak?” soal Tan Sri Syafique, tak sabar ingin tahu.
Feroz
tersenyum. Dia segera mendekati Tan Sri Syafique. Satu sampul surat diserahkan
kepadanya. Tan Sri Syafique mengerut dahi, tangannya segera menyambut sampul
itu.
“Apa ni?”
soalnya sedikit cemas sambil memandang wajah Feroz. Entah mengapa dia terasa
tiba-tiba berdebar. Barangkali tidak sanggup hendak mengetahui kebenaran
mengenai anak gadis tunggalnya itu.
“Tuan bukaklah
dulu, tengok. Lepas tu baru saya cerita nanti.” Ujar Feroz bersahaja cuba
meyakinkan Tan Sri Syafique.
Pantas jari
Tan Sri Syafique membuka sampul itu. Beberapa keping gambar yang berada dalam
sampul itu diteliti satu per satu. Tatkala itu, tersirap darah merah seakan
meyerbu ke wajah tuanya. Hatinya mula panas menatap setiap keping gambar itu.
Gambar anaknya Kay yang sedang makan bersama Nafri, berjalan berpegangan
tangan, dan berpeluk mesra.
Darah tuanya
semakin mendongkol setelah melihat kemesraan gambar anak gadisnya bersama
lelaki yang dia benci. Tanpa membuang masa lagi, terus sahaja kesemua gambar
itu dicampak kasar ke ambal. Tak sanggup dia hendak terus-terusan melihat
gambar-gambar itu.
Feroz turut
terkejut dengan aksi Tuannya itu. Dia tahu, Tan Sri Syafique memang akan
meradang sekiranya melihat gambar anak gadisnya sedang bermesra dengan lelaki
yang dia paling benci, Nafri. Tan Sri Syafique menggeleng-geleng kepalanya
berkali-kali. Nafasnya seakan tersekat. Betapa sakitnya hati pada satu-satunya
anak gadis kesayangannya yang langsung tidak mahu mendengar kata walau sudah
berkali-kali dilarang dan diberi amaran.
Tan Sri
Syafique mengepal-gepal penumbuknya. Hatinya betul-betul marah saat ini.
“Err...tuan,
bersabarlah. Saya tahu Tuan sedang marah tapi tak ada gunanya sekiranya kita
terus nak marah-marah Tuan. Nanti, kesihatan Tuan akan terjejas...” Feroz cuba
memujuk Tan Sri Syafique. Dia juga sedikit gugup melihat amukan Tan Sri
Syafique itu.
“Habis, kau
nak aku bergembira melihat anak aku macam tu? Kau nak aku meraikannya ke?! Aku
betul-betul tak sangka Kay sanggup buat begini pada aku. Aku tak akan biarkan
perkara ini! Kau cakap Feroz, apa yang patut aku buat?!” tanya Tan Sri
Syafique. Matanya sudah kemerah-merahan menahan amarah yang teramat sangat.
Feroz bungkam.
Tak tahu apa yang hendak dibuat. Simpati dia melihat Tan Sri Syafique dalam
keadaan begitu.
“Err... saya
rasa, kalau tuan nak pisahkan hubungan mereka memang mustahil sebab anak tuan
tu hanya cintakan si Nafri. Lebih-lebih lagi sekarang ni dia tengah angau
bersama lelaki itu tuan. Tapi, ianya tak mustahil melainkan Kay, err...”
“Melainkan Kay
apa?!” herdik Tan Sri Syafique tidak sabar.
Feroz
tersentak. “Err... melainkan Kay berkahwin dengan orang lain Tuan.” Gulp! Feroz
menelan air liur selepas menghabiskan ayat itu. Namun baginya, hanya itu sahaja
caranya yang dapat dia fikirkan saat ini. Ah, lantaklah! Aku pun sebenarnya
masih blur lagi ni. Terpulanglah pada
Tan Sri Syafique nak terima ke tak cadangan aku ni. Bisik hati Feroz.
Tan Sri
Syafique terdiam mendengar cadangan Feroz. Kahwinkan Kay? Patutkah aku
kahwinkan Kay dengan orang lain? Tapi, kalau hanya itu sahaja cara yang dapat
memisahkan dia dan Nafri, aku sanggup kahwinkan dia... walaupun usia dia
sekarang ni masih muda, baru 21 tahun. Terlukakah Kay nanti dengan keputusan
aku ni? Ahh... biarkan saja dia terluka, kerana aku percaya dia akan dapat
melupakan Nafri sebaik sahaja sudah berkahwin.
Aku lagi
terluka dengan sikapnya kepadaku. Langsung tak mahu mendengar kata! Aku benci
Nafri...aku benci seluruh keturunannya! Pandai kau Fauzi, apa agenda kau
sebenarnya menghasut anak kau Nafri untuk mengorat Kay. Kasihan Kay... dia
langsung tak tahu apa-apa.
Maafkan daddy sayang...maafkan daddy. Daddy terpaksa buat semua ni demi masa depan Kay, masa depan Syarikat
kita, MENARA KAYRINA yang telah daddy usahakan bertungkus-lumus selama
ini. Daddy akan carikan lelaki yang
baik untuk Kay, daddy janji sayang...
Tan Sri Syafique bermonolog sendirian. Wajahnya tampak sayu.
“Feroz,
aku bersetuju dengan cadangan kau. Sekarang, kau tempah tiket untuk aku ke
Seoul, Korea dalam seminggu lagi. Sebelum itu, aku nak mencari calon yang
sesuai untuk jadi suami Kay nanti.” Kata Tan Sri Syafique tegas.
Feroz
mengangguk. “Baik tuan...akan saya laksanakan.”
Tan
Sri Syafique bingkas bangun dari kerusinya. Setelah mencapai Kot, dia
menyarungkan ke tubuh. Dia melibas-libas Kotnya lalu melangkah dari bilik
pejabat itu. Agendanya sekarang ialah mencari bakal suami Kayzia Adrina, anak
gadis kesayangannya. Dia tidak akan sekali-kali menyerahkan Menara Kayrina
kepada sembarangan orang, terutama sekali dari keturunan Fauzi. Rakan yang
pernah membelotnya suatu ketika dahulu! Tak mungkin!
HARI
sudah hampir petang. Kelihatan awan mendung berkumpul untuk bergerak apabila
dipuput dek angin yang semakin bergerak laju. Hujan mungkin akan turun tidak
lama lagi untuk membasahi bumi Korea itu. Semua penghuni Korea telah
bersiap-sedia untuk menghadapi hujan yang bakal tiba. Awan hitam berarak tiba
menutupi langit yang kian kelam. Nampaknya, musim luruh bakal tiba. Musim luruh
berlangsung dari bulan September hingga November, dan menghasilkan cuaca yang
sederhana. Ia adalah musim terbaik bagi penduduk Korea.
Namun Asmady tidak peduli, dia masih berdiri
tercegat di bawah sebatang pohon cherry sambil
matanya mencari-cari kelibat Hazwin. Hazwin yang masih berada di bilik
mesyuarat kerana menghadiri perjumpaan untuk Persatuan Wanita UOS dinantinya dengan penuh sabar.
Dia mengerling jam tangannya, sudah
menunjukkan pukul 5.51 petang. Dia berpeluk tubuh. Angin yang kuat pada petang
itu membuatkan tubuhnya dilanda kesejukan. Namun, dia tetap menanti dengan
sabar.
Hari ini, dia
mahu menyelesaikan segalanya bersama Hazwin. Dia sudah nekad tidak akan
mengecewakan perasaan gadis itu lagi. Sudah hampir dua minggu Hazwin tidak
bercakap dengannya. Dia tidak mahu terus-terusan begini. Sesungguhnya, dia amat
merindui gadis itu.
Tidak lama
selepas itu, kelihatan berpusu-pusu pelajar perempuan keluar dari bilik
mesyuarat itu. Asmady sudah bersedia sepenuhnya. Dia melihat setiap perempuan
yang keluar dari pintu itu dan mencari-cari kelibat Hazwin.
Hatinya sedari
tadi gelisah. Dia menguntum senyum sebaik sahaja melihat kelibat Hazwin yang
baru melangkah keluar dari bilik itu. Pantas dia menerpa ke arah Hazwin. Hazwin
terkejut dengan kehadiran Asmady yang datang secara tiba-tiba. Tidak sedar bila
lelaki itu berada di situ.
Dia langsung tidak memperdulikannya dan terus
melangkah hendak meninggalkan Asmady. Cepat-cepat Asmady menyorotinya. Pantas
lengan Hazwin direntap tetapi tidak kasar.
“Win...dengarlah
dulu apa yang saya nak cakap.” Kata Asmady sayu. Hazwin berpaling, cuba
memandang mata redup Asmady. Hatinya terus dilanda gelisah sebaik terpandang
wajah itu. Wajah yang sentiasa dirinduinya, lebih-lebih lagi dalam masa dua
minggu ini. Rindunya pada lelaki itu hanya Tuhan saja tahu.
Hazwin
sebenarnya sudah lama memaafkan Asmady, namun entah mengapa kali ini gerak
hatinya seolah-olah tidak menentu. Entah mengapa dia dapat merasakan bahawa
Asmady semakin jauh dengan dirinya.
Adakah kerana
sikapnya kini yang terlalu degil untuk memaafkan Asmady, ataupun dia berasa
kecewa kerana Asmady sering tidak mengendahkan perasaannya. Dia sendiri tidak
pasti dengan gelodak yang melanda perasaannya kini.
“Hmm, cakaplah
apa yang awak nak cakap. Saya tak ada masa ni, nak balik.” Katanya mendatar.
Asmady menunduk, dia menarik nafas panjang.
“Win, saya
tahu awak masih marahkan saya... Saya nak minta maaf banyak-banyak sebab buat
awak terluka dan sedih. Saya ni memang jahat Win...kerana sanggup buat macam tu
kat kawan baik sendiri. Saya janji, saya takkan buat awak terluka lagi... Awak
maafkan saya, ya?” pujuk Asmady lembut. Suaranya begitu mendamaikan lubuk hati
Hazwin.
“As, lebih
baik jangan berjanji sekiranya kita sendiri belum pasti dengan apa yang kita
rasa...” jawab Hazwin sayu. Hatinya kala ini benar-benar dalam dilemma.
“Win, saya
betul-betul dah buat keputusan... Ya, selama ini memang saya bodoh. Saya tak
menghargai cinta awak, saya tak mengendahkan perasaan awak. Tetapi, selama dua
minggu hidup saya tanpa awak disisi sungguh tidak bermakna Win. Saya rasa sunyi
sangat... Saya amat merindui awak. Awaklah tempat saya meluahkan segala yang
terpendam dalam hati saya, dan saya takkan tahu bagaimana hari-hari saya esok
lusa sekiranya tanpa awak Win... Saya harap awak boleh maafkan saya. Dan saya,
bersyukur kerana dalam jangka masa dua minggu ni...barulah saya sedar betapa
pentingnya awak Win...” jelas Asmady yakin. Matanya memandang tepat ke tunak
mata Hazwin.
Hazwin
terkesima, tersentuh dengan pengakuan yang baru dikeluarkan lelaki itu. Matanya
mula berkaca dan dia menunduk, cuba untuk menutup rasa terharunya.
“Kenapa awak
cakap macam ni As? Apa maksud awak? Awak dah buat saya terharu tau tak...”
seloroh Hazwin sambil menyeka sisa air matanya.
Asmady
mengenggam erat jari Hazwin. “Win, sudi tak kalau awak jadi teman saya yang
paling istimewa? Teman yang sedia berkongsi segala suka-duka saya bersama awak?”
ujar Asmady lembut. Kini, hatinya begitu pasti dengan perasaannya sendiri.
Hazwin mencari
keikhlasan di wajah lelaki itu. Dia dapat melihat betapa tulusnya pengakuan dan
lamaran Asmady sebentar tadi. Namun, dia masih berdiam seketika. Tidak percaya
dengan apa yang baru didengarnya sebentar tadi.
“Kita tanya
serius dia sempat berangan pulak... Mesti tu berkhayal tentang saya, kan.” ujar
Asmady apabila melihat kebisuan gadis itu. Bibirnya menguntum senyum.
Hazwin
tersentak, lantas dia membalas senyuman Asmady. “Saya tak beranganlah... Jangan
nak perasaan pulak kat sini...” ujar Hazwin dengan nada sedikit merajuk.
“Boleh percaya
ke ni? Tapi, kalau Win belum bersedia... tak apalah, saya tak akan memaksa.
Tetapi, saya akan tunggu sehingga Win benar-benar bersedia, k?” ujar Asmady penuh ikhlas.
Hazwin
menghela nafas. “Awak sedar tak apa awak cakap ni? Sanggup ke awak tunggu saya
nanti? Kalau awak terjumpa dengan perempuan yang jauh lebih cantik daripada
saya nanti, bagaimana? Sanggup ke awak tunggu saya hingga akhir hayat awak
Asmady?” soal Hazwin serius. Dia sengaja ingin menduga sejauh manakah keihlasan
lelaki itu.
Asmady
terdiam. Soalan yang ditujukan Hazwin padanya tadi benar-benar membuatkan
hatinya gelisah. Dia sendiri tidak tahu apa yang patut dijawab.
Hazwin
menggeleng. Kau masih belum pasti tentang isi hati kau sendiri As... bisiknya
sendirian.
“Tak apalah
As... Saya gurau je tadi. Anggap je soalan saya tadi tu tak valid okey.” Seloroh Hazwin cuba menukar
topik. Dia tidak mahu hubungan yang baru hendak bermula itu berakhir begitu
sahaja. Sememangnya, perasaan sayangnya pada Asmady tidak dapat dilafazkan
dengan kata-kata.
“Tapi saya
serius Win... Saya hanya akan sayang awak seorang je...”ucap Asmady perlahan.
“Kalau macam
tu... kita kahwin!” seloroh Hazwin lagi. Niatnya cuma hendak melihat reaksi
Asmady.
Bulat mata
Asmady memandang Hazwin. Namun, setelah melihat Hazwin ketawa dia juga turut
sama ketawa. Baru dia tahu bahawa Hazwin hanya bergurau. Gerun jugak dia
memikirkannya tadi jikalau Hazwin benar-benar mengajaknya berkahwin.
“Oh, awak dah
pandai mengusik saya ya? Tak apa, saya tetap akan sayang awak.”
“Kalau betul
awak sayang saya, jomlah belanja saya pergi dinner.
Saya tak makan sejak dua minggu ni tau! Itupun gara-gara awak...jadi, awak
jangan ingat yang saya dah maafkan awak begitu je. Awak kena belanja saya
juga... “ usik Hazwin manja.
Asmady hanya
ketawa melihat keletah Hazwin. “Kalau macam tu, jomlah kita pergi restoren
Alibaba. Saya pasti awak belum pernah pergi sana, kan?”
“Restoren
Alibaba? Oh, restoren yang mempunyai ciri-ciri timur tengah tu ke? Hmm, sounds good. Jomlah, kita naik
monorel ya? Saya tak naklah membonceng motorbike
frust menonggeng awak tu, nanti tak pasal-pasal saya yang turut frust menonggeng duduk atas tu.” Katanya
sambil menarik tangan Asmady melangkah meninggalkan perkarangan kawasan
Universiti itu.
Asmady
mengganguk. “Baiklah Tuan Puteri. Saya akan ikut kata-kata Tuan Puteri tu
ya...” seloroh Asmady. Akhirnya, mereka sama-sama ketawa.
Mereka terus
berjalan menuju ke pusat bandar untuk menaiki monorel. Hazwin begitu ceria.
Inilah pertama kali dalam seumur hidupnya merasa amat bahagia. Asmady pula
memanjatkan doa dalam hatinya agar hubungan yang baru hendak bersinar itu
direstui dan dipanjangkan selamanya, Insya-Allah.
Thursday, January 17, 2013
Bab 5 (Hello, dia milik akulah!)
|
K
|
ay
keluar dari perpustakaan UOS dengan
hati yang senang dan senyuman yang melebar. Terserlah kedua-dua lesung
pipitnya. Senang hati kerana berjaya mencari buku-buku yang amat dia perlukan
untuk menyiapkan tugasan yang telah diberikan oleh Profesor Harman.
Seawal pagi lagi dia sudah melepak di
perpustakaan UOS itu semata-mata
untuk berebut dengan pelajar yang sama jurusan dalam Kejuruteraan Awam mencari
bahan rujukan. Kalau tidak berebut, sekelumitpun dia tidak akan dapat buku yang
diperlukan. Hanya tinggal berputih mata sahaja. Bukannya dia tidak pernah
berebut, tapi setiap kali berebut pasti dia akan dikalahkan kerana ada beberapa
pelajar yang terlebih dahulu mendapatkannya.
Huh,
kali ini jangan haraplah korang dapat buku ni. Buku ni dah ada dalam gengaman
aku! Biar padan muka korang, aku dah angkut semua dah buku-buku yang Profesor
Harman suruh cari. Siapa suruh korang kedekut sangat dengan aku selama ni.
Sekarang, korang rasakanlah apa aku pernah rasa. Gigit jari jer lah yer wahai
teman-teman seperjuanganku! Bisik Kay gembira.
Dia
berjalan penuh berhati-hati hendak menuju ke bilik belajar yang disediakan khas
untuk penuntut UOS. Beg sandangnya
tersangkut di bahu manakala sebelah tangannya pula mengangkat buku-buku tebal
yang telah dipinjamnya sebentar tadi. Tapi entah dimana silapnya, langkahnya
tiba-tiba tersadung. Dia sudah tidak dapat mengawal diri, terasa seperti
dirinya terlangar sesuatu dan... Gedebuk! Bunyi seperti buah nangka jatuh.
Setiap
pasang mata yang berada di situ mula menular ke arahnya. Kay terkedu seketika.
Matanya masih terpejam rapat. Dahinya pula terasa pedih seolah-olah telah
terhantuk sesuatu yang begitu keras seperti batu konkrit. Namun, tubuhnya pula
tidak pula terasa sakit. Kat mana pulak aku landing ni? Lembut aje, takkan
tilam kot. Gumamnya sendirian lalu cuba membuka matanya perlahan-lahan.
Saat
itu juga, mencerlung biji mata Kay apabila dia melihat dirinya yang sedang
menghempap lelaki yang amat dibenci selama ini. Ya Tuhan! Bagaimana pulak aku
boleh jatuh kat atas mamat kampung ni? Seronok lah dia tu dapat ambil
kesempatan! Marahnya dalam hati.
“Hei,
awak?? Awak ni buta ke?!” marah Kay yang masih belum bangun dari menghempap
tubuh Asmady. Asmady yang meraba-raba bibirnya dek terpantup dengan dahi Kay
hanya menyeringai kesakitan. Terdapat sedikit darah yang mengalir di tepi
bibirnya.
“Kalau
ya pun awak nak marah saya Cik Kayzia Adrina, bangunlah dulu. Susah saya nak
bergerak kalau awak masih baring kat atas saya.” Ujar Asmady sambil mengesat
kesan darah yang mengalir di tepi bibirnya.
Kay
tersedar. Lantas dia cepat-cepat bangun dan membetulkan blousenya yang sedikit tersiat. Kedengaran pelajar-pelajar lain
yang berada di situ hanya berbisik sesama mereka. Raziq yang menyaksikan
kejadian itu terus menepuk dahinya. Dia mengeleng dan menggaru-garu kepalanya.
Tak tahu apa yang harus dibuat. Dia pula yang terasa malunya.
Aduh,
malunya! Kay menggigit hujung bibirnya. Dia menjeling tajam ke arah Asmady yang
sudah bangun dan menepuk-nepuk seluarnya. Buku-buku yang dibawanya sebentar
tadi habis terhumban ke lantai. Matanya sudah merah seperti singa lapar
memandang lelaki itu.
“Awak
ni kan, memang tak tahu malu! Berjalan tak pandang kiri-kanan. Atau awak memang
sengaja nak malukan saya?!” herdik Kay yang sudah amat marah. Jari runcingnya
pantas menuding tepat wajah Asmady.
Asmady
hanya memandang redup gadis dihadapannya yang bagaikan seperti gunung berapi
yang sedang meletus.
“Saya
minta maaf Cik Kayzia. Saya tak sengaja.” Ulasnya ringkas.
Malas
hendak bertekak dengan gadis baran itu, dia tahu tak ada gunanya sekiranya terus
membidas kata-kata gadis itu. Apatah lagi apabila gadis itu di dalam keadaan
dirinya yang sedang dilanda taufan
Katrina atau taufan Sandy. Ah,
apa-apa ajelah...janji taufan. Ini bukan tahap taufan Katrina lagi ni, dah tahap puting beliung El-Nino dah ni! Gulp!
Namun,
makin lama makin banyak pulak darah yang mengalir di tepi bibir Asmady. Kay
yang sudah mengatur ayat untuk memaki hamun lelaki itu lagi tiba-tiba terdiam.
Dia melihat darah yang mengalir di tepi bibir Asmady. Matanya yang tadi bulat
kini dikecilkan. Kay menelan air liurnya, tangannya tergetar-getar. Wajahnya
pucat serta-merta!
Pelik
dengan tingkah laku gadis itu yang tiba-tiba pucat lesi, Asmady mengangkat
keningnya. “Kenapa Cik Kayzia?” soal Asmady sedikit hairan.
Kay
menuding jari pada bibir Asmady. Tangannya semakin mengeletar melihat darah itu
yang tidak berhenti mengalir. “Da...da.....da...darah......” katanya
tergetar-getar, lututnya terasa lemah sekali dan...pap! Kay terus tumbang namun
Asmady cepat-cepat menangkap tubuh kecil Kay.
“Kayzia!
Kayzia! Kenapa dengan awak ni? Bangunlah...” Asmady mengoyang tubuh Kay.
Wajahnya semakin cemas melihat reaksi Kay yang sudah pengsan di peganggannya.
“As,
kita bawak dia pergi bilik Kecemasan kat Lobi! Dia fobia darah tu... kau angkat
dia pergi sana. Biar aku kemaskan buku-buku dia ni.” Panik suara Raziq memberi
arahan. Pelajar yang berada disitu cuba membantu Raziq menyusun kesemua
buku-buku yang bertaburan. Ada yang berbisik-bisik dan cemas melihat keadaan
itu.
Asmady
hanya mengangguk turut sama panik. Dia lalu mencempung tubuh kecil Kay dan
dibawa pergi ke bilik kecemasan yang berada di Lobi tingkat bawah sekali.
Sedangkan mereka sekarang ni berada di tingkat 5 bangunan Sains Tulen.
Terpaksalah dia menggunakan seluruh kudrat yang ada untuk mencempung gadis.
Kalau ada lif, tak apa juga.
Nampak
je dia ni kecil tapi berat! Entah apa yang dia makan agaknya sampai jadi berat
begini. Tidak jugak gemuk-gemuk. Aduhai...keluh hati Asmady. Langkahnya semakin
dipercepatkan namun tetap berhati-hati apabila menuruni setiap langkah anak
tangga di bangunan itu.
PERLAHAN-LAHAN,
Kay membuka matanya. Dia melihat keadaan sekeliling. Kabur. Matanya masih
berpisat-pisat. Dia dapat merasakan bau ubat yang memenuhi ruang bilik itu.
Dengan penuh berhati-hati dia cuba bangun.
“Awak dah bangun Kay?” kedengaran suara
serak seorang wanita dalam bilik itu. Dilihatnya Puan Jamie sedang tersenyum ke
arahnya. Puan Jamie merupakan doktor yang telah ditugaskan menjaga kesihatan
pelajar-pelajar UOS. Dia juga fasih
berbahasa melayu kerana pernah bertugas di Malaysia selama beberapa tahun dulu.
“Puan Jamie! Apa yang terjadi pada saya?
Macam mana saya boleh ada di sini?” soal Kay sambil memicit-micit dahinya yang
berdenyut. Cuba mengingati kembali apa yang telah berlaku.
“Kay dah lupa? Tadi Kay pengsan di tingkat
5, nasib baik ada seorang lelaki yang sangat baik sanggup mengangkat Kay ke
sini.” Lembut penjelasan Puan Jamie.
“Wait,
Wait, Wait! Puan kata apa tadi? Lelaki? Lelaki mana pulak ni?” soal Kay
cemas ingin tahu. Takkan Nafri kot, fikirnya.
“Entahlah, saya pun tak berapa ingat nama
lelaki itu. Tadi Kay mabuk darah, sebab itulah pengsan apabila ternampak darah.
Kalau tidak silap, darah dari bibir lelaki itulah yang menyebabkan Kay pengsan.
Hmm...kesian saya tengok dia, bibirnya luka. Tapi saya dah bubuh ubat pada
lukanya.” Ujar Puan Jamie tersenyum.
Kay akhirnya mengangguk faham. Jadi,
memang benarlah dia yang bawa aku pergi ke sini tadi. Tak guna! Seronoklah dia
hari ini, bila dah dapat tahu kelemahan aku! Lepas tu, ambik kesempatan pegang
aku free pulak. Tak guna punya
lelaki. Kalau dia masih ada kat sini, memang berbirat telinga kau dengar makian
aku! Ciss.. kutuk Kay dalam hati.
Pintu
bilik itu tiba-tiba dikuak perlahan. Kay dan Puan Jamie sama-sama tertumpu ke
arah pintu. Kelihatan Raula dan Zateel terjengul masuk lalu mendapatkan Kay
yang masih duduk berteleku atas katil. Pantas Raula menerpa ke arah Kay.
“Oh
my god Kay! Kau tak apa-apakan? Cedera kau tak serius kan?” soal Raula
kalut. Pantas jari-jemarinya meneroka setiap inci tubuh Kay takut-takut ada
yang tercedera parah.
Kay
mencebik. “Kau ni kenapa Raula? Bukannya aku accident pun. Aku hanya pengsan aje lah! Tak mati pun.”
Zateel menahan rasa ketawa. Lucu melihat Raula
yang melebih-lebih pulak caring dia.
“Aku tahulah kau pengsan, tapi mana tahu
kalau kau ada apa-apa penyakit ke. Takkanlah kau boleh tetiba pengsan pulakkan?
Dah lah kau tu ada gastrik. Kau tak breakfast
ek?” tukas Raula sambil menjeling wajah Kay.
“Aku breakfastlah...”
jawab Kay lemah.
“Habis tu? Kenapa boleh pengsan? Atau, kau
ada penyakit yang kau rahsiakan dari kami tak? Kay, aku ni kawan kau. Dah lama
aku jadi kawan kau, sejak dari bangku sekolah lagi. Takkan itupun kau nak
berahsia dari kami berdua. Kenapa kau nak tanggung penderitaan kau tu seorang
Kay, sekurang-kurangnya kau berkongsilah dengan kami walaupun aku ni nampak aje
selalu membebankan, tapi atleast kau
luahkankan Kay...” sayu Raula menyatakannya.
Menyalang-nyalang mata Kay memandang Raula.
“Apa kau merepek ni minah? Kau ingat aku ni terkena penyakit berbahaya ke? Kau
jangan mengarut boleh tak? Eei...geramnya aku kat dia ni. Kalau kau ni roti
pau, dah lama aku gigit-gigit kau tau!” bidas Kay sambil memicit geram lengan
Raula.
“Aww...
sakitlah Kay, salah ke apa aku cakap ni?” ucap Raula manja sambil mengusap-usap
lengannya yang dipicit oleh Kay sebentar tadi.
Zateel menggeleng. “Ha, hari ini barulah
terserlah kebengapan kau Raula. Yang kau merepek tak tentu pasal ni kenapa? Kay
tu pengsan sebab tengok darah, bukannya terkena penyakit. Apalah kau ni.”
Tempelak Zateel geram.
“Betul ke? La, kenapa tak cakap awal-awal?
Tak pasal-pasal aku yang terlebih emosi... sorry
Kay. Aku gembira sebab kau bebas dari penyakit!” ujarnya gembira seraya memeluk
Kay erat.
Kay hanya terpinga-pinga dengan reaksi Raula
namun cukup membuatkan jiwanya tersentuh. Dia tersenyum, begitu juga Zateel.
Hai, macam-macam kawan aku sorang ni. Hmm, nasib akulah dapat kawan macam gini.
Kay akhirnya membalas pelukan Raula dengan senyuman ihklas.
“HA,
macam mana dengan plan yang papa suruh Naf buat tu? Jadi tak?” soal Dato’ Fauzi
seraya memandang tepat wajah Nafri sambil menyedut batang paipnya.
Nafri mengeluh. Dia kemudiannya duduk di
hadapan Dato’ Fauzi di ruang tamu Apartment
Hanshin miliknya. Papanya telah datang dari Malaysia petang tadi kerana ada
urusan perniagaan yang perlu diuruskan.
“Plan tu okey Pa, cuma Naf tunggu masa je sekarang ni. Perempuan tu dah jatuh ke
tangan Naf, dia betul-betul dah rasa percaya dan sayang pada Naf. Tapi, Naf
belum nak ajak dia kahwin lagi lah Pa.
Naf fikir, Naf masih nak enjoy dulu.”
Jelas Nafri bersahaja. Dia merenung Dato’ Fauzi yang bagaikan ada agenda besar
seperti kebiasaannya.
“Hmm, papa suruh Naf pikat perempuan tu dan
yakinkan dia untuk berkahwin dengan Naf. Bila perempuan tu dah mutlak jadi
milik Naf, senanglah papa nak uruskan apa yang papa mahu! Masalahnya sekarang
ni bukan pada perempuan tu, tapi pada Naf sendiri!” kata Dato’ Fauzi keras. Dia
meletak batang paipnya di atas bekas abu rokok. Wajah Nafri ditenungnya geram.
“Kenapa pulak Naf yang salah? Naf cuma ikut
arahan papa je selama ni, kan? Naf pun bukannya nak sangat perempuan tu jadi
isteri Naf, dahlah kasar, panas baran, mengada-ada pulak tu. Kalau bukan sebab
papa, Naf takkan pikat perempuan macam tu lah papa.” Jelas Nafri berasa sedikit
rimas.
Dato’ Fauzi membetulkan duduknya. Rasa begitu
geram dengan anak lelakinya yang seorang ini.
“Naf,
papa buat semua ni demi keluarga kita. Takkan kerja senang macam itu pun Naf
tak reti nak buat! Papa tak nak keluarga kita hidup susah. Naf tak nak hidup
senang ke esok lusa?” soal Dato’ Fauzi cuba memancing anaknya itu.
“Papa,
kita ni tak cukup senang lagi ke sekarang? Bagi Naf, segala keperluan yang kita
perlukan dah cukup Pa. Kita sudah ada segalanya sekarang. Buat apa papa nak
susah-susah menakluki Syarikat ayah Kay tu? Apa lagi yang papa nak sebenarnya?”
Nafri pula bertanya. Memang dia pelik dengan agenda ayahnya yang beria-ia
mahukan Menara Kayrina. Sehingga sanggup menjadikan dirinya sebagai alat
permainan kotor ayahnya itu.
Dato’
Fauzi merenggus kasar. “Naf takkan faham kenapa papa sanggup buat semua tu!
Sampai bila-bila pun Naf tak akan faham! Papa nak lihat si Syafique tu jatuh
tersungkur, muflis! Biar padan muka dia! Dan Naf takkan tahu apa yang si
Syafique keparat tu dah buat pada keluarga kita! Dia pernah buat hidup papa
menderita! Hidup kita tidak akan selesa macam ni kalau papa masih terus
mengalah suatu ketika dulu! Dia pernah khianati papa, dan papa tak akan
lupakannya sampai mati! Tapi, kalau Naf dah tak sudi nak tolong papa, tak
apalah. Biar papa berjuang sendiri...” luah Dato’ Fauzi sebak. Suaranya sengaja
dibuat-buat serak dan wajahnya dibuat-buat sedih.
Nafri
serba salah. Dia memang tidak rela jikalau melihat ayahnya dalam keadaan sedih
begini. Dia menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
“Okey
Pa, macam ni. Naf minta sorry dengan apa yang Naf cakap tadi ya.
Naf janji dengan papa, yang Naf akan cuba buat apa yang papa suruh. Naf akan
cari masa yang sesuai untuk melamar Kay. Naf sanggup buat apa saja asalkan Naf
dapat kahwin dengan dia. Tapi, Papa jangan sedih-sedih lagi ya.” Pujuk Nafri
lembut.
Dato’
Fauzi menarik nafas lega. Dia mengangguk lemah. “Itulah yang papa nak dengar
dari anak papa ni. Naf kena ingat, pastikan perempuan tu tidak tahu siapa papa.
Dan pastikan juga Syafique tidak tahu yang Naf ni anak papa. Kalau Syafique
mendapat tahu, gagallah segala rancangan kita!” Dato’ Fauzi menekan sedikit
suaranya, memandang Nafri tanpa berkerdip.
“Ya,
Naf tahu Pa. Naf akan cuba...” jawab
Nafri berkali-kali, menyakinkan ayahnya.
Dato’
Fauzi tersenyum puas. Tidak sabar untuk menjatuhkan Tan Sri Syafique.
Sebetulnya dia begitu cemburu dengan kejayaan yang dicapai lelaki itu, lelaki
yang telah rasminya dianggap sebagai musuh dan saingannya. Dendamnya semakin
membara apabila mendapat tahu lelaki itu telah ditawarkan pangkat “Tan Sri”
beberapa tahun dulu. Hatinya bagai dicucuk-cucuk dengan pisau setiap kali
membaca mengenai kisah kejayaan Tan Sri Syafique dan betapa majunya “Menara Kayrina”
di mata dunia.
Argh!
Aku tidak akan sesekali mengalah kepada lelaki kampung yang tidak sedar diri
itu! Sekiranya nyawa kau harus dihapuskan dari muka bumi ini, aku sanggup
menjadikan nyawa kau ataupun anak kau sebagai galang gantinya Syafique! Hati Dato’
Fauzi berbisik penuh dendam dan kebencian.
Itulah dia sifat manusia, sanggup melakukan
apa sahaja demi melunaskan nafsu yang beraja di hati. Apabila mata hati menjadi
buta, kejahatan yang dilakukan sudah tidak menjadi kudis lagi dalam diri.
Wednesday, January 16, 2013
My Best friends wedding reception!
28th December 2012
Semoga Bahagia Regina Rudan disamping suami tercinta, Petrus Chiew. Moga ikatan ini kekal buat selamanya. Amen!
Aku dan rakan-rakanku yang paling rapat turut sama meraikan hari bahagia seorang teman kami yang bakal menempuh alam perkahwinan yang penuh dengan onak dan badainya. Apa-apapun, semoga kalian diberkati selalu.
28 Disember 2012.
Cantik tarikh ini. Aku telah menerima jemputan untuk menghadirkan diri pada
majlis perkahwinan satu-satunya teman yang sama membesar denganku sejak dari
alam persekolahan. Tersenyum aku sendiri. Bahagia mendengar cerita ‘bahtera baru
yang bakal dibina’. Hampir menitis air mata kegembiraanku saat melihat pasangan
ini diijabkabulkan. Syukur! :')
Tahniah buat semua yang akan menamatkan zaman bujang mereka
dan yang bakal mengikat tali kesatuan yang halal. Moga Allah merahmati kalian
dan didoakan agar kekal bahagia ke syurga. Amen!
‘Masa aku’ juga akan kunjung tiba. Biar aku benar-benar
bersedia dulu sebelum memasuki fasa ini dalam tempoh kehidupan yang bersisa.
Aku masih selesa berstatus "tunangan orang" kini. Berkali-kali
juga diriku ditanya, jawapanku tetap sama. Bila sampai masanya, bila tiba
serunya, akan kukhabarkan pada semua. Tunggu! xoxo :D
Bab 4 (Hello, dia milik akulah!)
Gemerlapan cahaya dan lampu neon di Riverview 8 Avenue yang merupakan
kawasan rehat yang dibina di atas Gwangjingyo
(jambatan) begitu memukau pandangan Kay. Dia berpeluk tubuh sambil menarik
nafas dalam-dalam. Sungguh indah pemandangan pada malam itu, lampu LED yang dipasang sepanjang jalan kecil
di tebing Sungai Han membuatkan kawasan itu nampak cukup romantik.
Tangga-tangga kecil yang dinyalakan lampu pada
waktu malam dibina untuk mengarah ke tempat ruang membuat persembahan teater
atau konsert. Di ruang inilah video klip “Iris”
iaitu siri drama Tv Korea popular telah dilakonkan. Biasanya, persembahan
teater atau konsert pasti diadakan pada hari Jumaat dan Sabtu. Jadi, sudah
pastinya tempat ini penuh sesak pada hari berkenaan kerana rata-rata pengunjung
akan menikmati suasana persembahan yang menarik dengan pemandangan yang indah
berlatar-belakangkan Sungai Han.
“Termenung jauh nampak...“ sapa Nafri
lembut. Kay tersentak dari lamunan dan memandang Nafri yang entah sejak bila
berdiri di sisinya.
“Tak adalah...” jawab Kay acuh tak
acuh. Rambutnya yang ditiup angin segera dikuak perlahan. Dia masih berpeluk
tubuh sambil memandang kosong ke arah Sungai Han. Dia tersenyum.
“Tak nak mengakulah tu... Nah, ni kopi
segera yang You minta tadi.” Ujar
Nafri lalu memberikan secawan kopi segera yang dibeli dari mesin elektrik yang
terletak di setiap penjuru jalan kecil sepanjang Riverview 8 Avenue.
Kay menyambutnya perlahan. “Kamsahamnida... (terima kasih)” ujarnya
tersenyum manja.
Nafri membalas senyuman Kay. “Dah pandai cakap
Korea ye...” selorohnya sambil menghirup kopi panas yang masih berkepul-kepul
asapnya. Sememangnya suhu di negara itu sangat sejuk. Menikmati kopi panas pada
waktu begini memang begitu nikmat sekali.
“Mestilah... kita duduk lama-lama kat sini
harus belajar bahasa mereka, belajar budaya mereka. Kalau tak, sia-sia lah kita
duduk sini kan?” Ujar Kay lalu menjeling manja pada sang kekasih hatinya, Nafri.
“Ne, geudeul-i
iss-eossda. Dangsin-ui mallo dong-uihabnida...
(Ya, memang betul. I setuju dengan
kata-kata You)” ucap Nafri penuh
yakin. Dia memerhati setiap inci wajah mulus gadis itu dengan senyuman.
Bulat mata Kay memandang Nafri. “You pun tahu cakap Korea, bila You belajar?” tanyanya dengan riak
terkejut. Setahunya, Nafrilah orang yang paling malas hendak belajar bahasa
Korea. Susah katanya. Tapi, baru sebentar tadi dia mendengar lelaki itu menuturkan
bahasa negara itu dengan begitu lancar.
Nafri mengangkat keningnya. “Well, seperti yang You kata tadilah. Sia-sia je kita duduk di sini kalau tak nak
belajar bahasa mereka, kan?” Jawabnya spontan, berniat hendak menggenakan Kay
semula.
Lantas Kay menumbuk lengan Nafri manja. “You ni kan, memang suka tipu I tau...” katanya geram. Geram kerana
dipermainkan lelaki itu.
“Ala, tipu sunat sayang...takkan tak
boleh kot?”
Kay mencebikkan bibirnya. “I tak kisah! Tipu sunat ke, tipu apa ke...tipu
tetap tipu, kan? Cuba bagitau terus-terang, apalagi yang You tipu dari I?” soal
Kay bernada bergurau.
Nafri mengangkat keningnya. “Hmm,
rasanya tak ada lagi lah. Tak baik tau tuduh-tuduh I macam tu. Kang, tak pasal-pasal I terjun ke dalam Sungai Han tu untuk buktikan yang I memang jujur sayang...” katanya
lembut.
Nafri hanya ketawa melihat Kay yang
marah-marah sayang itu. Kay sudah memuncungkan bibirnya. Melihat Nafri yang
asyik ketawa, Kay menjadi semakin geram. Akibatnya, lengan Nafri menjadi mangsa
cubitannya yang amat berbisa.
“Aduh! Janganlah main cubit-cubitan sayang...
Sakit tau! You dah tak sayang kat I lagi ke?” Nafri mengadu kesakitan, wajahnya
diherotkan sedikit persis orang yang betul-betul dalam kesakitan. Tangannya
mengusap-usap bekas cubitan Kay yang singgah di lengannya tadi.
“Ha, padan muka you. Cubalah main-main
dengan I lagi, huh!” Kay merungut manja. Dia memandang wajah Nafri dengan penuh
kasih.
“Okay,
I’m sorry sayang... Sayang ni garang sangatlah.” Nafri segera mendekati Kay
dan memeluk bahunya sambil menikmati pemandangan di Sungai Han.
“Garang ke? Mana ada garang, itu geram
ajelah.” Ujar Kay lembut sambil melentokkan kepalanya di bahu Nafri. Dia
tersenyum bahagia. Walaupun di dalam hatinya penuh gusar memikirkan sejauh
manakah hubungannya dengan lelaki itu nanti.
Sesungguhnya, hubungan mereka hampir
mencecah setahun lebih. Walaupun Tan Sri Syafique berkali-kali melarang Kay
untuk berkawan dengan Nafri, namun Kay tidak pernah ambil peduli. Sikap
degilnya yang sukar hendak mendengar kata membuatkan dia langsung tidak
mengikut perintah ayahnya. Baginya sekarang, Nafri adalah segala-galanya. Dia
kini sedang tengelam dalam buaian cinta lelaki bernama Nafri, lelaki yang amat
dibenci oleh Tan Sri Syafique.
Klik! Klik! Tanpa disedari, satu per satu
gambar mesra mereka sedang diambil oleh seseorang yang tidak dikenali. Setelah
meneliti kesemua gambar dalam kameranya, lelaki berkumis tebal dan memakai topi
itu tersenyum puas. Tidak sabar dia hendak bertemu dengan bosnya yang telah
menyuruh dia melakukan kerja yang disuruh itu.
BELUM
sempat Asmady hendak melangkah keluar dari bilik hostelnya, telefon bimbitnya
berdering. Dia segera menjawab pangilan itu terlebih dahulu.
“Assalamualaikum Asmady. Ni Pak Su Ejanlah...”
Kedengaran suara Pak Su Ejan dicorong telefon memecah gegendang telinga Asmady.
“Wallaikumsalam. Pak Su apa khabar?”
tanyanya girang. Dia memang merindukan Pak Su nya itu saat ini.
“Pak Su baik-baik je... As pulak macam
mana? Sihat?” soal Pak Su Ejan pula.
Asmady mengangguk. “Alhamdullilah... As sihat
Pak Su. Cuma letih sikit je. Ya lah, banyak tugasan yang As kena siapkan Pak
Su. Oh ya, nenek dan abah kat kampung sihat tak?” soal Asmady lalu teringatkan
orang yang paling dia sayang dan rindu.
Sesungguhnya, rasa rindu terhadap kampung
halaman merentap tangkai hatinya. Hanya Tuhan tahu betapa dia merindui
keluarganya itu. Sudah setahun dia tidak balik. Bukan dia sengaja tidak mahu
balik tetapi dia tidak mahu menyusahkan keluarganya lebih-lebih lagi Pak Su
Ejan untuk membeli tiket Kapal Terbang. Kalau tiba cuti semester, Asmady lebih
senang mencari kerja sambilan di negara itu. Cukuplah untuk kegunaannya sendiri
walaupun semua kos pembelajaran ditaja oleh kerajaan.
Sejak kecil lagi, keluarganya hanyalah
nenek, abah dan Pak Su Ejan sahaja.
Ibunya sudah lama meninggal dunia, sejak dia masih kecil lagi. Hanya mereka
bertigalah tempat dia bermanja dan berkasih-sayang. Namun, Pak Su Ejan telah berpindah
ke Kuala Lumpur kerana telah mendapat kerja di sebuah Syarikat terbesar sebagai
Pengurus Kewangan.
Dengan pertolongan Pak Su Ejanlah mereka
bersandar. Kalau hendak diharapkan ayahnya yang hanya bekerja sebagai penoreh
getah, apalah sangat pendapatannya. Cukup sekadar untuk makan minum mereka
sahaja. Tapi, Pak Su Ejan sentiasa menghulurkan bantuan disaat mereka
memerlukan. Semua wang perbelanjaan sekolah Asmady ditanggung oleh Pak Su Ejan.
Harapannya cuma satu, ingin melihat Asmady
berjaya menjadi orang yang berguna suatu hari nanti. Sebab itulah Pak Su Ejan
merupakan insan yang paling gembira apabila mendapat tahu bahawa Asmady telah
berjaya ditawarkan untuk melanjutkan pelajarannya dalam bidang Kejuruteraan
Arkitek di University Of Seoul, South
Korea.
“Nenek dan abah sihat... mereka kirim
salam sayang pada As. Tak sabar mereka nak jumpa As. Kalau As perlukan apa-apa,
As beritahu aje Pak Su ya.”
“As tahu Pak Su. Lagipun, dah banyak
yang Pak Su buat untuk As selama ini. As betul-betul rasa terhutang budi pada
Pak Su, entah bagaimana As hendak membalasnya. Hanya dengan mendapatkan
segulung ijazah inilah hadiah yang mampu As bagi Pak Su. As takkan lupakan jasa
Pak Su...” ujar Asmady lembut namun ada sebak berbaur dalam hatinya.
Kedengaran Pak Su Ejan mengeluh.
“Mulalah As ni, dah nak buat Pak Su rasa sebak pulak. Apalah As ni, Pak Su
ikhlas. Pak Su dah anggap yang As ni macam anak Pak Su sendiri tau. Begini,
kalau ada rezeki nanti, Pak Su bercadang nak jenguk As kat Korea tu...tapi
tengoklah dulu. Pak Su cuma cadangkan aje.”
Asmady gembira mendengarnya. “Wah,
betul kah Pak Su? Kalau Pak Su pergi sini nanti, jangan lupa call As ya... Nanti As akan jemput Pak
Su kat airport.” Ujarnya dengan
riang.
“Ala, As ni... Belum confirm lagilah. Tengoklah nanti macam
mana ya. Okeylah As, Pak Su nak letak phone
dulu. Lain kali Pak Su telefon lagi ya.”
“Hrmm...tak puas As nak berborak
dengan Pak Su. Tak apalah, janji ya telefon As lagi.”
“Takkanlah Pak Su tak telefon lagi.
Pak Su pasti call punya. Jangan
risaulah, ya.
“Ya lah Pak Su. Kirimkan salam sayang
saya pada nenek dan abah. Katakan yang As rindu sangat-sangat kat mereka.”
“Insya-allah, Pak Su akan sampaikan.
Assalamualaikum As.”
“Wallaikumsalam Pak Su.”
Klik! Telefon dimatikan. Asmady
tersenyum sendirian. Terubat juga rindunya pada keluarga di Malaysia. Demi masa
depanku, demi keluargaku... aku janji aku akan banggakan mereka suatu hari
nanti. Aku akan bawa ijazah ini sebagai hadiah terbesarku pada mereka. Itu
janji Asmady!
SETELAH
empat jam menghadiri kelas, semua pelajar akhirnya berpusu-pusu keluar dari
dewan kuliah yang mampu menempatkan lebih dari seratus orang pelajar. Asmady
yang siap mengemas bukunya tercari-cari kelibat Hazwin yang tadi ada dilihatnya
bersama dalam bilik itu. Namun, dalam masa beberapa minit sahaja gadis itu
sudah hilang. Memang sah, dia masih marahkan aku lah ni! Gerutunya sendirian.
“Kau cari siapa ni As?” soal Raziq sambil
turut sama melilau-lilau di sekeliling.
“Hazwin. Kau ada nampak dia tak tadi?”
Raziq menggaru-garu kepalanya yang
tidak gatal. “Emm, rasanya ada tadi. Tapi dia dah keluar awal aku tengok tadi.
Hei, korang masih gaduh lagi ke?” soal Raziq. Mereka berjalan beriringan menuju
ke Kafetaria pelajar 3 yang terletak di tingkat lima Bangunan Sains Tulen.
Raziq telah maklum dengan sengketa
yang berlaku diantara dua orang rakannya itu. Ternyata, sudah 3 hari dia
dijadikan sebagai orang tengah semata-mata cuba mendamaikan mereka semula.
Namun, hati Hazwin kali ini begitu keras.
“Nampaknya begitulah Ziq. Dia langsung
tidak mahu memaafkan aku. Dia betul-betul marah dengan aku Ziq. Aku sudah mulai
rindukan persahabatan kami...” Asmady melepaskan keluhan sayu.
“Kau cubalah pujuklah dia lagi As.
Kesalahan kau bukannya besar sangat pun, tapi aku yakin dia cemburu lah As...hati
perempuan, memang kita tak dapat nak jangka. Kau ni rindukan persahabatan dia
ke, rindukan orangnya?” ujar Raziq sambil menyiku Asmady.
“Hisy, kau ni... Ada-ada aje lah. Aku
dah anggap Hazwin tu macam adik aku sendiri.”
“Ha, itulah kau...langsung tak tahu
nak hargai perasaan Hazwin. Ada kau selami perasaan dia? Kau sendiri tahu yang
Hazwin tu dah lama pendam perasaan pada kau, kenapa kau nak menidakkannya?
Berilah peluang pada diri kau As. Cubalah kau buka pintu hati kau tu untuk
Hazwin. Hazwin begitu ikhlas mencintai kau, manalah tahu kalau hidup kau akan
lebih bahagia selepas ini. Cintailah orang yang mencintai kita sepenuh hati,
nescaya kau akan menikmati cinta yang sejati... Kata-kata ni, aku pinjam dari
Pujangga cinta masa aku nak ngorat seorang awek masa kat sekolah menengah
dulu.” Bersungguh-sungguh Raziq menyakinkan rakan baiknya itu. Dia
menepuk-nepuk bahu Asmady.
Asmady terdiam. Memikirkan sejenak
kata-kata Raziq yang seolah-olah menyedarkannya bangun dari mimpi yang panjang.
Ya Allah... sekiranya inilah jalan dan petunjuk yang kau bagi, kau ampunkanlah
aku. Hatinya memanjat doa.
“Tapi, aku nak fokus dengan pelajaran
aku dulu. Aku tak nak tergesa-gesa dalam bab ni. Lagipun, kau sendiri tahukan
yang keluarga aku sangat berharap kat aku. Aku tak nak hampakan harapan mereka
Ziq.”
Raziq mendengus kecil. “Ya, aku tahu
tu As. Tapi, aku yakin kalau kau menerima Hazwin pun semua ni takkan berubah.
Sebab kamu berdua sudah lama mengenali antara satu sama lain. Kamu berdua cukup
memahami sesama sendiri. Kalau kau bercinta dengan dia sekalipun, aku pasti
pelajaran kau takkan terjejas. Kita sama-sama belajar di sini,kan? Aku lihat,
kamu berdua memang serasi sejak dulu lagi dan aku tak lihat apa masalahnya
kalau kamu berdua bercinta. Sama-sama bijak dan matang dalam pelajaran. Kau
kenal Hazwin tu macam mana,kan?”
Asmady masih berdiam. Kata-kata Raziq
memang ada kebenarannya. Hanya Hazwin yang memahami dirinya. Hanya dia! Selama
ini aku buta tentang apa yang sudah tertulis di hadapanku. Aku mengabaikan hati
seorang gadis yang begitu mencintaiku dengan sabar. Dimana lagi hendak aku
temui insan sepertinya? Aku janji Ya Allah, aku akan menghargai cinta itu dan
menyambutnya dengan ikhlas. Hazwin...maafkan aku!
Asmady sudah tidak mampu membendung
sendunya. “Betul kata kau Ziq. Selama ini akulah lelaki yang paling bodoh
kerana sanggup membiarkan perasaan Hazwin begitu sahaja. Dialah yang sepatutnya
berada dalam hati ini Ziq... Aku tidak akan lepaskan gadis sebaik dia. Aku akan
cari dia Ziq... Aku nak minta maaf kat dia. Aku banyak berdosa padanya. Selama
ni aku banyak pentingkan diri. Terima kasih Ziq kerana kau telah menyedarkan
aku... Terima kasih, aku nak pergi cari dia Ziq!” ujar Asmady menggenggam erat
tangan Raziq.
Raziq hanya mengangguk dan tersenyum. Dia
bersyukur dalam hatinya. Namun, entah mengapa hatinya pula yang diruntun
gelisah. Jiwanya pula tiba-tiba dibuai perasaan sakit. Raziq beristighfar,
sekiranya Hazwin adalah jodoh Asmady. Dia redha kerana dia yakin, semua itu
sudah tertulis sejak di Luh-mahfuz lagi.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Yeah, Thats me!
again..with friends
During Pesta benak at Sri Aman
With friends..
in Kem Permai, Santubong
headhunter at my village
Ibans Dayak traditional
Mommy....
Skinny me! eeuw..
My Believe...
My Fiancee
My Pet
Serra the Cat
F.R.I.E.N.D.S
Me & Genevieve
Serra
My school mate..
Me & Wie
My Life would suck without u..
My Proffesion as Counselor
i Love To Do..
Powered by Blogger.
My Popular Posts
-
Prolog “A ku tak sangka yang kau sanggup buat aku macam ni! Aku ingat, kau adalah kawan baikku tapi rupanya ka...
-
'Erti persahabatan’ - Itu yang sedang bermain dalam kantung pemikiranku sejak dari tadi, dalam mencari idea untuk entriku kali ini. ...
-
Stress , seperti yang diterangkan sebelum ini boleh berlaku kepada semua guru, sama ada guru sekolah rendah, menengah atau peringkat pengaj...
-
University Of Seoul (UOS) 90 Jeonnong-dong, Donghaemungu, Seoul, South Korea. (2009) D ari jauh keliha...
-
“Macam mana? Boleh tak kau terima cadangan aku ni Jan?” Tan Sri Syafique bertanya lembut sambil memandang sekilas ke wajah sahabat baiknya i...
-
The Best Romantic Comedy Korean Drama's!! -Baek Seung Jo Loves Oh Ha Ni-
-
Dilahirkan Januari 8 di Oak Park, lllinois, 1902 dan meninggal 1987. Dilahirkan dalam keluarga yang kuat berdisplin, penuh keagamaan dan...
-
Tan Sri Syafique yang sedang berbincang sesuatu dengan pekerja-pekerjanya segera mengarahkan mereka semua meninggalkan bilik itu apabila...
-
Asmady duduk di Kafetaria UOS sambil menghirup secawan kopi pekat. Matanya pula tertumpu pada surat khabar yang berada di sebelahnya. ...
-
Deru angin malam jadi teman.Sejuk.Tempias rintik-rintik hujan mengena diri bila tingkap bilik kurenggangkan sedikit tadi.Sudah lebih sebul...









































