Prolog
“A
|
ku tak sangka yang kau sanggup buat
aku macam ni! Aku ingat, kau adalah kawan baikku tapi rupanya kaulah ular yang
paling berbisa!” bentak Syafique berang. Rasa terkejutnya benar-benar buat
nafasnya sesak. Jantungnya seakan mahu melurut jatuh ke ambal.
Mencerlung bebola matanya menatap wajah
Fauzi yang selamba. Dia mengalih pula pandangannya pada Roslan, Pegawai
Kewangan yang sudah lama berkhidmat di Syarikat itu. Kemudian, dia memandang
pula Dato’ Nizam dengan rasa simpati, pemilik Syarikat Mawar Holdings.
“Saya tak sangka awak sanggup buat begini.
Telah banyak jasa Syarikat ni pada awak tapi ini balasan awak!” keras suara
Dato’ Nizam sambil memandangnya serius.
Fauzi hanya menggeleng sambil bibirnya
menguntum senyuman sinis.
“Itulah Dato’ tak percaya cakap saya
dari dulu, sekarang tengoklah yang dia ni dah buat pada Syarikat kita. Nasib
baik dia tidak sempat membolot habis duit dalam Mawar Holdings ni!” ujar Fauzi
keras sambil berpeluk tubuh.
Dia tidak peduli, Syafique bukan
sesiapa lagi baginya. Yang penting, matlamatnya untuk memiliki Mawar Holdings
akan tercapai suatu hari nanti.
Syafique mengetap bibir menahan marah.
“Hei Fauzi! Aku tak buatlah semua itu! Kau sengaja merancang semua ni untuk
menjatuhkan aku kan?!” bentaknya sambil menjeling tajam Fauzi.
“Dato’, tolonglah percaya cakap saya... saya
tak buat semua ni. Percayalah Dato’...” rayu Syafique kepada Dato’ Nizam
meminta simpati. Namun Dato’ Nizam hanya memandangnya tanpa perasaan.
“Tak buat awak kata? Habis tu,
bagaimana syarikat kita boleh kehilangan 8 juta? Awak ingat, 8 juta tu sikit?
Habis, duit 8 juta yang dalam akaun awak tu..duit siapa?! Mana awak dapat duit
sebanyak tu?! Ha..jawablah!” tengking Dato’ Nizam. Kali ini dia benar-benar
marah.
Syafique menggeleng. “Saya dianiaya
Dato’.. ada orang cuba memfitnah saya!” ujarnya sayu.
“Eh, boleh pakai ke alasan kau tu?
Lagipun, tak ada sebab orang nak dengki kat kau tu. Bukan ada apa-apa pun.
Hidup pun merempat, datang dari kampung pulak tu!” Fauzi mencebik dengan penuh
kebencian.
Syafique terpempan dengan tuduhan yang
dibuat ke atas dirinya. Dia terduduk dengan wajah menunduk. Tiada gunanya jika
dia terus melawan, semua bukti telah terbentang di hadapannya. Dia binggung,
amat binggung sekali.
“Mulai saat ini, saya tak nak tengok muka
awak di syarikat ini lagi, faham! Sekarang, awak boleh berambus dari Mawar
Holdings! Jangan awak cuba berani untuk kembali ke sini lagi! Saya tak nak
tengok muka awak, pergi!” herdik Dato’ Nizam sambil mengurut dadanya. Tanpa
sekelumit pun rasa simpati terhadap anak muda itu. Tubuhnya sudah
tergetar-getar menahan marah.
Sekali lagi, Syafique bungkam. Dia
betul-betul tidak berdaya. Dia merasakan maruahnya diperkotak-katikkan. Tanpa
membuang masa, dia gagahkan kakinya untuk bangun keluar dari bangunan itu.
Hatinya betul-betul remuk. Maruahnya dipijak-pijak. Sampai hati mereka...
bisiknya sayu.
“Memang dasar orang kampung tak tahu
malu. Hidup asyik nak menumpang ehsan orang saja!” itulah kata-kata Fauzi yang
sempat dia dengar sebelum dia melangkah keluar.
Sebaik sahaja Syafique keluar dari
bangunan itu, dia nekad. Dia tidak akan memandang ke belakang lagi. Jahanam kau
Fauzi! Semua ini adalah angkara kau yang begitu tamak. Sanggup kau tikam
belakang aku semata-mata untuk kepentingan kau sendiri. Aku sangka kau lah
kawan aku yang paling baik, tapi rupa-rupanya kau lah manusia yang bertopengkan
syaitan! Aku tidak akan lupa apa yang kau dah buat pada aku Fauzi.. Suatu hari
nanti, kau akan terima balasannya! Ya..aku akan kembali dengan satu kejayaan
dan kemenangan yang kau sendiri pun tidak pernah terduga! Getus hati kecilnya.