CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, October 25, 2010

10 'JANGAN' dalam perhubungan cinta

Oleh : Krisabelle Nelly

Bukan mudah untuk menjaga menjaga sesuatu perhubungan jika cinta tidak dibaja dan dipupuk betul-betul. Oleh itu, sentiasa elakkan diri dari melakukan sesuatu yang merenggangkan rasa cinta di hati masing-masing. 

1. JANGAN membandingkan si dia dengan jejaka atau gadis lain terutamanya bekas kekasih kamu.
Jangan sesekali cuba membandingkan si dia dengan orang lain terutamanya dengan  bekas kekasihmu. Mungkin dia tidaklah sehebat yang ‘lama’, namun perbandingan ini akan membuatkan dirinya merasa rendah diri dan tercabar. Jadi, terimalah si dia seadanya kerana dia mungkin mempunyai kelebihannya tersendiri.


2. JANGAN sesekali berbohong ataupun menyimpan rahsia
Sifat jujur amat dititikberatkan dalam sesuatu perhubungan. Oleh itu, jangan sesekali cuba berbohong atau berahsia dengan pasangan anda dalam apa hal sekalipun. Jika sekali anda berbohong, kepercayaan antara satu sama lain akan pudar. Sikap curiga pula akan menghantui diri dan memburukkan perhubungan anda. Maka, amalkan sikap terbuka dan berterus-terang sesama anda. Ingat, “Honest hearts produce honest actions.”


3. JANGAN lupa hari penting dalam hidupnya.
Jangan jadikan sikap pelupa dan tidak endahmu dalam mengingati hari-hari istimewa si dia memudarkan rencah perhubunganmu. Rasanya tidak sukar untuk anda mengingati setiap tarikh-tarikh penting itu. Hanya bulatkan di kalendar atau membuar ‘reminder’ di handphone anda, kan? Mungkin ramai lelaki yang tidak ambil kisah, namun sekadar sekeping kad ucapan atau kiriman bunga pasti menguntum senyum di bibirnya. 


4. JANGAN memperbesarkan masalah ataupun memanjangkan pertengkaran.Andainya timbul perselisihan atau pertengkaran dalam perhubungan, tidak salah jika anda beralah. Selesaikan ketidaksefahaman ini dengan tenang dari hati ke hati. Jika si dia masih ‘panas’, tunggu masa yang sesuai untuk berbincang dan menyelesaikan masalah ini agar perhubungan tidak tergugat. 

5.
 JANGAN cuba untuk mengongkong atau menyimpan perasaan cemburu .
Sikap cemburu yang membabi-buta kadang-kala akan menghancurkan sesuatu ikatan. Siapa kata ‘cemburu’ tidak perlu, tetapi biarlah berpada! Usahlah terlampau cemburu sehingga mengongkong dirinya yang akan membuatkan si dia sakit hati dan bosan.

6.
 JANGAN berpura-pura tidak mempercayainya ataupun menguji setebal mana cinta si dia terhadap kamu
Usahlah keterlaluan dalam menguji cintanya terhadap dirimu. Tak salah jika anda ingin menguji kesetiaannya atau kedalaman cintanya terhadapmu, namun sikap ini mungkin memakan diri. Si dia mungkin sukar menerima jika kamu langsung tidak mempercayainya.

7.
 JANGAN menunjukkan perasaan bosan dengan apa yang dilakukan
Cuba tunjukkan sedikit kamu terhadap apa yang dilakukan oleh pasangan anda walaupun ada bosan. Ini merupakan tanda sokongan anda terhadap minat atau hobinya. Contohnya, si dia suka merupakan seorang ‘kaki bola’. Apa kata , anda cuba meluangkan masa menemaninya menonton perlawanan bola sepak di TV atau di stadium. Pasti si dia amat menghargainya dan sesambil itu boleh ‘menayang’ anda pada teman-temannya, kan?



8. JANGAN lakukan perkara yang sama setiap kali keluar ‘berdating’
Cuba lakukan perkara yang berbeza setiap kali keluar bersama. Jika asyik keluar makan dan menonton wayang sahaja, lambat-laun akan terbit perasaan jemu pula. Try to search for new and unusual things to do. Contohnya,  bermain bowling, menaiki ‘roller-coaster’ ataupun berkelah. Anda juga boleh membuat aktiviti berkumpulan yang mana mungkin akan lebih menyeronokkan, bukan?

9.
 JANGAN melontarkan kata-kata yang menyakitkan hatinya.
“The tongue is more to be feared than the sword”.  Wah, anda perlu berhati-hati dengan setiap patah perkataan yang anda lafazkan. Cuba kawal diri anda sesama bertengkar dengannya. Jangan menghina dirinya dengan ayat yang boleh menyinggung hati dan perasaannya. Bak kata pepatah lama, “terlajak  perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya!”

10.
 JANGAN menjatuhkan air mukanya.
Elakkan melakukan perbuatan yang boleh menjatuhkan air mukanya. Mungkin anda tidak sengaja atau sekadar mahu bergurau, tetapi pastikan gurauan anda kena pada tempatnya. . Kadang-kala, kita akan merasa lebih terluka jika dimalukan oleh orang yang tersayang.



Selamat mencuba!

Apa itu kaunseling??

KAUNSELING & KEPIMPINAN
OLEH : KRISABELLE NELLY
PENGERTIAN KAUNSELING

         Kaunseling berasal daripada perkataan bahasa Inggeris "counselling" yang boleh difahami oleh semua orang, tetapi mereka mungkin memahaminya dalam pergertian yang berbeza. Dalam pengertian yang luas, sebenarnya setiap orang terlibat dalam aktiviti kaunseling baik secara langsung atau tidak langsung, terutamanya ibu bapa, guru, pemimpin agama, peguam, doktor, jururawat dan juga semua yang terlibat dengan proses mendidik dan kebajikan masyarakat.
Kaunseling bukanlah perkara baru malah manusia selalu melakukan aktiviti rundingcara sesama mereka. Kaunseling merupakan kebolehan seseorang menolong orang lain untuk mengatasi masalah dan mencapai kesejahteraan hidup di dunia. Apa yang ketara kaunseling merupakan alat asas bagi kebanyakan profesional. Secara amnya dapat dikatakan bahawa konsep kaunseling diamalkan di dalam bidang pendidikan, perubatan, agama, kemasyarakatan, pemulihan, perkahwinan dan keluarga.
Kaunseling sebagai satu profesion mempunyai asas yang saintifik dan objektif daripada bidang psikologi, sosiologi, psikiatri, antropologi dan falsafah. Ia tumbuh dan berkembang hasil daripada dapatan penyelidikan tentang perkembangan sahsiah manusia serta teori-teori pembelajaran. Di samping itu, ia juga berkembang daripada situasi, faktor atau keadaan yang kurang saintifik dan kurang objektif. Ini berdasarkan kepada kepercayaan:

• Bahawa setiap individu dapat menentukan matlamat hidupnya dan memberi makna kepada kehidupan masing-masing.
• Mengakui hakikat bahawa hidup ini penuh dengan cabaran dan manusia bertanggungjawab terhadap arah kehidupan masing-masing. Kaunseling merupakan proses bersemuka di antara kaunselor dan klien, iaitu orang yang meminta pertolongan sama ada datang sendiri ataupun dirujuk. Tujuan pertemuan itu adalah untuk mencari alternatif yang paling sesuai bagi klien membuat keputusan menyelesaikan masalah dirinya, di samping mengetahui baik buruk dan kekangan yang akan dihadapi oleh klien atas keputusannya itu.
Kaunseling adalah proses interaksi yang membolehkan individu memahami diri dan situasinya. Proses ini akan mengakibatkan pembentukan atau penjelasan matlamat dan nilai hidup individu itu hingga dia dapat menentukan tindakan yang wajar untuk masa depannya. Kaunseling juga ialah proses pertemuan interaksi bersemuka antara seorang kaunselor dengan klien yang mengakibatkan berlaku perubahan pada klien.
Kaunseling bukanlah bertujuan untuk menolong klien menyesuaikan diri dengan masyarakat, tetapi ia menolong klien memahami dirinya yang sebenar – apa kelebihan dan kekurangannya; apa yang boleh dilakukan dengan mudah; apa yang boleh dilakukan tetapi menghadapi masalah dan apa yang tidak boleh dilakukannya langsung.
Kaunseling dirujuk sebagai proses apabila seorang klien diberi peluang untuk meneroka aspek diri dan kehidupan yang menimbulkan kesusahan atau masalah baginya. Penerokaan ini akan menimbulkan kesedaran tentang diri dan situasinya serta pilihan-pilihan yang ada padanya. Proses ini diharap akan dapat menolong klien itu mengesan halangan-halangan dan mengenal pasti bakat atau kebolehannya untuk hidup dengan lebih sempurna.
Kesimpulannya, kaunseling merupakan proses pertolongan. Melalui proses ini, klien dibimbing membuat keputusan sendiri. Asas bagi proses ini ialah perhubungan antara kaunselor dengan klien atas dasar bahawa kesan perhubungan itu akan menyebabkan klien berubah.
  • TUJUAN KAUNSELING
Para profesional di bidang kaunseling dan psikoterapi mempunyai pendapat yang berbeza tentang kaunseling dan psikoterapi. Kaunseling mempunyai dua jenis tujuan, iaitu tujuan proses dan tujuan terakhir. Tujuan atau matlamat proses merupakan yang ingin dicapai dalam masa yang singkat. Tujuan proses terus melibatkan klien di dalam proses kaunseling sehingga kaunselor dan klien bersetuju bahawa klien tidak lagi memerlukan perkhidmatan lanjut. Untuk mencapai tujuan proses ini, pertemuan awal sangatlah penting kerana sekiranya klien tidak merasa selamat atau tidak percaya dengan kaunselornya, maka dia tidak akan mahu meneruskan proses dan perhubungan kaunseling tersebut.
Tujuan terakhir mementingkan hasil atau kesan perkhidmatan kaunseling dalam jangka masa yang panjang. Tujuan terakhir adalah perubahan atau perkembangan yang akan dialami oleh klien hasil daripada perkhidmatan kaunseling. Di antara konsep yang diutamakan ialah kesedaran kendiri, penyuburan kendiri, individu yang berfungsi sepenuhnya dan kesejahteraan kendiri. Tujuan terakhir merupakan persoalan yang dihadapi oleh manusia dan tidak terhad kepada individu yang mempunyai masalah sahaja, bahkan merupakan tujuan setiap manusia yang ingin hidup dengan lebih bermakna, berfungsi dengan sepenuhnya bergerak dan dinamik. 



One Words

life is only therapy just let me shop second best thing

My Days

Daisypath Anniversary tickers

My Anniversary

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Last but not Least

cat flower