CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, May 29, 2012

Bila debaran di hati kian memBaRa.......


Perasaanku kali ini sgt takut, berdebar-debar, gelisah, dan bcampur baur.
Aku x yakin dgn diri utk mengajar subjek sejarah kat skolah. Aku x tahu mcm mana nk sesuaikn dri dan cuba blagak tenang ketika bdiri di hdpn pljr. Aku rasa seolah2 sgt bodoh dn blur.
Tak tahu mcm mana nk bcakap n terangkn pd pljr. Hatiku hnya Tuhan sj tahu. Rasa mcm ilmu itu x ckup utk aku mgajar pljr.
Aku harap pkara ni xkn bterusan krn aku akn cuba sdaya upaya utk mjd sorg guru sej yg baik n sabar. Smoga ksabaran trus stia bsamaku, dn sm0ga Tuhan jg memberkatiku dn mguatkn smangat ini, amen.

" Someone Like You "

I heard that you're settled down
That you found a girl and you're married now.
I heard that your dreams came true.
Guess she gave you things I didn't give to you.

Old friend, why are you so shy?

Ain't like you to hold back or hide from the light.

I hate to turn up out of the blue uninvited

But I couldn't stay away, I couldn't fight it.
I had hoped you'd see my face and that you'd be reminded
That for me it isn't over.

Never mind, I'll find someone like you

I wish nothing but the best for you too
Don't forget me, I beg
I remember you said,
"Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead,
Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead, "
Yeah

You know how the time flies

Only yesterday was the time of our lives
We were born and raised
In a summer haze
Bound by the surprise of our glory days

I hate to turn up out of the blue uninvited

But I couldn't stay away, I couldn't fight it.
I'd hoped you'd see my face and that you'd be reminded
That for me it isn't over.

Never mind, I'll find someone like you

I wish nothing but the best for you too
Don't forget me, I beg
I remember you said,
"Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead."
Yeah

Nothing compares

No worries or cares
Regrets and mistakes
They are memories made.
Who would have known how bittersweet this would taste?

Never mind, I'll find someone like you

I wish nothing but the best for you
Don't forget me, I beg
I remember you said,
"Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead."

Never mind, I'll find someone like you

I wish nothing but the best for you too
Don't forget me, I beg
I remember you said,
"Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead,
Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead."
Yeah

Nadai Benci by Masterpiece

Nadai benci 2x
Entah berapa kali ku nguji
Deka ngelalai ke penyinu diri
Enggai ku madah enggai ku ngeransi
Takut teperasa ke dua kali...

Udah lama tua besulu kempang nuan ninggal ke aku

Pegi nuan nadai ku temu sampai diatu
Ati sapa enda teperasa enti ditinggal pia aja
Janji manis tua suba nyau dilenka...

Nadai benci2x


Pengudah ari nuan pegi

Suah diambi mimpi nuan ditisi
Aku nemu nuan enda pulai agi
Tang dalam penyinu
Ku meruan nganti...

Taja ati ku sinu sulu nyema ti ila tua betemu

Arap nuan dara enda buai batu
Enda ibuh nuan berasai malu nadai benci dalam ati ku
Pengerindu meruan ku tuju ke nuan siku...

Monday, August 15, 2011

Latar Belakang Carl Rogers





Dilahirkan Januari 8 di Oak Park, lllinois, 1902 dan meninggal 1987. Dilahirkan dalam keluarga yang kuat berdisplin, penuh keagamaan dan bermoral tinggi. Rogers mula belajar di Universiti of Winconsin dalam bidang pertanian tetapi dua tahun kemudian bertukar kepada bidang keagamaan di Union Theological seminary di New York. Walau bagaimanapun Rogers keluar dari kumpulan keagamaan kerana mempertikaikan beberapa doktrin agama serta mempersoalkan tentang makna kehidupan. Beliau lebih memikirkan dirinya sebagai seorang ahli psikologi klinikal dan berikutnya beliau terus melanjutkan pelajaran ke Teachers College, Columbia Universiti dan mendapat Ph.D 1928. Semasa di Columbia, sudah nampak Rogers cuba mengharmonikan idea – idea yang bertentangan seperti fahaman Freudian dengan metod statistik saintifik. Kemudian fahaman keagamaan dengan fahaman saintifik, gerakhati dengan objektif dan klinikal dengan statistik.
Rogers mula bekerja sebagai pakar psikologi bertaraf Pengarah di Child Study, Department of the Society for the Prevention of Cruelty to Children, di Rochester, New York ; Profesor Psikologi Klinikal di Ohio State Universiti (1940 – 1943) ; Profesor Psikologi dan Pengarah Kaunseling di Universiti of  Chicago (1945 – 1957) ; Profesor Psikologi dan Psikiatri di Universiti of Wisconsin (1957 – 1963) ; pengarah di Western Behavioral Sciences institute (1963 – 1968) ; Pengarah di Centre for the Studies of the Person (1968 – 1987).


Teori Humanistik Mengikut Pandangan Carl Rogers

Carl Rogers adalah satu – satunya pakar yang amat mementingkan manusia sebagai manusia, dan menyangkal keras pandangan yang melihat manusia sebagai objek yang boleh dimanipulasi sama ada dari dalam atau luar. Beliau juga mementingkan perkembangan manusia yang positif dan melihat semua manusia sebagai entiti – entiti yang baik dan mulia. Semua tingkah laku mereka didorong oleh pencapaian kesempurnaan kendiri.
Ada beberapa suasana atau keadaan yang dapat membantu manusia untuk berkembang secara positif. Amir Awang (1987) mencatatkan tiga suasana tersebut, iaitu :
1.      Kejujuran, keikhlasan dan kebenaran.
2.      Penerimaan tanpa syarat dan perasaan ambil berat.
3.      Kefahaman yang mendalam.
Jikalau semua faktor ini ada pada setiap manusia, maka perkembangan diri yang positif ke arah kesempurnaan kendiri akan berjalan dengan lebih lancar.
            Dalam membentuk teori personaliti kemanusiaan, Rogers memberi tumpuan kepada individu dan kendirinya. Mengikut pendapatnya lagi, seseorang itu mempersepsikan objek serta pengalaman – pengalaman dan memberi makna kepadanya. Sistem persepsi dan pemberian makna yang berkeseluruhan ini membentuk “ruang fenomenal” individu berkenaan dan dalamnya, ada peristiwa yang disedari serta ada yang tidak disedarinya.
           

Kendiri pula adalah satu organisasi atau aturan persepsi atau gestalt yang konsisten, termasuklah sebahagian yang ada dalam ruang fenomenal serta hubungan dengan entiti lain seseorang itu yang dilihatnya sebagai “aku”, “saya” atau “diri”. Pada masa yang sama, Rogers menyatakan dalam setiap individu wujud satu konsep yang digelar sebagai diri unggul, iaitu bentuk dan konsep – kendiri yang amat diingini oleh individu berkenaan. Diri unggul mempunyai kompenan- kompenan seperti persepsi dan makna yang releven pada individu tersebut serta sesuatu yang amat bernilai pada dirinya.
            Konsep – kendiri yang disarankan oleh Rogers adalah definisi diri yang individu sendiri berikan kepada diri individu secara sedar apabila menggunakan perkataan “saya” atau “aku”. Ada beberapa fakta yang menarik berkenaan dengan konsep - kendiri Rogers, antaranya ialah :
1.      Pandangan Rogers terhadap kendiri sama seperti kefahaman umum psikologi terhadap persepsi.
2.      Kendiri mengandungi sifat configurational, gabungan – mewakili satu yang terurus dan konsisten secara keseluruhan.
3.      Kendiri tidak homunculus. Kendiri tidak berbuat apa – apa. Seseorang individu tidak mempunyai satu kendiri yang mengawasi tingkah lakunya, sebaliknya dia mempunyai satu gabungan pengalaman yang digambarkan sebagai kendiri.
4.      Gabungan pengalaman dan persepsi, dikenali sebagai kendiri, pola timbul dalam kesedaran. Jika definisi kendiri terlibat dengan ukuran yang tidak sedar, sukar dioperationaliskan untuk membut kajian.

 Walau bagaimanapun, pergerakan individu ke arah kesempurnaan kendiri tidaklah selalunya lancar seperti yang diharapkan oleh setiap individu. Dimana manusia terpaksa melalui beberapa rintangan, terutama sekali yang berkaitan dengan hal konsistensi – kendiri dan kongruens untuk mencapai matlamat. Maksud konsistensi – kendiri adalah kecenderungan organisma mengekalkan struktur dirinya iaitu kesamaan persepsi diri yang dilihat dari luar, tidak pula dari dalam seperti yang ada pada konsep – kendiri.
Manakala kongruens pula bermaksud suasana yang nyaman dan konsisten yang wujud diantara kendiri dengan pengalaman seseorang. Walau bagaimanapun, seseorang sering mengalami keadaan tak kongruens, dimana kedaaan ini berlaku apabila wujud ketidaksamaan di antara kendiri yang dipersepsikan dengan kendiri yang sebenar. Keadaan ini akan menimbulkan kebingungan, ketidakselesaan dan ketegangan dalam diri individu. Jikalau keadaan ini berpanjangan, individu akan mengalami anxieti, iaitu hasil ketidaksamaan di antara pengalaman dan persepsi kendiri. Terdapat dua cara untuk mengatasi keadaan tak kongruens :
1.      Dengan cara menafikan kewujudan pengalaman yang tidak konsisten dan cara ini akan mengekalkan konsep dan struktur - kendiri yang sedia ada pada individu berkenaan.
2.      Menggunakan kaedah pertahanan yang lebih kerap iaitu pengherotan. Pengherotan bermaksud individu akan mengherot makna pengalaman yang dirasai dan individu berkenaan akan hanya membenarkan sesuatu pengalaman yang konsisten dan tidak bercanggah dengan konsep – kendiri, iaitu ke dalam kesedaran.

Pada masa yang sama, manusia juga memerlukan perhatian yang positif, iaitu keperluan disayangi, disukai, dihormati, disanjung, diterima dan dikasihi oleh orang lain. Namun, manusia tidak sentiasa mendapat perhatian yang positif yang amat diperlukan.
Oleh itu, Rogers menekankan kepentingan kongruens antara diri yang dipersepsi dengan diri yang dialami supaya seseorang dapat berkembang ke arah kesempurnaan kendiri. Ini bermakna individu harus menerima diri dan pengalamannya dan menjadikan diri berfungsi sepenuhnya bagi mencapai kesempurnaan kendiri yang diidamkan.

Wednesday, August 3, 2011

Life as a School CounseLor :D

                                                            with Felicia...





                                                                looks fatigue... hehe


                                                           with my facilitator...


                                                            with lovely students! 


Tuesday, July 5, 2011

Lagu Pembakar Semangatku Utk teruskan Perjuangan!!

Bunkface
Revolusi lyrics

Aku keliru
Menjadi buntu
Arah yang ingin ku tuju
Rasa resahku kian celaru
Dengan ilham ku tempuh

Aku cuma mahukan
Bayangan resah ku akan hilang
Tapi keadaan memaksa
Menghadapi semua

Inikah revolusi
Atau hanya ilusi
Bagaikan mimpi jadi realiti
Rasional diriku, rasional dirimu
Penentu masa, masa depanku

Adakah masa menjadi punca
Diriku dalam dilema
Pernahkah anjakan paradikma
Susuli ku terima
[ Lyrics from: http://www.lyricsmode.com/lyrics/b/bunkface/revolusi.html ]
Aku cuma mahukan
Bayangan resahku akan hilang
Tapi keadaan memaksa
Menghadapi semua
Inikah revolusi
Atau hanya ilusi
Bagaikan mimpi jadi realiti
Rasional diriku, rasional dirimu
Penentu masa, masa depanku

Revolusi, (revolusi), Revolusi, (revolusi), Revolusi, (revolusi)

Inikah resvolusi
Atau hanya ilusi
Bagaikan mimpi jadi realiti
Rasional diriku, rasional dirimu
Penentu masa, masa depanku

Inikah revolusi,
Atau hanya ilusi bagaikan mimpi jadi realiti
Rasional diriku, rasional dirimu,
Penentu masa, masa depanku

ToDays feeling....... :(

BILA HATI TERGURIS...iniLah jaDinya!

Hari ni, aku agak emosi sikit la dgn sebilangan orang kat sini. Tak tau nak cakap apa, seolah-olah bahawa aku ni  bagaikan pembawa masalah hanya kerana perkara kecil shj. Aku memang cukup x suka dengan orang yang bersikap optimis & racist kat sini. Kesian aku tgk budak2 tempatan yang seolah-olah di anak tirikan. Biarlah mereka nak cakap aku ni apa, asalkan aku tolong bebudak aku dengan ikhlas. Kalau budak yang sama bangsa dengan mereka memang mereka x kisah langsung, marah pun tidak. Tp bila bebudak aku mula nak cari & berbual dgn aku, mula lah mereka buat pelbagai peraturan!! Kenapa tidak dari dulu buat itu peraturan? Kenapa mesti nak tunggu aku sampai ke sini sekarang baru sibuk nak buat undang-undang baru? Aku tahu lah aku ni sapa...aku masih sedar diri lagi lah! Nasib baik menjadi seorang kaunselor banyak mengajar aku erti kesabaran... kalau ikutkan hati, memang aku nak bersuara membela diri, tp apakan daya. Aku hanya sementara disini. Biarlah...ada ku kesah, sukati kamu orang lah nak buat apa. Salah kah bebudak cari aku untuk berbual sekejap, mungkin apa yang budak tu nak ceritakan adalah luahan masalah mereka... nama saja ada graduate degree & master IPTA tp 1 apa pun tak tahu. Itulah, memang susah bekerja dgn orang yg racist ni..lebih2 lg org yang pentingkan pangkat dan nama daripada kualiti sbg seorg kaunselor yg seharusnya memahami permasalahan kliennya melebihi dirinya sendiri. memang betul kata org, manusia ni adalah pelakon terhebat di pentas opera ciptaan Tuhan yg maha esa. Fuhh... 

Tuesday, June 21, 2011

Today's Inspiration

You can offer guidance to a soul that is lost, but you cannot choose their path. Never let another person determine your self worth.You make your own happiness!
You may not be able to control every situation and its outcome ;; but you can control your attitude and how you deal with it. When situations in life bring you down and your goals feel like they can't be reached. Just remember, good support and patience, Will be your greatest reward. 
Never take for granted the people who love you. Always show them just how much they mean to you. Because, one day, it may be too late.

Wednesday, May 18, 2011

Playful Kiss @ Mischievous Kiss

The Best Romantic Comedy Korean Drama's!!
        -Baek Seung Jo Loves Oh Ha Ni-










Wednesday, May 11, 2011

My Final Exam for final year!

Mission Accomplish!! Finally, my exam for this semester 8 was done.. It was my last final exam because after this, I will going for my practical as a school counselor! What?! A school counselor? oh my gosh....! 
I don't ever thought 'bout it before this. Anyway, I hope that everything gonna be alright because I know, I can do it. This is my dreams, this is my future.. yeah, fighting!! 
Hrrmm.... that will be worst & a little bit scare for me being a school counselor, but I have to accept this as a part of my life, oh my......... U can do it Kris!!

Tuesday, March 22, 2011

Asmara 2 kembaLi dengan seribu satu persoalan..

Sebuah karya novelis terkenal, Sharifah Abu Salem..


Cinta yang tak terLuahkan oleh 2 insan..Asmara & Zaliya.


ENAM bulan selepas kematian Zaliya. Asmara menjadi pemurung dan terasa kehilangan yang amat sangat. Asmara amat terkilan kerana dia tidak sempat bertemu Zaliya pada saat-saat akhir Zaliya kerana berada di kampung. Sahlan dikatakan mahu pengkebumian Zaliya dilakukan segera. Ketika tergesa-gesa pulang ke Kuala Lumpur, motorsikal Asmara rosak di tengah jalan. dalam masa sama Asmara terpaksa mengambil masa mencari teksi. Asmara sampai ketika jenazah Zaliya sudah dikebumikan. Asmara hanya mengurung diri di rumah Nek Mah di kampung. Dia seolah-olah hidup dalam bayangan Zaliya. Nek Mah mulai bising-bising kerana Asmara hilang semangat untuk hidup. Nek Mah mahu Asmara memikirkan masa depan Adam yang ada dalam jagaan mereka.


Zaliya menyesal kerana tidak menyambut cinta Asmara, namun dia redha dengan ketentuan Tuhan apabila Melati akhirnya mengahwini Asmara..


Meh tengok scene scene yang menarik lagi romantik..

"Cintaku tiada henti buatmu.." Asmara luv Zaliya

Wednesday, November 10, 2010

Cabar Diri Untuk Berjaya

Oleh: Dr. Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad, Ph.D  Artikel ini telah dikeluarkan dalam Majalah Cermin, Disember 2003





Kejayaan bukanlah suatu misteri yang tidak terungkap. Malah sekiranya seseorang itu telah melakukan sesuatu perkara maka orang lain pasti mampu melakukannya juga. Kita mungkin tidak bercita-cita terlalu tinggi seperti Datuk Azhar Mansor yang berlayar di lautan luas seorang diri; atau seperti Datuk Abdul Malek yang berenang merentasi Selat Inggeris; atau seperti Shalin Zulkifli yang menjadi ratu bowling negara; atau seperti Yap Sui Lin yang mendapat 16A dalam SPMnya. 

Tetapi janganlah pula sekadar selesa dengan pencapaian yang biasa hingga tiada apa yang boleh dibanggakan oleh kita atau yang boleh diceritakan kepada anak cucu kita nanti. Sekurang-kurangnya, kalau kita sebagai pekerja maka berusahalah untuk menjadi pekerja yang cemerlang hingga menerima anugerah dari majikan. Kalau kita seorang usahawan binalah empayar perniagaan kita yang mampu diwarisi oleh anak cucu. Kalau kita sebagai seorang pelajar belajarlah dan berusahalah hingga sampai ke peringkat yang tertinggi.

Kejayaan bolehlah ditakrifkan sebagai pencapaian seseorang menepati matlamat atau sasaran yang telah ditetapkan olehnya. Oleh itu kejayaan adalah suatu bentuk yang subjektif dan relatif dengan individu itu sendiri. Bagi seseorang usahawan, memperolehi pendapatan RM10,000 sebulan itu adalah menepati sasaran awalnya dan baginya ia adalah satu kejayaan. Tetapi RM10,000 ini mungkin suatu kegagalan bagi usahawan yang pada kebiasaannya mampu menjana pendapatan RM50,000 sebulan. Apabila kita tiba ke matlamat yang telah ditetapkan kita mula rasa selesa. Setelah beberapa ketika kita rasa tiada apa lagi yang mencabar di tahap tersebut. Kalau kita terus berada dalam zon selesa itu maka lambat laun kita akan gagal kerana orang lain sudah semakin maju. Oleh itu perlu bagi kita setelah mencapai satu sasaran, kemudiannya mencabar diri untuk maju ketahap yang seterusnya pula. Berikut adalah beberapa langkah yang boleh diambil untuk cabar diri bagi terus maju dalam kehidupan.

1. Letakkan Sasaran Yang Tinggi

Apabila satu matlamat dicapai maka teruslah menetapkan matlamat baru yang lebih tinggi lagi. Misalnya, dulunya sebagai seorang pelajar kita sering dapat nombor yang tercorot dalam kelas maka letaklah matlamat untuk meletakkan nama kita dalam 10 pelajar terbaik. Cabar diri untuk berusaha bersungguh-sungguh mencapai sasaran itu. Kalau satu hari kita berjaya merealisasikannya, maka mula letakkan sasaran baru untuk jadi pelajar nombor 1 pula. Kalau kita seorang usahawan maka letakkan sasaran untuk mengembangkan perniagaan kita ke seluruh pelusuk negeri bukan sekadar berniaga setempat sahaja. Kalau sasaran itu dicapai, cabar diri dengan sasaran baru untuk mengembangkan perniagaan ke seluruh negara dan tidak mustahil selepas itu sampai ke peringkat antarabangsa pula. Sasaran yang tinggi ini sentiasa membuatkan kita memandang ke depan. Hasilnya, tanpa kita sedari kita semakin hari semakin maju dalam bidang yang kita ceburi tersebut.
 



2. Cemburu Dengan Kejayaan Orang Lain

Lihat mereka yang lebih berjaya dari kita. Kalau orang lain boleh kita juga boleh. Untuk maju kita mesti cemburu dengan kejayaan orang lain dan cabar diri kita untuk berusaha lebih dari orang lain. Kalau kita tidak tahu bagaimana mahu melakukannya maka belajarlah dari mereka yang telah berjaya. Buka mulut dan bertanya. Jangan sekadar berdiam diri kerana tiada apa yang berlaku kalau kita tidak bertindak. Baca kisah-kisah kejayaan orang lain, hayati bagaimana mereka menghadapi cabaran dan menyusuri liku-liku kepayahan sebelum nama mereka tersohor. Sikap cemburu dengan kejayaan orang lain ini mestilah ditanam untuk membentuk suatu persaingan yang sihat bukannya cemburu yang membawa kepada sifat dengki dan irihati yang membuatkan kita mengambil langkah-langkah buruk menjatuhkan saingan kita.
 

Perasaan cemburu ini patut terbit lebih-lebih lagi apabila mereka yang lebih lemah, lebih muda, dan kurang upaya dari kita mampu mencapai satu pencapaian yang luar biasa.

Saudara Abdul Halim, seorang yang kudung kaki dan tangannya tetapi boleh belajar masuk universiti, keluar sebagai akauntan, buka syarikat sendiri dan pernah terima anugerah daripada PM Malaysia. Tak cemburukah kita?
 



3. Elakkan Dari Sikap Cepat Puashati

Sikap cepat berpuashati adalah penyakit yang menghalang diri kita untuk terus berjaya. Apabila kita sudah meraih pendapatan RM10,000 sebulan kita mula rasa selesa dan kita berkata, “Aku ni kira oklah, berapa kerat sangat orang yang meraih pendapatan lima angka sebulan. Sekurang-kurangnya dah ada rumah sendiri berapa ramai lagi orang yang tidak mampu beli rumah. Kira ok lah aku ni… ”. Sikap puashati beginilah yang membuatkan kita berhenti untuk berusaha dan mencipta kejayaan yang lebih besar lagi. Kenapa tidak kita ambil contoh orang yang lebih berjaya dari kita? Kenapa sering membandingkan diri dengan orang yang lemah dan kurang dari kita? Bandinglah dengan mereka yang lebih berjaya, yang memiliki bangunan sendiri, yang menjadi jutawan, yang berkereta mewah, yang memiliki rumah-rumah untuk disewakan dan sebagainya maka barulah tercabar bahawa kita belum lagi OK! Jadi, usah lagi berpuashati dengan pencapaian kita kerana setiap kali kita berjaya maka kita pasti boleh pergi lebih jauh lagi.
 


4. Soal Diri Dengan Soalan Positif

Untuk berjaya, soal diri dengan soalan-soalan yang positif. Misalnya, soalan-soalan seperti berikut hanya membawa diri kita untuk merasa lemah dan tidak berdaya:

Kenapalah aku gagal?
Mengapa nasib aku sentiasa malang?
Kenapalah orang semua tak suka aku?
Apalah nak jadi dengan aku ni?

Sebaliknya soalan-soalan berikut pula akan membuatkan kita berfikir, mencabar diri dan membolehkan kita mengumpul kekuatan untuk atasi setiap halangan.

Apa yang belum aku lakukan lagi?
Bagaimana aku nak tingkatkan 20% lagi pendapatan aku bulan depan?
Apakah kelebihan diri aku yang belum aku bongkar lagi?
Dimana aku nak dapatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk maju dalam bidang ini?
Siapa yang boleh bantu aku?

Jadi kita tidak berjaya kerana bertanyakan soalan yang salah kepada diri kita. Oleh itu berhati-hatilah dengan suara hati. Nilai betul-betul soalan yang kita tanyakan pada hati kita adakah ia akan mencabar kita untuk terus maju atau hanya melemahkan kita.
 



5. Tingkatkan ‘Standard’ Anda

Untuk berjaya kita kena cabar diri untuk tingkatkan ‘standard’ kita. Misalnya, kita berkata pada diri kita bahawa tidak ‘standard’lah untuk selama-lamanya jadi kerani, 5 tahun dari sekarang mesti nak jadi pengurus pula. Tidak ‘standard’ lah untuk selama-lamanya bekerja dengan orang, 10 tahun dari sekarang mesti jadi bos pula. Tidak ‘standard’ lah selama-lamanya dapat markah ‘C’, 3 bulan dari sekarang aku mesti dapat ‘A’ pula. Tidak ‘standard’ lah asyik bawa kereta Jepun aje, 5 tahun dari sekarang aku mesti nak bawa kereta Jerman pula. Tidak ‘standard’ lah untuk berumah teres sahaja, 10 tahun dari sekarang aku mesti nak ada rumah banglo pula.
 

Tujuannya bukan untuk menunjuk-nunjuk atau untuk takbur tetapi untuk membuatkan kita mahu berusaha lebih gigih lagi demi memenuhi tuntutan hidup kita yang mengikut ‘standard’ baru itu. Lagi pula kita tidak melafazkan kata-kata itu kepada orang lain tetapi kita tujukan kata-kata tersebut hanya kepada diri sendiri sebagai satu bentuk cabaran.

Perlu diingatkan bahawa kita hanya boleh hidup dalam ‘standard’ yang lebih tinggi hanya setelah kita berjaya merealisasikan pendapatan yang mampu menampung ‘standard’ tersebut. Jangan pula menjadi orang yang papa asal bergaya.

Malah setiap agama tidak menghalang umatnya untuk hidup selesa apabila punya kemampuan. Asal sahaja keselesaan itu tidak menghalang kita untuk terus menjadikan hidup ini sebagai suatu ibadah yang mengningkatkan lagi keimanan dan ketaqwaan kita. Oleh itu, teruslah cabar diri untuk berjaya dalam hidup kita.

" be the best among the best! "

 

Thursday, October 28, 2010

LOVE is never end...

......♥#########♥
…..♥#############♥
…♥###############♥
..♥#################♥………………♥###♥...
..♥##################♥……….♥#########♥...
….♥#################♥…♥#############♥
…….♥################♥♥###############♥
…....♥################♥###############♥
………..♥###############################♥
…………..♥############################♥
…………….♥#########################♥
………………♥######################♥
………………..♥###################♥
………………….♥#################♥
……………………♥##############♥
………………………♥###########♥
………………………..♥#########♥
………………………….♥#######♥
……………………………♥#####♥
……………………………..♥###♥
……………………………….♥#♥
…………………………………♥
…………………………………♥
……………………………….♥
……………………………..♥
……………………………♥
…………………………♥
……………………….♥
…………………….♥
………………….♥
………………♥
………….♥
………♥
……♥
…..♥
……♥………………….♥…♥
……….♥………….♥…………♥
…………..♥…..♥………………♥
……………….♥………………..♥
…………….♥……♥…………..♥
…………..♥………….♥….♥
………….♥
………..♥
……….♥
………♥
………♥
……….♥
…………..♥
……………….♥
……………………..♥

One Words

life is only therapy just let me shop second best thing

My Days

Daisypath Anniversary tickers

My Anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Last but not Least

cat flower