CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, September 24, 2012

Hello,dia milik akulah!




Prolog


“A
ku tak sangka yang kau sanggup buat aku macam ni! Aku ingat, kau adalah kawan baikku tapi rupanya kaulah ular yang paling berbisa!” bentak Syafique berang. Rasa terkejutnya benar-benar buat nafasnya sesak. Jantungnya seakan mahu melurut jatuh ke ambal.
      Mencerlung bebola matanya menatap wajah Fauzi yang selamba. Dia mengalih pula pandangannya pada Roslan, Pegawai Kewangan yang sudah lama berkhidmat di Syarikat itu. Kemudian, dia memandang pula Dato’ Nizam dengan rasa simpati, pemilik Syarikat Mawar Holdings.
      “Saya tak sangka awak sanggup buat begini. Telah banyak jasa Syarikat ni pada awak tapi ini balasan awak!” keras suara Dato’ Nizam sambil memandangnya serius.
 Fauzi hanya menggeleng sambil bibirnya menguntum senyuman sinis.
“Itulah Dato’ tak percaya cakap saya dari dulu, sekarang tengoklah yang dia ni dah buat pada Syarikat kita. Nasib baik dia tidak sempat membolot habis duit dalam Mawar Holdings ni!” ujar Fauzi keras sambil berpeluk tubuh.
Dia tidak peduli, Syafique bukan sesiapa lagi baginya. Yang penting, matlamatnya untuk memiliki Mawar Holdings akan tercapai suatu hari nanti.
Syafique mengetap bibir menahan marah. “Hei Fauzi! Aku tak buatlah semua itu! Kau sengaja merancang semua ni untuk menjatuhkan aku kan?!” bentaknya sambil menjeling tajam Fauzi.
 “Dato’, tolonglah percaya cakap saya... saya tak buat semua ni. Percayalah Dato’...” rayu Syafique kepada Dato’ Nizam meminta simpati. Namun Dato’ Nizam hanya memandangnya tanpa perasaan.
“Tak buat awak kata? Habis tu, bagaimana syarikat kita boleh kehilangan 8 juta? Awak ingat, 8 juta tu sikit? Habis, duit 8 juta yang dalam akaun awak tu..duit siapa?! Mana awak dapat duit sebanyak tu?! Ha..jawablah!” tengking Dato’ Nizam. Kali ini dia benar-benar marah.
Syafique menggeleng. “Saya dianiaya Dato’.. ada orang cuba memfitnah saya!” ujarnya sayu.
“Eh, boleh pakai ke alasan kau tu? Lagipun, tak ada sebab orang nak dengki kat kau tu. Bukan ada apa-apa pun. Hidup pun merempat, datang dari kampung pulak tu!” Fauzi mencebik dengan penuh kebencian.
Syafique terpempan dengan tuduhan yang dibuat ke atas dirinya. Dia terduduk dengan wajah menunduk. Tiada gunanya jika dia terus melawan, semua bukti telah terbentang di hadapannya. Dia binggung, amat binggung sekali.
“Mulai saat ini, saya tak nak tengok muka awak di syarikat ini lagi, faham! Sekarang, awak boleh berambus dari Mawar Holdings! Jangan awak cuba berani untuk kembali ke sini lagi! Saya tak nak tengok muka awak, pergi!” herdik Dato’ Nizam sambil mengurut dadanya. Tanpa sekelumit pun rasa simpati terhadap anak muda itu. Tubuhnya sudah tergetar-getar menahan marah.
Sekali lagi, Syafique bungkam. Dia betul-betul tidak berdaya. Dia merasakan maruahnya diperkotak-katikkan. Tanpa membuang masa, dia gagahkan kakinya untuk bangun keluar dari bangunan itu. Hatinya betul-betul remuk. Maruahnya dipijak-pijak. Sampai hati mereka... bisiknya sayu.
“Memang dasar orang kampung tak tahu malu. Hidup asyik nak menumpang ehsan orang saja!” itulah kata-kata Fauzi yang sempat dia dengar sebelum dia melangkah keluar.
Sebaik sahaja Syafique keluar dari bangunan itu, dia nekad. Dia tidak akan memandang ke belakang lagi. Jahanam kau Fauzi! Semua ini adalah angkara kau yang begitu tamak. Sanggup kau tikam belakang aku semata-mata untuk kepentingan kau sendiri. Aku sangka kau lah kawan aku yang paling baik, tapi rupa-rupanya kau lah manusia yang bertopengkan syaitan! Aku tidak akan lupa apa yang kau dah buat pada aku Fauzi.. Suatu hari nanti, kau akan terima balasannya! Ya..aku akan kembali dengan satu kejayaan dan kemenangan yang kau sendiri pun tidak pernah terduga! Getus hati kecilnya.

Thursday, September 20, 2012

In progress...

Hmm... Dah beberapa bulan ni, aku cuba untuk menyiapkan sebuah novel. Konon nak cuba nasib dalam bidang penulisan pulak. Tapi, sekarang baru aje sampai bab 29... tak ada idealah nak sambung. Hmm...kalau mcm ni smpai bila nak siap?? Huh, aku tak kira..aku kena semangat jugak untuk siapkannya! Yeah!! Berusaha Kris.....!!!

Tuesday, July 17, 2012

'SENTAP' nya hati ini...



Huh...xdapat nak gambarkan betapa 'sentap'nya hati apabila ada orang tu cuba nak menunjuk dan berlagak bila dah dapat kerja 'Government'... Aku tau lah kau tu dah dapat kerja walaupun setakat Diploma jer, tapi tak payahlah nak canangkan kat satu dunia! 'vavi' betol...
Yang orang tu nak bersaing sangat dengan aku apasal ho?? Aku pun tak faham kenapa. Aku taklah nak kata yang aku ni baik sangat macam malaikat, sekurang-kurangnya aku tidak berpura-pura dan hipokrit macam kau. 
Aku percaya, rezeki tu ada dimana-mana, cuma kita perlu usahakan jer. rezeki kau dah dapatkan, so nikmatilah kerja kau tu puas-puas. Pas dapat keja ni, kau janganlah nak bertambah berlagak pulak...ingat diri tu sikit, sedar diri, kau tu asal dari kampung jugak, rumah panjang! Jadi, tak payahlah nak membongkak sangat..sesekali tu rendah-rendahkanlah sikit hidung tinggi kau tu. Tak payah nak berlagak sombong dengan orang sekampung kau.
Aku doakan kau berkat dengan kerja baru kau tu..
Aku bukanlah nak kata apa, cuba kalau kau tidak bercakap di belakang aku..memang aku akan ucapkan tahniah kat kau, ataupun celebrate yang kau tu dah dapat kerja government. Tapi, kau yang membuatkan aku meluat dan menyampah dengan sikap kau yang suka cakap buruk kat belakang aku..suka jaga tepi kain aku. Kalau kau tak suka tengok aku tak apa juga, tapi ini dah lebih-lebih.. Alih-alih kau pulak yang dapat apa yang  kau impikan. Anyway, tahniah la yer.. Aku tak kisah pon. Mungkin sekarang rezeki kau...rezeki aku belom lagi la tu.
Kadang-kadang, aku selalu fikir kenapa Tuhan seolah-olah seperti tidak adil. Tidak adil dalam membuat percaturan hidup manusia. Tapi, bila difikir-fikirkan balik..mungkin ada HIKMAHnya semua ni berlaku.
Ya lah, aku terima seadanya. Sekiranya belum ada rezeki bagi aku, aku Redha dengan qada dan qadar-Mu. Semoga ada yang lebih baik dari hari ini...

Monday, July 16, 2012

Kanak-kanak yang Autisme


1.0 PENDAHULUAN
Autisme bermula sejak awal 20 masihi lagi. Perkataan autisme berasal daripada perkataan bahasa Greek iaitu “autos” yang bermaksud sendiri. Dalam situasi ini, autos merujuk kepada seseorang yang hidup dalam dunianya sendiri. Seorang ahli psikologi dari Harvard iaitu Leo Kanner telah memperkenalkan istilah austis pada tahun 1943 berdasarkan pemerhatian beliau terhadap penghidap autisme yang menunjukkan respon yang negatif dalam berkomunikasi dengan orang lain, pengasingngan diri, keadaan yang tidak fleksibel dengan orang lain dan cara komunikasi yang berbeza daripada orang biasa. Hasil kajian, (Michael Waldman, Sean Nicholson,& Nodir Adilov, 2006), di dalam jurnalnya yang bertajuk “Does Television Cause Autism?” menyatakan bahawa 1 daripada 166 kanak-kanak di dunia merupakan penghidap autisme.
Menurut kamus Oxford Advance Learner autism ialah a mental condition in which a person is unable to communicate or form relationships with other. Kamus Electronik Encarta terbitan Microsoft Coporation pula menyatakan bahawa autisme ialah a disturbance in phycological development in which use of language, reaction to stimuli, interpretation of the world, and the formation of relationships are not fully established and follow unusual pattern. Maka, dapat disimpulkan di sini, autisme merupakan ganguan psikologi terhadap perkembangan komunikasi, gerakan tubuh badan, sikap, emosi, sosial, dan sentuhan.
Menurut Dr. Widowo Judarwanto di dalam jurnalnya yang bertajuk “Pencegahan Autis Pada Anak”, kebiasaanya autistik tidak langsung mempedulikan suara, penglihatannya ataupun perkara-perkara yang berlaku dipersekitaran mereka. Sekiranya mereka memberi reaksi terhadap sesuatu perkara, kebiasaanya, reaksi mereka langsung tidak menyentuh mengenai perkara tersebut, malah adakalanya mereka tidak langsung memberi apa-apa reaksi.

2.0 CIRI-CIRI KANAK-KANAK AUTISME
2.1 Komunikasi dan Bahasa

Menurut Dr. Widowo, penghidap autisme biasanya mengalami masalah gangguan dalam komunikasi. Mereka lambat untuk bercakap dan ada sesetengahnya gagal secara total untuk bercakap. Sekiranya mereka dapat bercakap, mereka hanya bercakap untuk masa yang singkat, tidak dalam waktu yang lama. Menariknya, mereka hanya mampu untuk menggunakan bahasa tubuh untuk berkomunikasi dengan orang lain. Mereka mampu untuk meniru apa yang orang lain katakan, tetapi mereka gagal untuk memahami maksud kata-kata tersebut.

2.2 Kognitif
Autisme merupakan masalah dalam mental penghidapnya. Maka, ia turut memberi kesan dalam perkembangan kognitif mereka. Menurut (Michael Waldman, Sean Nicholson,& Nodir Adilov, 2006) dalam jurnalnya menyatakan bahawa kanak-kanak autisme ini mengalami masalah separa buta akal. Mereka kurang memahami konsep pemahaman yang difikirkan oleh orang lain. 

2.3 Interaksi Sosial
Dr. Widowo menyatakan bahawa penghidap autisme biasanya mengelakkan diri untuk bertentang muka dengan orang lain. Mereka tidak menyahut apabila mereka dipanggil tetapi hanya menolehkan muka kepada orang yang memanggil mereka. Kebiasaannya penghidap autisme akan merasa tidak selesa jika mereka ini dipeluk, tetapi mereka tidak menolak pelukan tersebut. Sekiranya mereka menginginkan sesuatu mereka akan memegang tangan orang yang berhampiran dengan mereka dan mengharapkan orang tersebut melakukan sesuatu untuk memenuhi keinginannya. Mereka tidak akan berasa selesa sekiranya waktu mereka bermain ada orang lain cuba untuk mendekati mereka dan mereka akan mengambil tindakan untuk menjauhkan diri daripada orang tersebut.

2.4 Ganguan Emosi
Menurut Dr. Widowo lagi, kebanyakan penghidap autisme, mengalami masalah emosi yang tidak seimbang. Kadangkala mereka akan ketawa, menangis atau marah seorang diri tanpa sebab yang munasabah. Mereka ini mempunyai sikap panas baran yang sukar dikawal terutama apabila mereka gagal untuk mendapatkan apa yang mereka inginkan. Ini boleh menyebabkan mereka menjadi manusia yang agresif.

2.5 Perangai dan Sikap
Dr. Widowo menafsirkan bahawa kanak-kanak autisme ini senang untuk diuruskan apabila meletakkan sesuatu barang pada tempat-tempat yang tertentu. Kadangkala, kanak-kanak ini akan berubah sikap menjadi kanak-kanak yang hiperaktif terutamanya apabila mereka berhadapan dengan suasana yang asing buat mereka. Mereka akan meniru perbuatan yang dilihatnya seperti burung yang sedang terbang. Mereka akan melambai-lambaikan tangan seolah-olah mereka juga ingin terbang. Ibu bapa dan guru perlu memberikan perhatian yang lebih kepada kanak-kanak autisme kerana mereka mampu untuk mencederakan diri mereka seperti menghantukkan kepala mereka ke dinding. Kadangkala juga, mereka akan bersikap pasif dengan berdiam diri sambil merenung dengan renungan yang kosong. Perubahan sikap yang ditunjukkan seperti marah dengan tiba-tiba dan memberi perhatian yang bersungguh-sungguh terhadap sesuatu perkara.


2.6 Kesan Sentuhan Fizikal
Hasil kajian Dr. Widowo menunjukkan bahawa kebanyakkan penghidap autisme sangat sensitif terhadap cahaya, bunyi, sentuhan, rasa dan ciuman. Kebiasaannya penghidap autisme mengalami tabiat suka menjilat, menggigit, atau mencium apa sahaja barang termasuklah barang mainan mereka. Mereka akan menutup telinga apabila mereka terdengar bunyi kuat. Apabila kanak-kanak autisme ingin dimandikan mereka akan menangis apabila rambut mereka dibasahkan. Mereka juga tidak selesa jika mereka dipakaikan dengan pakaian-pakaian yang tertentu menyebabkan ibu bapa sukar untuk menguruskan pakaian mereka. Mereka amat tidak selesa dengan pelukan atau rabaan. Mereka akan cuba mengelak atau melepaskan diri daripada perbuatan tersebut.

Stress di Kalangan Guru

Stress, seperti yang diterangkan sebelum ini boleh berlaku kepada semua guru, sama ada guru sekolah rendah, menengah atau peringkat pengajian tinggi. Punca stress di kalangan guru boleh dibahagikan kepada dua kategori, iaitu punca profesional dan punca peribadi.
Punca profesional
1. Persekitaran kerja
Persekitaran kerja yang kurang kondusif boleh menjadi punca berlakunya stres di kalangan guru.  Misalnya ruang kerja yang sempit dan kelas yang tidak selesa boleh menimbulkan ketidakselesaan kepada guru. Ditambah dengan kemudahan sekolah yang tidak mencukupi untuk keperluan sendiri dan pelajar serta pelbagai isu pendidikan dalam negara.
2. Perubahan
Perubahan peningkatan populasi dalam masyarakat, peningkatan taraf hidup dan jenayah yang memberikan impak negatif dalam tingkah laku pelajar menyebabkan seseorang guru itu harus melakukan perubahan dalam kehidupan profesional dan peribadinya. Perubahan boleh menyebabkan terganggunya sistem keseimbangan dalam diri seseorang individu itu. Contohnya, banyak perubahan telah berlaku dalam mobiliti masyarakat Amerika Syarikat pada hari ini. Antaranya, penambahan golongan etnik dalam pendidikan. Pelajar dari golongan etnik ini kerang fasih atau tidak tahu langsung berbahasa Inggeris. Oleh itu, hal ini memberikan tekanan kepada guru Bahasa Inggeris untuk memenuhi kurikulum pendidikan.
Punca peribadi

1. Kesihatan – Keadaan kesihatan guru yang terjejas akibat kemalangan atau berlaku kematian dalam kalangan keluarga.
2. Perhubungan – Oleh sebab banyak perubahan dalam masyarakat pada hari ini, misalnya peningkatan kadar jenayah, guru memerlukan sokongan dan hubungan yang baik dengan ahli keluarga dan rakan-rakan. Apabila berlaku perselisihan faham maka ini boleh menyebabkan stress terhadap guru tersebut.
3. Kewangan – Gaji yang rendah berbanding dengan profesion yang lain membataskan aktiviti riadah dan taraf hidup seseorang guru.
4. Taraf hidup – Gaji yang rendah menyebabkan sukar untuk guru menikmati dan memberikan taraf hidup yang baik bagi keluarga mereka. Di samping itu, memiliki rumah sendiri juga sukar terutamanya bagi guru yang baru mengajar.
5. Aktiviti riadah – Gaji yang rendah membataskan pilihan guru melakukan aktiviti riadah bersama keluarga (Gold Yvonne dan A. Roth Robert, 1993).
Cara Mengendalikan Stress di kalangan Guru
Stress dalam kalangan guru dapat dikendalikan dengan strategi berikut:

1. Kenal pasti reaksi emosional
Apabila keperluan emosi dapat dikenal pasti maka seseorang guru boleh menangani stress dengan cara yang lebih positif. Contoh situasi, seorang guru perempuan tidak bersefahaman dengan pengetua di sekolahnya. Guru tersebut telah menangani stress dengan cara yang negatif, iaitu menengking pengetua itu. Setelah guru tersebut mengetahui keperluan emosi dalam dirinya, guru tersebut sedar bahawa tindakannya adalah kerana suatu masa dahulu ayahnya telah menggunakan pendekatan yang sama oleh pengetua itu, iaitu lagak bapa yang menghukum anaknya. Guru tersebut sedar bahawa dia inginkan pengetua itu menghargai beliau. Guru tersebut telah berhadapan dengan pengetua dan memberitahu perasaannya itu. Akhirnya, hubungan mereka berjaya dipulihkan.
2. Komitmen sosial
Apabila berhadapan dengan stress, guru memerlukan sokongan daripada orang-orang di sekelilingnya. Oleh itu, komitmen sosial amatlah penting.
3. Kehidupan fizikal
Stress menjejaskan kesihatan dari segi imunisasi tubuh. Oleh itu, seseorang guru harus tahu teknik yang berkesan untuk menangani stress terutamanya menjelang peperiksaan pelajar dan pertukaran pentadbiran di sekolah. Pengetahuan dalam senaman rutin dan pelan makanan seimbang boleh membantu guru menangani stress.
4. Intelek
Guru hendaklah bergaul dengan golongan yang memiliki tahap intelek yang serupa dengan mereka kerana aspek intelek boleh membantu guru menangani stress (Gold Yvonne dan A. Roth Robert, 1993).
                       Stress jika dibiarkan, boleh mendatangkan kesan sampingan yang tidak baik. Justeru adalah penting untuk mengubah diri individu untuk menangani stress dengan cara yang terbaik. Kenal pasti punca yang menyebabkan masalah tersebut dan ubah. Dengan mengetahui punca stress tersebut, individu bukan hanya meringankan masalah kini malah menghindarkan berulangnya masalah serupa pada masa akan datang. 
                Contohnya, jika seseorang guru kecewa dengan perbalahan dengan pelajarnya, guru tersebut mungkin menyedari bahawa punca kekecewaannya itu bukan disebabkan oleh tingkah laku pelajar tetapi harapan yang tidak realistik guru berkenaan. Dengan mengubah standard yang ingin dicapai, guru tersebut akan mendapati bahawa tingkah laku pelajar tidak lagi mengganggunya.

Saturday, July 14, 2012

10 Tips Mewujudkan Keyakinan Diri

Mari kita hayati 10 Tips Mewujudkan keyakinan diri
01.Anggapkan diri anda yang diciptakan oleh Tuhan adalah sama seperti orang lain, tiada yang kurang dan tiada juga yang lebihnya.
02.Orang lain boleh buat, kenapa anda tidak boleh buat? Pedulikan apa orang nak kata tapi yang penting pelajari apa orang lain buat terlebih dahulu sebelum kita buat.
03.Apa kekurangan/kelemahan yang ada pada diri anda dan baikinya. Jangan biarkan ia terus berkekalan tanpa ada sebarang usaha dari anda.
04.Jangan takut-takut atau teragak-agak untuk melakukan sesuatu yang positif. Berani!
05.Elakkan perasaan malu yang tidak bertempat. Ketepikan! Tonjolkan diri anda.
06.Lakukan riadah yang ringan sebelum melakukan sesuatu pekerjaan, ianya sebagai warm up dan dapat mengaktifkan diri seseorang.
07.Kemas diri dan anggapkan diri anda adalah terbaik pada hari itu. Ya saya boleh!
08.Apabila berinteraksi pandang tepat pada muka dan mata orang yang kita sedang berinteraksi dan gunakan sedikit pergerakan tangan untuk menerangkan sesuatu. Jangan terlalu kaku.
09.Apabila memulakan sesuatu tugas jangan memikirkan tentang masalah, tetapi fikirkan tentang hasilan yang akan dapat selepas tugas tersebut.
10.Sentiasa peka terhadap waktu, jangan berlengah-lengah atau bertangguh dalam melaksanakan sesuatu tugas. Masa itu emas! Setiap waktu berharga.

Tuesday, July 10, 2012

We Are Young!

Give me a second I,
I need to get my story straight
My friends are in the bathroom getting higher than the Empire State
My lover she's waiting for me just across the bar
My seat's been taken by some sunglasses asking bout a scar, and
I know I gave it to you months ago
I know you're trying to forget
But between the drinks and subtle things
The holes in my apologies, you know
I'm trying hard to take it back
So if by the time the bar closes
And you feel like falling down
I'll carry you home


Tonight
We are young
So let's set the world on fire
We can burn brighter than the sun


Tonight
We are young
So let's set the world on fire
We can burn brighter than the sun


Now I know that I'm not
All that you got
I guess that I, I just thought
Maybe we could find new ways to fall apart
But our friends are back
So let's raise a glass
'Cause I found someone to carry me home


Tonight
We are young
So let's set the world on fire
We can burn brighter than the sun


Tonight
We are young
So let's set the world on fire
We can burn brighter than the sun


Carry me home tonight
Just carry me home tonight
Carry me home tonight
Just carry me home tonight


The moon is on my side
I have no reason to run
So will someone come and carry me home tonight
The angels never arrived
But I can hear the choir
So will someone come and carry me home


Tonight
We are young
So let's set the world on fire
We can burn brighter than the sun


Tonight
We are young
So let's set the world on fire
We can burn brighter than the sun


So if by the time the bar closes
And you feel like falling down
I'll carry you home tonight 

Tuesday, May 29, 2012

Bila debaran di hati kian memBaRa.......


Perasaanku kali ini sgt takut, berdebar-debar, gelisah, dan bcampur baur.
Aku x yakin dgn diri utk mengajar subjek sejarah kat skolah. Aku x tahu mcm mana nk sesuaikn dri dan cuba blagak tenang ketika bdiri di hdpn pljr. Aku rasa seolah2 sgt bodoh dn blur.
Tak tahu mcm mana nk bcakap n terangkn pd pljr. Hatiku hnya Tuhan sj tahu. Rasa mcm ilmu itu x ckup utk aku mgajar pljr.
Aku harap pkara ni xkn bterusan krn aku akn cuba sdaya upaya utk mjd sorg guru sej yg baik n sabar. Smoga ksabaran trus stia bsamaku, dn sm0ga Tuhan jg memberkatiku dn mguatkn smangat ini, amen.

" Someone Like You "

I heard that you're settled down
That you found a girl and you're married now.
I heard that your dreams came true.
Guess she gave you things I didn't give to you.

Old friend, why are you so shy?

Ain't like you to hold back or hide from the light.

I hate to turn up out of the blue uninvited

But I couldn't stay away, I couldn't fight it.
I had hoped you'd see my face and that you'd be reminded
That for me it isn't over.

Never mind, I'll find someone like you

I wish nothing but the best for you too
Don't forget me, I beg
I remember you said,
"Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead,
Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead, "
Yeah

You know how the time flies

Only yesterday was the time of our lives
We were born and raised
In a summer haze
Bound by the surprise of our glory days

I hate to turn up out of the blue uninvited

But I couldn't stay away, I couldn't fight it.
I'd hoped you'd see my face and that you'd be reminded
That for me it isn't over.

Never mind, I'll find someone like you

I wish nothing but the best for you too
Don't forget me, I beg
I remember you said,
"Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead."
Yeah

Nothing compares

No worries or cares
Regrets and mistakes
They are memories made.
Who would have known how bittersweet this would taste?

Never mind, I'll find someone like you

I wish nothing but the best for you
Don't forget me, I beg
I remember you said,
"Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead."

Never mind, I'll find someone like you

I wish nothing but the best for you too
Don't forget me, I beg
I remember you said,
"Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead,
Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead."
Yeah

Nadai Benci by Masterpiece

Nadai benci 2x
Entah berapa kali ku nguji
Deka ngelalai ke penyinu diri
Enggai ku madah enggai ku ngeransi
Takut teperasa ke dua kali...

Udah lama tua besulu kempang nuan ninggal ke aku

Pegi nuan nadai ku temu sampai diatu
Ati sapa enda teperasa enti ditinggal pia aja
Janji manis tua suba nyau dilenka...

Nadai benci2x


Pengudah ari nuan pegi

Suah diambi mimpi nuan ditisi
Aku nemu nuan enda pulai agi
Tang dalam penyinu
Ku meruan nganti...

Taja ati ku sinu sulu nyema ti ila tua betemu

Arap nuan dara enda buai batu
Enda ibuh nuan berasai malu nadai benci dalam ati ku
Pengerindu meruan ku tuju ke nuan siku...

Monday, August 15, 2011

Latar Belakang Carl Rogers





Dilahirkan Januari 8 di Oak Park, lllinois, 1902 dan meninggal 1987. Dilahirkan dalam keluarga yang kuat berdisplin, penuh keagamaan dan bermoral tinggi. Rogers mula belajar di Universiti of Winconsin dalam bidang pertanian tetapi dua tahun kemudian bertukar kepada bidang keagamaan di Union Theological seminary di New York. Walau bagaimanapun Rogers keluar dari kumpulan keagamaan kerana mempertikaikan beberapa doktrin agama serta mempersoalkan tentang makna kehidupan. Beliau lebih memikirkan dirinya sebagai seorang ahli psikologi klinikal dan berikutnya beliau terus melanjutkan pelajaran ke Teachers College, Columbia Universiti dan mendapat Ph.D 1928. Semasa di Columbia, sudah nampak Rogers cuba mengharmonikan idea – idea yang bertentangan seperti fahaman Freudian dengan metod statistik saintifik. Kemudian fahaman keagamaan dengan fahaman saintifik, gerakhati dengan objektif dan klinikal dengan statistik.
Rogers mula bekerja sebagai pakar psikologi bertaraf Pengarah di Child Study, Department of the Society for the Prevention of Cruelty to Children, di Rochester, New York ; Profesor Psikologi Klinikal di Ohio State Universiti (1940 – 1943) ; Profesor Psikologi dan Pengarah Kaunseling di Universiti of  Chicago (1945 – 1957) ; Profesor Psikologi dan Psikiatri di Universiti of Wisconsin (1957 – 1963) ; pengarah di Western Behavioral Sciences institute (1963 – 1968) ; Pengarah di Centre for the Studies of the Person (1968 – 1987).


Teori Humanistik Mengikut Pandangan Carl Rogers

Carl Rogers adalah satu – satunya pakar yang amat mementingkan manusia sebagai manusia, dan menyangkal keras pandangan yang melihat manusia sebagai objek yang boleh dimanipulasi sama ada dari dalam atau luar. Beliau juga mementingkan perkembangan manusia yang positif dan melihat semua manusia sebagai entiti – entiti yang baik dan mulia. Semua tingkah laku mereka didorong oleh pencapaian kesempurnaan kendiri.
Ada beberapa suasana atau keadaan yang dapat membantu manusia untuk berkembang secara positif. Amir Awang (1987) mencatatkan tiga suasana tersebut, iaitu :
1.      Kejujuran, keikhlasan dan kebenaran.
2.      Penerimaan tanpa syarat dan perasaan ambil berat.
3.      Kefahaman yang mendalam.
Jikalau semua faktor ini ada pada setiap manusia, maka perkembangan diri yang positif ke arah kesempurnaan kendiri akan berjalan dengan lebih lancar.
            Dalam membentuk teori personaliti kemanusiaan, Rogers memberi tumpuan kepada individu dan kendirinya. Mengikut pendapatnya lagi, seseorang itu mempersepsikan objek serta pengalaman – pengalaman dan memberi makna kepadanya. Sistem persepsi dan pemberian makna yang berkeseluruhan ini membentuk “ruang fenomenal” individu berkenaan dan dalamnya, ada peristiwa yang disedari serta ada yang tidak disedarinya.
           

Kendiri pula adalah satu organisasi atau aturan persepsi atau gestalt yang konsisten, termasuklah sebahagian yang ada dalam ruang fenomenal serta hubungan dengan entiti lain seseorang itu yang dilihatnya sebagai “aku”, “saya” atau “diri”. Pada masa yang sama, Rogers menyatakan dalam setiap individu wujud satu konsep yang digelar sebagai diri unggul, iaitu bentuk dan konsep – kendiri yang amat diingini oleh individu berkenaan. Diri unggul mempunyai kompenan- kompenan seperti persepsi dan makna yang releven pada individu tersebut serta sesuatu yang amat bernilai pada dirinya.
            Konsep – kendiri yang disarankan oleh Rogers adalah definisi diri yang individu sendiri berikan kepada diri individu secara sedar apabila menggunakan perkataan “saya” atau “aku”. Ada beberapa fakta yang menarik berkenaan dengan konsep - kendiri Rogers, antaranya ialah :
1.      Pandangan Rogers terhadap kendiri sama seperti kefahaman umum psikologi terhadap persepsi.
2.      Kendiri mengandungi sifat configurational, gabungan – mewakili satu yang terurus dan konsisten secara keseluruhan.
3.      Kendiri tidak homunculus. Kendiri tidak berbuat apa – apa. Seseorang individu tidak mempunyai satu kendiri yang mengawasi tingkah lakunya, sebaliknya dia mempunyai satu gabungan pengalaman yang digambarkan sebagai kendiri.
4.      Gabungan pengalaman dan persepsi, dikenali sebagai kendiri, pola timbul dalam kesedaran. Jika definisi kendiri terlibat dengan ukuran yang tidak sedar, sukar dioperationaliskan untuk membut kajian.

 Walau bagaimanapun, pergerakan individu ke arah kesempurnaan kendiri tidaklah selalunya lancar seperti yang diharapkan oleh setiap individu. Dimana manusia terpaksa melalui beberapa rintangan, terutama sekali yang berkaitan dengan hal konsistensi – kendiri dan kongruens untuk mencapai matlamat. Maksud konsistensi – kendiri adalah kecenderungan organisma mengekalkan struktur dirinya iaitu kesamaan persepsi diri yang dilihat dari luar, tidak pula dari dalam seperti yang ada pada konsep – kendiri.
Manakala kongruens pula bermaksud suasana yang nyaman dan konsisten yang wujud diantara kendiri dengan pengalaman seseorang. Walau bagaimanapun, seseorang sering mengalami keadaan tak kongruens, dimana kedaaan ini berlaku apabila wujud ketidaksamaan di antara kendiri yang dipersepsikan dengan kendiri yang sebenar. Keadaan ini akan menimbulkan kebingungan, ketidakselesaan dan ketegangan dalam diri individu. Jikalau keadaan ini berpanjangan, individu akan mengalami anxieti, iaitu hasil ketidaksamaan di antara pengalaman dan persepsi kendiri. Terdapat dua cara untuk mengatasi keadaan tak kongruens :
1.      Dengan cara menafikan kewujudan pengalaman yang tidak konsisten dan cara ini akan mengekalkan konsep dan struktur - kendiri yang sedia ada pada individu berkenaan.
2.      Menggunakan kaedah pertahanan yang lebih kerap iaitu pengherotan. Pengherotan bermaksud individu akan mengherot makna pengalaman yang dirasai dan individu berkenaan akan hanya membenarkan sesuatu pengalaman yang konsisten dan tidak bercanggah dengan konsep – kendiri, iaitu ke dalam kesedaran.

Pada masa yang sama, manusia juga memerlukan perhatian yang positif, iaitu keperluan disayangi, disukai, dihormati, disanjung, diterima dan dikasihi oleh orang lain. Namun, manusia tidak sentiasa mendapat perhatian yang positif yang amat diperlukan.
Oleh itu, Rogers menekankan kepentingan kongruens antara diri yang dipersepsi dengan diri yang dialami supaya seseorang dapat berkembang ke arah kesempurnaan kendiri. Ini bermakna individu harus menerima diri dan pengalamannya dan menjadikan diri berfungsi sepenuhnya bagi mencapai kesempurnaan kendiri yang diidamkan.

Wednesday, August 3, 2011

Life as a School CounseLor :D

                                                            with Felicia...





                                                                looks fatigue... hehe


                                                           with my facilitator...


                                                            with lovely students! 


Tuesday, July 5, 2011

Lagu Pembakar Semangatku Utk teruskan Perjuangan!!

Bunkface
Revolusi lyrics

Aku keliru
Menjadi buntu
Arah yang ingin ku tuju
Rasa resahku kian celaru
Dengan ilham ku tempuh

Aku cuma mahukan
Bayangan resah ku akan hilang
Tapi keadaan memaksa
Menghadapi semua

Inikah revolusi
Atau hanya ilusi
Bagaikan mimpi jadi realiti
Rasional diriku, rasional dirimu
Penentu masa, masa depanku

Adakah masa menjadi punca
Diriku dalam dilema
Pernahkah anjakan paradikma
Susuli ku terima
[ Lyrics from: http://www.lyricsmode.com/lyrics/b/bunkface/revolusi.html ]
Aku cuma mahukan
Bayangan resahku akan hilang
Tapi keadaan memaksa
Menghadapi semua
Inikah revolusi
Atau hanya ilusi
Bagaikan mimpi jadi realiti
Rasional diriku, rasional dirimu
Penentu masa, masa depanku

Revolusi, (revolusi), Revolusi, (revolusi), Revolusi, (revolusi)

Inikah resvolusi
Atau hanya ilusi
Bagaikan mimpi jadi realiti
Rasional diriku, rasional dirimu
Penentu masa, masa depanku

Inikah revolusi,
Atau hanya ilusi bagaikan mimpi jadi realiti
Rasional diriku, rasional dirimu,
Penentu masa, masa depanku

ToDays feeling....... :(

BILA HATI TERGURIS...iniLah jaDinya!

Hari ni, aku agak emosi sikit la dgn sebilangan orang kat sini. Tak tau nak cakap apa, seolah-olah bahawa aku ni  bagaikan pembawa masalah hanya kerana perkara kecil shj. Aku memang cukup x suka dengan orang yang bersikap optimis & racist kat sini. Kesian aku tgk budak2 tempatan yang seolah-olah di anak tirikan. Biarlah mereka nak cakap aku ni apa, asalkan aku tolong bebudak aku dengan ikhlas. Kalau budak yang sama bangsa dengan mereka memang mereka x kisah langsung, marah pun tidak. Tp bila bebudak aku mula nak cari & berbual dgn aku, mula lah mereka buat pelbagai peraturan!! Kenapa tidak dari dulu buat itu peraturan? Kenapa mesti nak tunggu aku sampai ke sini sekarang baru sibuk nak buat undang-undang baru? Aku tahu lah aku ni sapa...aku masih sedar diri lagi lah! Nasib baik menjadi seorang kaunselor banyak mengajar aku erti kesabaran... kalau ikutkan hati, memang aku nak bersuara membela diri, tp apakan daya. Aku hanya sementara disini. Biarlah...ada ku kesah, sukati kamu orang lah nak buat apa. Salah kah bebudak cari aku untuk berbual sekejap, mungkin apa yang budak tu nak ceritakan adalah luahan masalah mereka... nama saja ada graduate degree & master IPTA tp 1 apa pun tak tahu. Itulah, memang susah bekerja dgn orang yg racist ni..lebih2 lg org yang pentingkan pangkat dan nama daripada kualiti sbg seorg kaunselor yg seharusnya memahami permasalahan kliennya melebihi dirinya sendiri. memang betul kata org, manusia ni adalah pelakon terhebat di pentas opera ciptaan Tuhan yg maha esa. Fuhh... 

Tuesday, June 21, 2011

Today's Inspiration

You can offer guidance to a soul that is lost, but you cannot choose their path. Never let another person determine your self worth.You make your own happiness!
You may not be able to control every situation and its outcome ;; but you can control your attitude and how you deal with it. When situations in life bring you down and your goals feel like they can't be reached. Just remember, good support and patience, Will be your greatest reward. 
Never take for granted the people who love you. Always show them just how much they mean to you. Because, one day, it may be too late.

Wednesday, May 18, 2011

Playful Kiss @ Mischievous Kiss

The Best Romantic Comedy Korean Drama's!!
        -Baek Seung Jo Loves Oh Ha Ni-










Wednesday, May 11, 2011

My Final Exam for final year!

Mission Accomplish!! Finally, my exam for this semester 8 was done.. It was my last final exam because after this, I will going for my practical as a school counselor! What?! A school counselor? oh my gosh....! 
I don't ever thought 'bout it before this. Anyway, I hope that everything gonna be alright because I know, I can do it. This is my dreams, this is my future.. yeah, fighting!! 
Hrrmm.... that will be worst & a little bit scare for me being a school counselor, but I have to accept this as a part of my life, oh my......... U can do it Kris!!

Tuesday, March 22, 2011

Asmara 2 kembaLi dengan seribu satu persoalan..

Sebuah karya novelis terkenal, Sharifah Abu Salem..


Cinta yang tak terLuahkan oleh 2 insan..Asmara & Zaliya.


ENAM bulan selepas kematian Zaliya. Asmara menjadi pemurung dan terasa kehilangan yang amat sangat. Asmara amat terkilan kerana dia tidak sempat bertemu Zaliya pada saat-saat akhir Zaliya kerana berada di kampung. Sahlan dikatakan mahu pengkebumian Zaliya dilakukan segera. Ketika tergesa-gesa pulang ke Kuala Lumpur, motorsikal Asmara rosak di tengah jalan. dalam masa sama Asmara terpaksa mengambil masa mencari teksi. Asmara sampai ketika jenazah Zaliya sudah dikebumikan. Asmara hanya mengurung diri di rumah Nek Mah di kampung. Dia seolah-olah hidup dalam bayangan Zaliya. Nek Mah mulai bising-bising kerana Asmara hilang semangat untuk hidup. Nek Mah mahu Asmara memikirkan masa depan Adam yang ada dalam jagaan mereka.


Zaliya menyesal kerana tidak menyambut cinta Asmara, namun dia redha dengan ketentuan Tuhan apabila Melati akhirnya mengahwini Asmara..


Meh tengok scene scene yang menarik lagi romantik..

"Cintaku tiada henti buatmu.." Asmara luv Zaliya

One Words

life is only therapy just let me shop second best thing

My Days

Daisypath Anniversary tickers

My Anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Last but not Least

cat flower